Selasa, Mac 08, 2011

Sindrom Terpinggir

"Jauhi penyakit Sindrom Terpinggir kerana ia akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit..." .
Itulah kata-kata YAD Dato' Paduka Raja Dato' Hj Wan Mahmood bin Pawan Teh, Yang Di Pertua PPKM Bahagian Selangor ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Daerah Sabak Bernam, Kali ke-10. Majlis telah diadakan pada hari Ahad, 6 Mac 2011 bertempat di Dewan Kelab Rekreasi Sabak Bernam.

Lebih seratus orang telah hadir dan ana merupakan ahli termuda. memang ana kgum denga kegigihan dan kecergasan beliau. Katanya lagi, "Saya selalu berfikir seperti berumur 55 tahun walaupun umur 'certificate' saya 81 tahun. Bila saya tanya kawan-kawan yang dah pencen buat kerja apa, mereka akan jawab RTM iaitu Rehat Tunggu Mati. Kita hidup mesti fikir untuk hidup selamanya. Kalau kita fikir kita sakit, maka kita akan sakitlah."

Oleh itu, orang yang telah pencen haruslah join PPKM. Buat masa ini ada lebih 590,00 orang pesara kerajaan di seluruh Malaysia dan hanya seramai 25,000 orang sahaja yang mendaftar sebagai ahli PPKM. Kepada para pengunjung motivasi5k, ana menyeru supaya segeralah mendaftar sebagai ahli. Sejak ana join persatuan ini, ana rasakan seolah-olah ana masih dalam perkhidmatan kerajaan lagi. Rindu benar dengan kesibukan kerja masa lalu, rakan sekerja, kursus, seminar dan kerja 'outstation'. Dan yang paling penting ialah ana merasa cara fikir ana semakin muda!

1 ulasan:

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ berkata...

Untung jgk klu fikir cara org muda sbb rasa diri sntiasa muda...