Setelah selesai hantar anak ke sekolah pagi tadi, sekitar jam 7.30 pg, ana terus tertidur. Memang terasa letih sungguh berulang alik ke PJ selama 2 hari kerana hadir Workshop. Memang ana dah keletihan sejak minggu lalu. Dengan batuk dan rasa nak demam,
membuatkan badan ana bertambah letih. Pagi tadi sepatutnya ana pergi bersenam, tapi kerana terlalu letih ana pun tertidur. Sedar-sedar dah jam 11.30 pagi.
Itulah kita sebagai manusia, mesti ada had kemampuan kita. Hebat macam mana pun kita, pasti kita perlukan rehat. Sibuk macam mana pun kita, kita perlu berehat juga. Tenaga yang ada dalam tubuh kita jika digunakan tanpa henti pasti akan berkurang dan kehabisan. Itulah manusia!
Namun masih ada manusia yang menganggap dirinya hebat. Mampu bekerja 24 jam mencari harta kekayaan. Mengerah tenaga manusia lain untuk kekayaan sendiri. Ada juga majikan yang tak jaga pekerja. Tak beri rehat secukupnya. Tak diberi gaji yang sepatutnya.
Ada juga di kalangan rakan-rakan ana yang bekerja siang malam. Bekerja setiap hari. Mengumpul wang hanya untuk membayar hutang rumah besar dan kereta besar. Sehingga nak berehat pun tak ada masa. Nak makan pun tak sempat.... Nak tidur pun tak boleh lena.
Jadi, berehatlah kamu sebelum kamu direhatkan. Tidurlah kamu sebelum kamu ditidurkan. Alhamdulillah, sesungguhnya Mati Sebelum Ajal pagi tadi telah memberi hidup baru kepada ana. Lebih segar dan lebih bersemangat untuk bekerja! Patutlah para pejuang itu rindu kepada syahid! Rindu kepada ni'mat syurga! Rindu kepada kehidupan yang kekal abadi! Kerana di sana menjanjikan kesenangan dan keni'matan yang tiada bandingan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan