Seperti yang telah dinyatakan dalam posting yang lalu, Shahida Tolak PTPTN. Namun minggu lalu, Shahida telah menerima cek bernilai RM1500 daripada PTPTN. Bukan main gembira hatinya. Tak pernah dalam hidupnya mendapat cek sebanyak itu atas namanya...
Shahida renung cek itu, Shahida kucup cek itu tanda syukur. Sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban ayahnya. Dapat juga buat bayaran yuran kemasukan ke U. Hal itu segera dimaklumkan kepada ayahnya, "Ayah, kakak dapat cek PTPTN ni. bolehlah kakak guna untuk beli keperluan dan bayar yuran. Boleh ke kakak ambil duit ni?" tanya Shahida kepada ayahnya. Ayahnya pun menjawab, "Apa pandangan kakak? Nak ambil ke tak?" tanya ayahnya kembali. Shahida pun menjawab, "Kita ambil la ye ayah. Kalau tak ambil, ayah ada ke duit nak bayar yuran nanti. kakak buat solat istiharah dulu ya. Kalau dapat alamat ambil, kita ambillah."

Ayah Shahida diam seketika. Shahida fikir ayahnya tentu akan setuju. Tambahan pula ada setengah pendapat kata boleh ambil wang PTPTN jika tida sumber lain. Tidak berdosa katanya. Namun Shahida tak tahu apa yang ayahnya fikirkan. Shahida faham sangat perangai ayahnya, lebih rela ikat perut daripada terlibat dengan riba. Walaupun ayahnya dulu pernah menjawat sebagai pegawai kerajaan yang patuh, namun dalam hal-hal yang bercanggah dengan syarak, memang ayahnya menentang. Tiba-tiba ayahnya berkata, "Takkanlah kerana RM1500 tu, kakak dah nak gadaikan maruah keluarga, bangsa dan agama! Jangan mudah mengaku kalah! Ayah tak mahu nanti ilmu yang kakak belajar tidak diberkati. Hasil pinjaman riba. Insya-Allah ayah akan ikhtiarkan juga. Nak but solat istiharah apanya. Dah jelas riba tu haram!"
Shahida memang tidak terkejut dengan jawapan ayahnya. Memang Shahida pun keberatan untuk terima wang tersebut. Namun, seperti ayahnya juga, Shahida mula belajar untuk hidup tanpa riba. Itulah pengajaran amat berguna kepadanya.
Kepada pihak yang berwajib, kepada PM Malaysia yang ana kasihi, bantulah kami. Rakyat Malaysia. Bebaskan kami daripada riba. Kami tidak mampu untuk mengubah dasar yang kalian buat... tapi kami mampu untuk mengubah pemimpin kami. Perjuangan kami bukan kerana kepartian, tetapi kerana Islam, kerana Allah mengharamkan riba! Wajib taat kepada pemimpin selagi mana tidak bercanggah dengan syariat. Ana berharap sangat kisah Shahida ini menjadi iktibar kepada penggubal dasar. Kerana suatu hari nanti kalian akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah kalian lakukan. Buatlah sesuatu yang dapat memberi manafaat kepada rakyat. manafaat yang diredhai oleh pencipta kalian!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan