Rabu, April 20, 2011

Roti Kacang Merah

Malam tadi hujan hingga ke subuh. Selepas solat subuh, ana segera nak beli kuih di warung Hj S di masjid, tapi kuih belum sampai. Mungkin lewat sikit kerana hujan. Ana pun terus ke kedai sebaneka 24 jam untuk beli 2 peket Roti Kacang Merah dan sebuku roti gandum. Tiba di rumah ana terus potong 2 setiap ketul. Maka dapatlah 12 potong. Paling gembira ialah anak ana yang ke 7, Asmaa' namanya. Berketul-ketul dia makan Roti Kacang Merah  cicah air 1 Uncang Teh 18 Sudu Gula. Bukan si Asmaa' je, Safura, Muhammad, Musa, 'Isa, Sumaiyyah dan Safiyyah pun turut makan Roti Kacang Merah. Kecoh juga.... macam kat kedai kopi pulak... Jam 7.15 pg ana pun hantar mereka ke sekolah.
Balik dari sekolah ana terus jolok sinki yang tersumbat. Jenuh juga. Dulu ana pernah upah orang buatkan tapi kena bayar RM180. Terasa juga ana.. mahal la... sayang juga duit. Lepasla duit api dan air sebulan. Mulai hari tu,ana buat sendiri je. 30 minit siap lah. Lepas tu ana bersihkan diri dan sarapan Roti Kacang Merah. Orang rumah pula sedang bersiap-siap untuk ke hospital.

Tiada ulasan: