Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah ramainya manusia yang berebut mencari harta bagi memenuhi keperluan hidupnya Tanpa Memperdulikan Halal dan Haram. Yang penting asal dapat. Ini kerana semakin kita nak maju maka semakin banyaklah pula keperluan yang perlu kita penuhi...
Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita lebih 14 abad yang lalu,
Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita lebih 14 abad yang lalu,
"Akan datang satu masa kepada manusia, di mana pada masa itu seseorang tidak lagi memperdulukan apa yang diambilnya, apakah daripada yang halal atau daripada yang haram."
(R.Bukhari dan Nasai drp Abu Hurairah)
Lihatlah apa yang sedang berlaku masa kini, di sekeliling kita, bahkan sebahagian daripada kita sendiri asyik sibuk bekerja sepanjang hari. Tak cukup dengan makan gaji di waktu siang, buat bisnes lagi di waktu malam. Apakah yang kita cari sebenarnya? Rumah besar? Kereta besar? Pangkat besar?....
Memang mencari harta itu tidak salah. Itulah sebabnya Islam menyeru umat manusia agar bekerja! Berusaha mencari harta bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Namun bekerja mestilah mengikut peraturan yang telah digariskan. Antaranya ialah, jangan sampai menyebabkan kelalaian menjalankan kewajipan kepada Allah. selain itu, kerja tersebut mestilah yang diredhai Allah. Bukan pekerjaan yang terlarang!
Oleh itu, marilah kita bersama menjauhkan diri kita dari pekerjaan yang terlibat dengan riba, arak, judi, mengurangi takaran dan timbangan, mencuri atau merompak serta makan harta orang lain dengan cara batil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan