Ketika Libya diserang tentera pimpinan Amerika, Muammar Ghadafi mengambil cuti untuk berkahwin. Bukan rekaan tapi inilah kisah benar....
Sabtu lalu, ana bersama 2 orang anak lelaki memulakan perjalanan jauh ke Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, Pahang. Perjalanan melebihi 300km. Bertolak dari Sg Besar jam 8.00 pagi dan tiba di sana jam 1.00 tgh. Muammar Ghadafi adalah sepupu ana. Bapanya adalah adik kandung ibu ana. Jadi ana panggil bapanya dengan panggilan Pak Anjang. Sampai di rumahnya, kami disambut mesra oleh Pak Anjang dan Pak Teh. Selepas bersalaman dan bertanya khabar, mereka terus mempelawa kami makan. Kami pun apalagi, makanlah. Nasi minyak, acar dan kari daging lembu. Tak ketinggalan ana ambil seketul tulang besar... seedaaap! Memang betullah, makan ketika lapar memang sedap. Ketika makan, sepupu-sepupu ana pun datang bersalaman dan bertanya khabar. Hairol, Sahar, Abang Jaafar dan tak ketinggalan ialah Hosni Mubarak!
Selesai makan, anapun sembang-sembanglah dengan saudara mara yang hadir. Pak Andak, Mak Andak bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka berangkat nak pulang ke Mayam. Dah lama benar tak jumpa mereka. Masih mesra seperti dulu.
Kemudian kami pun masuk ke dalam rumah. Bertemu ibu saudara dan ahli keluarga. Terkejut mereka apabila melihat ana muncul depan pintu. Mak Long, Mak Anjang, Mak Teh duduk bersembang. Dikelilingi anak, menantu dan cucu-cucu mereka. Sepupu ana Linda, Zana, Sofi, Siti, Kak Odah bersama anak-anak mereka sibuk berkemas untuk pulang.
Setelah bertanya khabar, bersembang dan bersenda, anapun minta diri untuk solat jamak qasar zuhur dan asar. Berjemaah bersama 2 anak lelaki ana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan