Bulan ini genaplah 3 tahun ana bersenam. Ya... pejam celik, pejam celik... rupa-rupanya dah 3 tahun ana bersenam di waktu pagi. Alhamdulillah, masih dapat mengekalkan rutin tersebut. Untuk mengekalkan tabiat baik, memang banyak halangannya...
Kesibukan tugas harian, keletihan dan kemalasan haruslah ditangani dengan tenang.Nak sakit memang mudah. Tapi nak sihat tidaklah mudah. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada ana untuk terus bersenam hingga ke akhir hayat. Biarlah ana pergi mengadap Ilahi dalam keadaan sihat walafiat... ketika masih disayangi, ketika masih boleh berdikari, dan ketika masih belum menyusahkan keluarga sendiri. Kerana pemergian pada ketika itu sudah pasti akan ditangisi, diingati dan dirindui.
4 ulasan:
Ya, bukan mudah utk sihat & sangat mudah utk sakit...
Moga nikmat sihat i2 terus diberikan Allah biiznillah agar dpt kita beribadah kepadaNYA...~
subhanallah...istiqamah itu perlu w/pun dalam perkara baik yg kecil2..ana pun nk bersenam jgak, stkt ni stahun bleh bilang brapa kali je..
subhaanallah, istiqamah dlm bersenam!!
nak tiru..stkt ni bleh bilang bpa kli ja senam huh..
"Akal yg sihat ada pada badan yg sihat"
Tk atas ulasan kalian berdua. Bersenamlah! Kerana hanya mereka yg bersenam shj akan dpt manafaatnya.. Jagalah jasad, akal dan rohani kita kerana itu adalah satu amanah.
Catat Ulasan