Khamis, April 14, 2011

1 Uncang Teh, 18 Sudu Gula

1 Uncang Teh, 18 Sudu Gula. Wooooh! banyaknya. Tak kena kencing manis ke? Itulah amalan harian ana setiap pagi. Betul! Ini bukan 'cobaan'. Ini betul-betul!
Setiap pagi, ana akan bancuh air teh untuk bekalan anak ke sekolah. Bahan-bahannya ialah, 1 uncang teh, 18 sudu gula dan 2 jag air. Air ni ana isi dalam 5 bekas air untuk bekalan 5 orang anak ke sekolah rendah. Ada baki lagi 1/3 jag untuk minum bersama sarapan yang dibeli dari warung Hj S di masjid. Tahun ni ana mula beri mereka sarapan sebelum ke sekolah. Memang ada perbezaannya. Mereka akan lebih bertenaga dan seronok untuk ke sekolah. Cubalah!

Tiada ulasan: