Alhamdulillah... pagi Isnin dan pagi tadi ana dapat semula memulakan senaman pagi. Pagi Isnin berseorangan... tapi pagi tadi bersama 5 orang anak kecil.. Dapat juga melakukan berjalan biasa dan berjalan cepat 7 pusingan, ternasuk 3 pusingan mendukung anak kecil... Seronok juga dapat bersenam bersama anak.
Memang kita selalu sibuk. Mencari harta siang dan malam bagi memberi yang terbaik untuk anak-anak...tetapi mengapa ada sebahagian daripada kita yang mencari rezeki sehingga tak sempat bermesra dengan anak... pergi kerja ketika anak masih belum bangun tidur, pulang kerja ketika anak sudah tidur. Fikir fikirkanlah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan