Rabu, Ogos 24, 2011

Shahida Tolak PTPTN

Hati Shahida gembira sekali apabila mendapat tawaran masuk U. Tapi ada satu lagi perkara yang merunsingkan Shahida ialah nak bayar yuran kemasukan ke U dan membeli keperluannya yang menjangkau RM2000. Ayahnya pula kais pagi makan pagi....

Rabu, Ogos 10, 2011

IPTA vs IPTS

Seperti yang telah dijanjikan, motivasi5k akan memaparkan pandangan bapa Shahida tentang kejayaan anaknya masuk U. "Alhamdulillah, Pak Cik amat bersyukur kerana Shahida dapat juga belajar kat U. Memang

Ramadhan Mengajar Basir

Tidak seperti Ramadhan yang lepas-lepas, Ramadhan kali ini banyak mengajar Basir. Semuanya gara-gara Jatuh Miskin. Mana tidaknya, jika Ramadhan yang lepas-lepas awal-awal lagi Basir sudah membeli kain dan menempah baju kurung dan baju melayu anak-anak, tapi Ramadhan kali ini...

Percubaan UPSR dan PSRA

Masih ingat lagi cerita adik Keemasan. Ya, kisahnya yang Nak Masuk Sekolah Berasrama Penuh. Minggu ini Keemasan sedang menduduki perperiksaan percubaan PSRA di sekolahmya. Dua minggu lalu, Keemasan telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Motivasi5k mendoakan agar Keemasan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Lebih penting lagi mendapat 5A dalam UPSR dan mendapat Mumtaz dalam PSRA. Bersamalah kita mendoakan kejayaan Keemasan. TK.

Sabtu, Ogos 06, 2011

Merpati Putih

Subhanallah... Maha Suci Allah. Sesungguhnya tidaklah Engkau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Sesungguhnya setiap makluk yang Engkau ciptakan, sudah ditentukan rezekinya..

Khamis, Ogos 04, 2011

Tadarus Al-Quran

Fast Learning telah menganjurkan Program Tadarus sempena bulan Ramadhan ini. Program ini telah bermula pada 1 Ramadhan lalu bertempat di pejabat Fast Learning. Bermula dari jam 10.15 malam hingga 11.30 mlm. Penyertaan dibuka hanya kepada mereka yang mengikuti kelas talaqqi sahaja. Setakat ini lima terdapat lima orang peserta. Mereka ialah Ust. Kamarudin, Cikgu Mohamad, Hj Masazhar, En Yasril dan En Hashim. Tahniah kami ucapkan kepada mereka. Semoga mutu bacaan al-Quran mereka akan bertambah baik.

Nak Masuk Sekolah Berasrama Penuh

Di ruangan Mai Sembang motivasi5k, terdapat seorang pengunjung cilik. Namanya Keemasan. Hari ini motivasi5k terpanggil untuk membuat paparan tentang adik Keemasan. Sebenarnya, Keemasan baru tahun 6. Di waktu pagi...

Isnin, Ogos 01, 2011

Bersedekahlah!

Jika anda dalam kesusahan, kemurungan, kemiskinan dan kesakitan.... maka bersedekahlah! Mudah-mudahan Allah akan membantu kalian. Bukan mesti banyak, sedikit pun tidak mengapa. Berilah sumbangan di tabung masjid, pusat tahfiz, rumah anak yatim dan lain-lain badan dakwah Islamiah. 10 sen, 20 sen, 50 sen, RM1 pun boleh. Bersedekahlah secara istiqamah 40 hari berturut-turut tanpa putus. Jika anda tidak mampu untuk ke masjid setiap hari, buatkan tabung di rumah. Isikan setiap hari. Cukup 40 hari... masukkan dalam tabung-tabung seperti di atas. Tapi jangan lupa niat, "Ya Allah, aku bantu agamaMu Ya Allah, maka Engkau bantulah aku ... (sebutkan permohonan anda)."
Selepas 40 hari perlukah anda bersedekah lagi.. Ya! sudah tentu. Teruskanlah bersedekah kerana sedekah itu dapat membebaskan diri anda daripada kesusahan, kemurungan, kemiskinan dan kesakitan....  Hah! tak percaya! Jika tak percaya cubalah! kerana hanya orang yang sudah makan durian sahaja yang tahu betapa sedapnya durian itu..........

Maafkan Kami

Semalam bersamaan 29 Syaaban 1432 H. Dari pagi hingga petang ramai ahli keluarga datang menziarahi pusara ibu bapa dan keluarga yang telah kembali kerahmatullah. Begitu juga dengan Basri. Selepas solat Asar di masjid... Basri terus ke pusara ibunya di depan mimbar masjid, bersebelahan dengan pusara datuk dan nenek sebelah ayah. Setelah bertahlil dan berdoa, Basri segera ke pusara datuk dan nenek sebelah ibu yang jaraknya 10 km. Pusara anak Basri juga ada di situ. Setelah bertahlil dan berdoa, Basri pun balik.
Dalam perjalanan pulang, basri amat sedih kerana tak dapat menziarahi pusara isterinya yang berada di utara Semenanjung. Sedih sungguh rasanya... "Maafkan kami kerana tak dapat menziarahi pusaramu."