Ahad, Januari 23, 2011

Apabila Tuan Guru Sakit...

Hari Jumaat yang lalu, seperti biasa ana akan hantar SMS kepada Ust N bertanyakan samada datang mengajar atau tidak. "Slm. Mlm ni Ust dtg ke?" tanya ana. Tidak lama kemudian,
 Ust N pun menjawab seperti biasa, "Datang.". Ana pun terus memaklumkan kepada para peserta Kelas Talaqqi dan Musafahah juga melalui SMS. "Slm. Malam ni ada kelas talaqqi. Ust N." SMS tersebut ana hantar kepada 15 orang peserta. Malam itu, seperti biasa ana akan mengajar kanak-kanak dan remaja mengaji dahulu. Bermula dari jam 8.00 mlm hingglah jam 9.00 mlm. Belum sempat ana habis mengajar, maka datanglah Cikgu Ad. "Eh.. awal sangat ke saya datang ni ustaz? Ust N datang ke?" tanyanya. "Taklah... Ok la tu... Cuma malam ni saya mengajar seorang diri, itulah sebabnya habis lambat. Ust N SMS tadi kata dia datang. Cikgu duduklah dulu ye. Saya nak solat Isyak kejap." jawab ana sambil berlalu untuk solat Isyak berjemaah bersama anak lelaki ana.

Selepas solat Isyak, ana pun membawa masuk air minuman dan gelas kosong ke dalam kelas. Kemudian ana terus ke kedai mamak untuk membeli biskut sebagai jamuan ringan. Balik dari kedai, ana pun tunggu ustaz... tapi tak muncul juga. Ana SMS tak berbalas. Ana call tak berjawab. Ana tak sedap hati. Selalunya Ustaz mesti sampai. Kelas dah dipenuhi pelajar dewasa. Ada Melayu, Cina, Banjar dan  Jawa..... Satu Malaysia.
Jam 10.15 malm, ana pun duduk di depan kelas sambil berkata, "Assalamualaikum.... Saya nak minta maaf kerana Ustaz N belum hadir. Selalunya dia akan hadir awal. Saya cuba hubungi tapi tak dapat. Oleh kerana kita dah ada di sini, bagi mengisi masa yang ada, saya ingin membincangkan satu tajuk tentang Nun mati dan Tanwin..." . Ana pun teruslah membincangkan tajuk tersebut dengan membuat lakaran peta minda di papan putih. Memaparkan Istilah Dhabt.

Tal lama kemudian ana pun dapat mesej, "Maaf.... saya di office...tak dpt bangun. Kepala sakit." Itulah SMS ana terima daripada Ust N tepat jam 10.30 mlm. Ana pun memaklumkan kepada para peserta. Perbincangan diteruskan sehingga jam 11.00 mlm. "Sekarang dah jam 11.00 mlm. Kepada sesiapa yang nak balik bolehlah balik, kepada sesiapa yang nak berbincang bolehlah tunggu." kata ana. Maka tinggallah separuh kelas yang tinggal termasuk 4 orang peserta baru. Kami pun teruskan berbincang. Yang ana terperanjat besar ialah apabila Sdr Am menjelaskan tajuk ini kepada peserta-peserta baru. Sdr Am ni berbangsa Cina beragama Islam. Cikgu M pula menyemak bacaan Al-Ftihah salah seorang daripada mereka. Cikgu M ni guru BI tapi nak pencen Ustaz... sekarang pun turut membantu ana mengajar kanak-kanak dan remaja memba Al-Quran.

Apabila Tuan Guru Sakit..... macam-macam boleh jadi jika kita hendak menjadikannya. Terserlahlah bakat-bakat baru dalam mengajar al-Quran. Ana yakin.... sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.... Mampukah mereka menggalas tugas mengajar al-Quran.... hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui! 

Tiada ulasan: