Petang semalam ana didatangi seorang warga emas. Lewat 60an. Ana kenal dia sejak di kampung lagi. Lebih 15 tahun yang lalu. Memang ana pelanggan tetapnya. Setiap hari Khamis, pasti ana akan beli pecal jawa dan karipap pusing yang dijual di Pekan Sehari. Tapi sekarang ni mereka cuti berniaga kerana nak buat kenduri kahwin anak. Tambahan pula isterinya sering sakit-sakit. Dah merata klinik dia pergi tapi
tak juga baik-baik. Isterinya sakit perut, kadang-kadang kembung dan mengeras. Berak-berak dan muntah air. Badannya lemah. Mengikut cerita pak cik tu lagi, isterinya selalu disindir rakan-rakan warga emas setiap kali selepas pengajian. Ada di kalangan mereka yang memalingkan muka dan tak mahu bersalaman dengannya. Ini menambahkan lagi tekanan kepada isterinya. Apabla ditanya apa puncanya, pakcik itu menjawab tak tahu. Tetapi isterinya memang pandai memasak. kalau berniaga pecal, lontong dan kuih muih selalu habis dulu. Pelanggan kata sedap. Kalau 'gejubus' tu pun isterinya lah yang jadi ketua memasak. Bukan itu sahaja, isterinya juga pandai mengaji, marhaban dan berzanji. Selalu juga diminta oleh tuan rumah untuk pimpin majlis. Di dalam rumahnya juga ada gangguan lintasan bayangan lembaga manusia. Ana hanya mampu memberi penawar homeopati dan air rawatan pinggan putih. Nak baca rukyah ana tak berani.. Soalannya.... adakah isteri pak cik itu telah terkena sihir? Lembaga apakah yang sering berada di dalam rumahnya? Apakah rawatan yang paling sesuai untuknya?
*spt yg disiarkan pd 27/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan