Jumaat, April 22, 2011

Lambaian Hafizah

Selepas solat subuh di masjid, ana bersama 4 orang anak terus ke Kuala Kubu Bharu. Dua anak perempuan ana ada temuduga di Darul Quran, JAKIM. Dua orang anak lelaki lagi ana bawa bersama sebagai galakan kepada mereka untuk belajar al-Quran. Kami lalu jalan Sg Panjang-Tg Malim-K.Kubu Bharu. Perjalanan agak lancar, hanya sesat sikit di Tg Malim. Kami sampai  jam 8.00 pg. Kami terus ke
masjid DQ untuk urus diri dan ambil wuduk.
Di dalam masjid terdapat beberapa kelompok pelajar sedang menghafal al-Quran. Macam lebah bunyinya... Tak lama kemudian, kami pun ke dewan DQ untuk urusan pendaftaran dan ujian bertulis. Semua calon dimestikan mengambil ujian bertulis Bahasa Arab dan Tajwid. Selesai ujian, mereka akan pergi ke bilik-bilik panel yang ditentukan. Anak ana mendapat bilik D dan E.
Secara bergilir, mereka diberi masa 1 jam untuk menghafal 1 muka surat al-Quran. Pada mulanya ana tengok mereka menghafal di kerusi di luar bilik panel. tapi selepas beberapa minit, ana tengok mereka mula bertaburan di setiap sudut bangunan. Ada yang menghafal di atas tangga, ada yang menghafal duduk bersila tepi pintu, ada yang duduk bercangkung tepi longkang, dan ada pula yang duduk bawah pokok. Macam-macam gelagat mereka. Ana tengok pada ketika itu, mereka dah tak fikir hal orang lain, tak kisah apa orang nak kata, dan tak kisah apa dilihat orang. Ini kerana mereka ada matlamat yang satu iaitu manghafal satu muka surat dalam tempoh satu jam. 
Anak ana memilih menghafal di kaki lima di belakang bangunan. Pada mulanya mereka menghafal di depan bilik panel, tapi mereka lari menyendiri untuk beri tumpuan menghafal. Daripada duduk hinggalah bersila rapat menghadap longkang dan padang..Ana hanya lihat sahaja. Ana tak nak ganggu mereka ketika itu.
Biarkan mereka menghafal mengikut cara mereka sendiri. Biarkan mereka urus masa mereka sendiri. Biarkan mereka tahu ... untuk berjaya bukanlah mudah. Untuk hidup berdikari bukannya senang. Untuk mencapai matlamat hidup perlukan usaha, perlukan tumpuan dan  perlukan latihan. Jangan mudah terpengaruh dengan gangguan luaran yang melalaikan. Jangan mudah rebah kerana kejian dan hasutan. Jangan mudah tergoda dengan hiasan keemasan. Nak berjaya perlu ada jati diri. Nak berjaya perlu ada keyakinan diri. Nak berjaya perlu ada restu Ilahi!
Selamat berjaya anakku! Sambutlah Lambaian Hafizah rakan-rakanmu di DQ dengan penuh mesra dan kasih sayang kerana Allah...

Bakal Hafiz Generasi motivasi5k

Bakal Hafizah Generasi motivasi5k



3 ulasan:

~ itQaN SyaBiQ ~ berkata...

Terima kasih ats Quwwah & Hamasah yg diberikan dr Tuan mptivasi5k...Jzkk

keemasan berkata...

~SALAM! kkak yg bkal hafizah,sy doakn kkak berdua berjaya untuk msuk ke DQ..amiin..klau ade rezeki xkan kemane...motivasi5k,selain DQ ni kkak 2 org ni minx msuk mane lg? sy hrp mereka pilih tmpat bljar yg sesuai dan terbaik untuk diri mereka sendiri..smoga kkak berdua berjy smpai ke menara gding..jgn hmpakan ibu dan ayah kkak..(motivasi5k,bleh tlong smpaikan pesanan diatas kpd kkak berdua ni dan sampaikan slam sy kpd mereka..)WASSALAM!~

motivasi5k berkata...

Tk kpd adik keemasan. Setahu ana, selain DQ, mereka ada juga memohon ke maktab dan U. Bersamalah kita berdoa semoga mrk berjaya melanjutkan pelajaran mereka. Insya-Allah ana akan sampaikan salam adik kpd kakak2 tu. Adik keemasan dah buat persediaan ke nak periksa UPSR dan PSRA tahun ni? Buatlah yg terbaik ye. Pastikan adik dapat 5A dan MUMTAZ!