Khamis, Disember 29, 2011

Air Mata Keemasan

Memang Adik Keemasan amat gembira kerana memperoleh Mumtaz dalam PSRA yang lalu. Namun kegembiraan itu tidak kekal lama... apabila keputusan UPSR diumumkan seminggu kemudian. Keputusan 4A1B merentap hatinya. Air mata Keemasan tiba-tiba mengalir...
Hancurlah harapannya nak masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Keemasan memohon maaf kepada gurunya kerana tak dapat 5A. Namun gurunya terus memberi dorongan supaya Keemasan terus belajar! Untuk adik Keemasan, motivasi5k meningatkan supaya bertenang. 5A bukanlah segala-galanya. 5A bukan tiket yang mempastikan kejayaan. Ramai murid yang mendapat 5A dalam UPSR tetapi kecundang juga dalam PMR atau SPM. Motivasi5k mendoakan semoga adik Keemasan mendapat tempat di sekolah yang terbaik untuknya walaupun bukan dari sekolah yang terbaik. Buktikan sekolah luar bandar juga mampu melahirkan pelajar cemerlang!

Tiada ulasan: