Jumaat, April 29, 2011

Perniagaan Tak Boleh Diwarisi

Ketika catatan ini dibuat, hujan masih turun. Pagi tadi bukan main lebatnya hujan. Hantar anak pun dalam hujan. Seperti biasa, bila hari hujan ana pagi-pagi lagi akan dapat mesej 'Sy lmbt ckit ujn lbt'. Itulah mesej drp staf ana setiap kali hujan turun...

Khamis, April 28, 2011

GDEX Agent Workshop 2011

Pada hari Selasa yang lalu, ana telah menghadiri Gdex Workshop 2011 pada 26-28 April. Workshop 3 hari itu diadakan di Gdex HQ, PJ. dan Genting Highland. Turut hadir ialah agen-agen dari seluruh negara, pengurus kawasan, pengurus bahagian dan para pengarah syarikat. 'Welcome Address' disampaikan oleh CEO syarikat iaitu Mr Leong Chee Tong. Seminar dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Inilah pertama kali  ana hadir ke pejabat Gdex sejak 4 tahun menjalankan perniagaan ini. Ini juga merupakan kali pertama ana hadir ke Workshop yang dihadiri oleh seluruh peringkat pengurusan milik bukan Melayu...

Mati Sebelum Ajal

Setelah selesai hantar anak ke sekolah pagi tadi, sekitar jam 7.30 pg, ana terus tertidur. Memang terasa letih sungguh berulang alik ke PJ selama 2 hari kerana hadir Workshop. Memang ana dah keletihan sejak minggu lalu. Dengan batuk dan rasa nak demam,

Isnin, April 25, 2011

Istiqamah Dalam Beramal

Hai... dah 10 hari ana tak bersenam. Satu pertiga bulan tu. Yelah.. sejak minggu lepas lagi. Memang berat juga nak mulakan balik bersenam ni...

Jumaat, April 22, 2011

Lambaian Hafizah

Selepas solat subuh di masjid, ana bersama 4 orang anak terus ke Kuala Kubu Bharu. Dua anak perempuan ana ada temuduga di Darul Quran, JAKIM. Dua orang anak lelaki lagi ana bawa bersama sebagai galakan kepada mereka untuk belajar al-Quran. Kami lalu jalan Sg Panjang-Tg Malim-K.Kubu Bharu. Perjalanan agak lancar, hanya sesat sikit di Tg Malim. Kami sampai  jam 8.00 pg. Kami terus ke

Khamis, April 21, 2011

Hospital 1 Malaysia

Pagi semalam, ana hantar isteri ke hospital. Buat pemeriksaan lanjutan kehamilan.  Ana tiba di hospital jam 8.50 pagi. Sementara menunggu isteri, ana pun pergilah ke bahagia pesakit luar. Kebetulan ana pun batuk dan kurang sihat.Dalam ana menung-menung tu, banyaklah yang ana fikirkan. Yelah dah lama benar ana tak ke hospital. Ana ingat-ingat dah lebih 3 tahun.
Jadi banyaklah perubahan ana tengok. Ada tandas baru, ruang menunggu berhawa dingin dan lebih selesa. Ramai pesakit daripada berbilang bangsa. Melayu, Cina dan India... macam Hospital 1 Malaysia pulak. Yang bertugas pun sama. Ada Melayu, ada Cina dan ada India. Kemesraan berbagai kaum ini menjadikan negara kita aman dan makmur. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang sedang bergolak, maka buruntunglah rakyat Malaysia. ...

Rabu, April 20, 2011

Roti Kacang Merah

Malam tadi hujan hingga ke subuh. Selepas solat subuh, ana segera nak beli kuih di warung Hj S di masjid, tapi kuih belum sampai. Mungkin lewat sikit kerana hujan. Ana pun terus ke kedai sebaneka 24 jam untuk beli 2 peket Roti Kacang Merah dan sebuku roti gandum. Tiba di rumah ana terus potong 2 setiap ketul. Maka dapatlah 12 potong. Paling gembira ialah anak ana yang ke 7, Asmaa' namanya. Berketul-ketul dia makan Roti Kacang Merah  cicah air 1 Uncang Teh 18 Sudu Gula. Bukan si Asmaa' je, Safura, Muhammad, Musa, 'Isa, Sumaiyyah dan Safiyyah pun turut makan Roti Kacang Merah. Kecoh juga.... macam kat kedai kopi pulak... Jam 7.15 pg ana pun hantar mereka ke sekolah.
Balik dari sekolah ana terus jolok sinki yang tersumbat. Jenuh juga. Dulu ana pernah upah orang buatkan tapi kena bayar RM180. Terasa juga ana.. mahal la... sayang juga duit. Lepasla duit api dan air sebulan. Mulai hari tu,ana buat sendiri je. 30 minit siap lah. Lepas tu ana bersihkan diri dan sarapan Roti Kacang Merah. Orang rumah pula sedang bersiap-siap untuk ke hospital.

Selasa, April 19, 2011

Bersedialah Untuk Temuduga

Hari ini (Isnin) ana bangun awal. Kejutkan anak-anak sebelum waktu subuh. Ana pula terus ke masjid. Seperti biasa selepas solat, ana beli sarapan. Tiba di rumah, terus bancuh air 1 Uncang Teh 18 Sudu Gula. Jam 6.40 pg, ana hantar mereka ke sekolah. Selalunya jam 7.15 baru ke sekolah. Kemudian ana terus ke Bandar baru Bangi bersama anak kedua. Dia ada temuduga maktab. Di pertengahan jalan, hujan sangat lebat. Ana risau takut tak sempat. Ana pandu selaju mungkin..

Ahad, April 17, 2011

Ikan Kembong Goreng

Hari makan tengahari menu mudah. Memang dah lama ana tak bantu isteri memasak. Menu hari ini ialah ikan kembong goreng, sayur kangkung, cili padi berkicap dan nasi putih. Alhamdulillah... amat sedap dimakan terutama ketika masih panas. Kosnya juga amat murah. Cubalah!

Sabtu, April 16, 2011

Doa Motivasi5k

Masih ingat kisah Shahida dan Ani? Kisah mereka yang dipaparkan dalam catatan Nak Masuk 'U' dan Straight A's. Motivasi5k mendapat tahu bahawa Shahida telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Shahida juga akan menghadiri temuduga program Diploma Tahfiz di Darul Quran JAKIM minggu ini. Bersamalah kita berdoa semoga Shahida berjaya melanjutkan pelajaran  dalam bidang yang dipilih.
Kepada Ani pula, Motivasi5k mendapat tahu yang Ani akan menghadiri temuduga maktab perguruan dan Darul Quran. Ani juga memohon untuk program asasi di universiti tempatan. Bersamalah kita berdoa semoga Ani juga berjaya memasuki ke pusat pengajian yang terbaik.
Namun daripada temubual ana dengan mereka, mereka amat berharap untuk memasuki bidang tahfiz di Darul Quran. Itulah harapan ibu bapa mereka dan seluruh ahli keluarga mereka. Kini mereka sibuk membuat latihan menghafal satu mukasurat sejam.. Mudah-mudahan mereka menjadi hafizah. Amiin.

Ana Balik Dulu

Hai... dah jam 12.11 pagi rupanya. Selepas kelas talaqqi tadi, sempat juga ana bersembang dengan ust tentang perubatan Islam. Lepas tu turun ke pejabat, buka forum Kiswah dan buat catatan. Mengantuk pulak rasanya. Ana Balik Dulu!

Selamat Berjuang Guruku!

Ketika catatan ini dibuat, ana baru habis ikuti kelas talaqqi di tempat ana. Kedatangan malam ni ada 10 orang. Alhamdulillah. Bagi ana, kesalahan yang masih sering ana lakukan ialah tentang ra nipis dan ra tebal. Ada juga rakan-rakan yang ditegur tentang huruf sin dan shad. Cuma ana risau jika guru ana akan sambung belajar lagi ke luar negara... sedih juga. tapi demi masa depan guru, demi masa depan pengajian al-Quran, maka ana redha. Selamat Berjuang Guruku!

Khamis, April 14, 2011

1 Uncang Teh, 18 Sudu Gula

1 Uncang Teh, 18 Sudu Gula. Wooooh! banyaknya. Tak kena kencing manis ke? Itulah amalan harian ana setiap pagi. Betul! Ini bukan 'cobaan'. Ini betul-betul!

Perut Paras Dada

Mermang ramai rakan-rakan yang bertanya ana, bagaimana nak maintain berat badan? Bagaimana nak kuruskan badan? dan bagaimana nak kekalkan saiz bentuk badan? Hari ni ana nak kongsi sikit. Bukannya fatwa dan bukannya petua. Hanya amalan biasa...

Ahad, April 10, 2011

Menerima Sebelum Memberi

Ketika sedang mendengar kuliah Maghrib di masjid semalam, ana dikejutkan dengan teguran M..

Jumaat, April 08, 2011

Masak Jam 4 Pagi

Pagi tadi, selepas solt subuh di masjid ana terus ke gerai makan di masjid. Nak beli sarapan untuk seisi keluarga. Bihun goreng 3 bungkus dan popia goreng bercili 6 ketul. Ketika Pak haji S menceduk bihun yang ana pesan, ana pun sempat bertanya,

Seminar Rahsia Mumtaz

Pertama sekali ana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SRA Sg Limau kerana menjemput ana memberi seminar Rahsia Mumtaz. Terima kasih juga ana ucapkan kepada  PIBG sekolah kerana membiayai seminar tersebut. Terima kasih juga kepada semua guru yang turut membantu menjayakan seminar tersebut yang dihadiri lebih drp 50 murid.











Rabu, April 06, 2011

Ujian Prestasi

Terkejut peserta-peserta kelas Tahsin Al-Qiraat yang diadakan di tempat ana malam ni. Ada pula ujian bulanan.

Selasa, April 05, 2011

Rezeki Jalanan

Pagi tadi, selepas ana menghantar 5 orang anak ke sekolah, ana terus ke masjid. Ketika sampai di lampu isyarat Parit Satu Barat, ana pun berhenti kerana lampu merah. Tiba-tiba...

Ahad, April 03, 2011

Duit Bukan Segalanya..

Ketika catatan ini dibuat, ana baru saja bertemu

Apa Khabar?

Salam sejahtera. Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Hari minggu ni tak ke mana-mana ke? Mungkin ada di kalangan anda yang sibuk mengemas rumah atau makan angin bersama keluarga atau mungkin sedang berkursus. Kepada anda yang sedang bertugas, bertugaslah dengan penuh ikhlas. Mudah-mudahan hasil kerja anda itu akan dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada orang lain. Jumpa lagi..

Sabtu, April 02, 2011

Belajar Menjahit

Dah seminggu Shahida (Nak Masuk 'U') belajar menjahit. Memang dah lama hasratnya itu dipendamkan,

Mana Elaun Kami?

Petang tadi, setibanya ana di masjid untuk solat asar, ana lihat ramai orang di masjid. Tidak seperti biasa. Ingatkan ada majlis akad nikah. Bila ana masuk ke masjid,

Ramainya Anak...

Memang memeningkan kepala bagi ibubapa yang mempunyai anak yang ramai. Bukan 3 orang, bukan 4 orang tetapi lebih drp 7 orang. Malah ada yang melebihi 10 orang..