Isnin, Julai 11, 2011

Ani ke Kolej

Semalam ana sempat bertemu dengan Ani (Straight A's). Memang dah lama ana tak jumpa dengan Ani. Pada kesempatan yang ada, sempat juga kami bersembang. Ani sekarang masuk form 6 di KISAS Klang. Walaupun agak kecewa kerana tak dapat masuk mana-mana U dan pusat pengajian tinggi yang lain. Paling mengecewakan Ani ialah
apabila gagal masuk ke Maktab. Memang Ani minat nak jadi guru Bahasa Arab menjejaki bidang ibu-ibu saudaranya. Tapi itulah takdir!
Nak masuk kolej swasta memang ayahnya tak benarkan. Walaupun ada pilihan Form 6 di dalam daerah, tapi Ani tetap terima tawaran ke KISAS bagi mengubati hatinya yang kecewa itu. Pada hari pendaftaran form 6 di KISAS hanya 4 orang yang datang bagi pengambilan pertama. Walaupun sudah bosan dengan uniform sekolah, tapi uniform form 6 kali ini memang berbeza. Lagipun KISAS bukanlah calang-calang sekolah. 3 in 1. SBP, SBT dan Sekolah Kluster. Itulah pencapaian KISAS. Inilah yang membuatkan Ani bernafas semula untuk belajar. Tambahan pula Ani mengambil aliran Agama Tulen.
Pada penagambilan kedua, lebih 60 orang telah mendaftar. Ini menguatkan lagi azam Ani untuk mencatatkan rekod sebagai pelajar cemerlang STPM 2012. Ani mula aktif di sekolah dan dicalonkan sebagai exco pelajar. Bersamalah kita berdoa agar Ani berjaya dalam pemilihan tersebut.

Tiada ulasan: