Halalkah Gaji Anda? Itulah persoalannya. Ramai orang makan gaji tapi tak senang-senang.Mengapa ya? Di sini ana nak sembang-sembang mengapa orang makan gaji tak senang-senang. ..
Tapi nak lapik cakap la dulu, tak semua tak senang tau. Ada juga yang senang jika betul caranya. Bekerja dengan betul, jujur dan amanah.
Tapi nak lapik cakap la dulu, tak semua tak senang tau. Ada juga yang senang jika betul caranya. Bekerja dengan betul, jujur dan amanah.
10 tahun pengalaman bekerja di sektor awam banyak mengajar ana. Mengajar erti mencari rezeki halal. Memang kerja kita halal tapi curi tulang tu ... bagaimana. Jika kita dibayar gaji untuk bekerja selama 8 jam sehari, maka selayaknya lah kita bekerja 8 jam. Kalau punch card je jam 8 pagi, selepas tu pergi minum di kantin sehingga jam 9 pagi, tak curi tulang namanya. Yang perempuan pulak sarapan kat pentry. Jam 9 pagi baru mula nak kerja. Sembang-sembang sikit dah hampir jam 10 pagi. Pergi kantin lagi nak beli kuih untuk minum pagi. Minum-minum sampai jam 11 pagi. Baru nak mula buat kerja. Jam 12 tgh pergi kantin lagi untuk beli makan tengahari. Tak nak beratur waktu lunch.
Waktu makan tengahari bukannya nak makan dan solat zohor, tapi pergi shopping. Dah pukul 2 lebih baru masuk ofis. Barulah terhengeh2 nak makan dan solat zohor. Jam 3 ptg baru mula buat kerja. Jam 3.30 pergi kantin lagi beli kuih untuk minum petang. Jam 4 sibuk kemas-kemas nak balik. Waktu tu balik jam 4.15 ptg...
Jadi, berapa jamkah kita bekerja sebenarnya? Fikir-fikirkan! Jika pencuri pecah masuk rumah orang kita marah.... tapi bila kita mencuri masa majikan kita, kenapa kita tak rasa bersalah? Jangan hairan jika anak kita tak mendengar cakap kita, jangan hairan jika keluarga kita sering bermasalah dan jangan hairan jika kita sering dilanda penyakit yang sukar diubati. Semua ini kerana gaji yang kita dapat adalah hasil curi masa dan curi tulang majikan. Bertaubatlah sebelum terlambat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan