Sabtu, September 03, 2011

Basikal Second

Salam Aidilfitri. Semalam ana buka kedai setengah hari. Hari ini ana sudah mula bekerja seperti biasa. Di pagi ini ana nak cerita sikit tentang kisah 3 beradik lelaki yang bernama Ali, Ahmad dan Alias (Kami Nak Senapang). Anak Pak Salleh. Nak tahu cerita terbaru mereka?
Sejak Ali rosakkan Basikal Barunya,

Jumaat, September 02, 2011

Shahida Kembalikan Cek PTPTN

Seperti yang telah dinyatakan dalam posting yang lalu, Shahida Tolak PTPTN. Namun minggu lalu, Shahida telah menerima cek bernilai RM1500 daripada PTPTN. Bukan main gembira hatinya. Tak pernah dalam hidupnya mendapat cek sebanyak itu atas namanya...

Salam Aidilfitri, Salam Merdeka!

Maaf kerana tidak membuat posting dalam beberapa hari ini. Bukanlah sibuk sangat ... tapi beri peluang kepada anak-anak  guna talian. Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah kerana masih dapat bertemu di alam maya ini. Kepada semua pengunjung, ana nak ucapkan
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian. Semoga sepanjang tahun ini, kalian akan memperolehi kebaikan. Amiiin.
Salam Kemerdekaan juga ana ucapkan kepada semua. Merdekakan diri kalian daripada tipu daya dunia yang mengasyikkan. Merdekakan diri kalian daripada hutang piutang. Merdekakan diri kalian daripada hasad dengki dan mengadu domba.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!