Isnin, Mei 02, 2011

SMS Luar Jangka

Beberapa minggu yang lalu ketika ana sedang mengajar kelas al-Quran dewasa, ana dikejutkan dengan SMS rakan lama ana, Hj Fuad. "Salam. Blog ana http;//totalmanpowersolution.blogspot.com. Maklumat JPI, syarikat dll. TQ" Ana pun segara membalasnya, "TK ana sedang mengajar." Hj Fuad balas lagi, "Ana dah masuk blog anta. Tahniah.." Ana pun jawab, "TK."
Itulah Hj Fuad, rakan sekampus tahun 1980an. Walaupun kami berlainan kursua, tapi kami dalam satu jemaah Persatuan Persuratan Islam. Walaupun dah lebih 20 tahun, tapi kami masih lagi berhubung..
 Memang seronok ingatkan masa di kampus. Tak banyak masalah. Belajar saja. Tempat tidur free, makan free, belajar pun free. ..Tapi sekarang... semua kena bayar. Nak buang air pun kena bayar. Apa lagi nak belajar.
Kepada para remaja lepasan SPM dan STPM 2010, ingatlah! Pilihlah tempat belajar yang betul-betul nak mengajar. Bukannya nak kaut duit pelajar sahaja. Berhati-hati memilih kolej swasta kerana banyak yang indah khabar dari rupa... sedangkan yuran yang dikenakan berganda-ganda.

Tiada ulasan: