Rabu, Januari 26, 2011

Aku Sibuk!

Aku Sibuk! Itulah alasan yang sering kita beri jika kita tidak mahu melakukan sesuatu. Petang semalam, selepas solat asar di masjid, ana didatangi oleh seorang
rakan. Ketika itu ana masih duduk dalam syaf selepas mengaminkan doa yang dibacakan imam. Cukuplah ana namakan rakan ana itu dengan En. H. Ana memang dah lama kenal H.... lebih 10 tahun yang lalu.... ketika sama-sama memulakan perniagaan di Sg Besar. Kebetulan ketika itu, kedai yang kami sewa saling berhadapan. H menjalankan perniagaan kelas komputer sehinggalah sekarang. Ana pula mengendalikan kelas al-Quran sehingga sekarang. Bidang kami sama iaitu pendidikan dan latihan.

"Abu... " tegurnya ringkas. "Hah! H... ada apa? Sihat ke?" balas ana. "Sibuk ke?" tanya H lagi. "Taklah. Cuma kejap lagi aku nak ambil anak sekolah. Kemudian ajar budak ngaji jam 6 petang nanti.Kenapa?" jawab ana.  Ana pun hairan juga. Memang kami sering berjemaah di waktu asar tapi tak pernah pula H datang serapat itu kepada ana. Selalunya analah yang pergi merhampirinya. "Aku nak baca al-Quran boleh?" tanyanya lagi. "Bacalah!" jawab ana. "Aku nak kau tasmi'. Boleh?" sambung H. "Oooohhh! Tuan imam kan ada. Tasmi' lah dengan dia." jawab ana. "Ala.... tasmi' dengan kau je lah." jawab H. Ana pun tak boleh nak menolak lagi. Ana ajak H ke tepi dinding  masjid dan menyuruhnya membaca al-Fatihah. Memang H pandai membaca al-Quran. Cuma ada beberapa tempat perlu diperbaiki bacaannya. 

"Masukkalah kelas Talaqqi dan Musyafahah. Kau akan dapat baiki bacaan kau. Ustaz yang mengajar pun hafiz. Ada sanad lagi." kata ana. "Ala... Aku Sibuklah! Tak cukup masa." jawab H. Ana pun dah tak cakap banyak lagi. Orang dah sibuk nak kata apa! 

Memang manusia ni selalu beri alasan sibuk. Nak solat berjemaah....sibuk!. Nak pergi mesyuarat PIBG.... sibuk! Nak tengok kerja sekolah anak..... sibuk! Nak buat kerja lebih untuk tambah pendapatan.... sibuk! Nak bangun Qiamullail.... sibuk! Nak belajar al-Quran .... pun sibuk! Tapi..... bila lepak di kedai kopi sepagi sepetang tu tak sibuk! Menonton TV hingga larut malam tu .... tak sibuk! Melayari internet berjam-jam tu ... tak sibuk! Ber-facebook tu.... tak sibuk!

Kesimpulannya, sudah memang menjadi tabiat manusia..... apabila nak buat kebaikan tu .... sibuk! Tapi apabila nak buat maksiat tu .... tak sibuk! Fikir fikirkanlah! Oleh itu jangan beri alasan Aku Sibuk! kerana malaikat maut tak pernah sibuk mencabut nyawa manusia! Jadi tunggu apa lagi!

Tiada ulasan: