Rabu, November 07, 2012

Daftar Kelas Intensif Musim Cuti

Pendaftaran Murid Kelas Intensif Musim Cuti telah bermula. Pendaftaran boleh dibuat melalui SMS atau datang ke pejabat Fast Learning. Terhad kepada 15 orang/kelas. Jangan tunggu lagi. Daftarlah Sekarang!

Selasa, September 25, 2012

Cari Anak di Tengah Malam

Pada hari ketujuh malam kelapan, Ali dan Ahmad langsung tidak balik ke rumah. Sehingga jam 1.00 pagi masih belum pulang. Pak Salleh dan isteri berkali-kali telefon ke handphone yang mereka bawa, namun tida jawapan. SMS tidak dijawabnya. Pak Salleh mula risau. Isteri Pak Salleh lebih-lebih lagilah risau. Tidak henti-henti mencuba telefon. Pantang sungguh bagi mereka jika anak mereka tidur di rumah orang pada waktu malam. Tiba-tiba telefon diangkat... tetapi bukanlah Ali dan Ahmad yang menjawabnya. Seorang wanita pertengahan umur menjawab. Rupa-rupanya Ali dan Ahmad sudah lena dibuai mimpi di rumah nenek kawan mereka 7 km dari rumah mereka. 

Tanpa berlengah lagi, mereka terus mencari rumah tersebut kerana jam sudah 1.30 pagi. Setelah puas mencari, akhirnya bertemu jugalah mereka dengan rumah tersebut....

Khamis, September 20, 2012

KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2012

Dari 19Nov-20Dis 2012 (5 minggu / 20 hari)
Hari Isnin-Khamis
Kelas mula jam 9.00 pg. Daftar akhir pada Isnin  12/11/2012.

Isikan masa cuti persekolahan anak anda dengan mengikuti

KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2012

Pilihlah kelas-kelas yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran membaca mereka sebagai persediaan sesi persekolahan tahun 2013. Pendaftaran hanya RM20 shj!

Daftarlah Sekarang! Terhad kepada 15 orang/kelas.
Pendaftar terawal dengan bayaran penuh diutamakan.


1. KELAS CEPAT BACA
Merupakan  kelas  paling  laris pada musim cuti. Amat sesuai untuk anak anda yang berumur 6 tahun dan 7 tahun ke atas tetapi masih belum boleh membaca atau lambat membaca. Menggunakan kaedah fonetik tanpa eja. Membantu anak anda membaca dengan lebih cepat dan lancar.
Subjek: BM, BI dan Jawi

2. KELAS PENGUKUHAN SUBJEK TH 1-6
Kelas ini memberi tumpuan kepada  aspek penguasaan topik  dan latihan pengukuhan mengikut tahun pembelajaran. Dikendalikan dalam kelas berasingan. Anak anda akan dibimbing, diberi  kefahaman dan  latihan mengikut topik.  Sangat berkesan bagi tujuan memahami dan menguasai sesuatu topik. Amat sesuai untuk anak anda yang akan memasuki Th 1-6 pada tahun 2013.     Subjek: BM, BI, Math dan Sc

3. KELAS AL-BARQY
Anak anda boleh  membaca  al-Quran lebih  awal lagi. Kaedah  al-Barqy amat menarik dan berkesan kerana selari dengan pengajaran Bahasa Arab. Pendekatan kata kunci menjadi titian ingatan untuk memahami topik baru. Amat sesuai untuk anak anda yang berumur 6 tahun ke atas dan masih belum boleh membaca al-Quran.

4. KELAS TAJWID AL-BARQY
Anak anda boleh belajar Tajwid dengan mudah dan berkesan. Kaedah al-Barqy amat berkesan kerana bacaan bertajwid diajar secara amali mengikut sebutan Bahasa Arab. Amat sesuai untuk anak anda yang sudah boleh membaca  al-Quran tetapi masih lemah dari segi pembacaan bertajwid.

5. KELAS FARDHU AIN (Baru!)
Kelas ini diadakan khusus untuk membimbing anak anda tentang ilmu fardhu ain. Di antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah bersuci, air, najis, Istinjak, hadas, wuduk, mandi dan solat. Pada masa kini ramai di kalangan anak-anak kita yang masih belum menguasai secara teori dan amali tentang tajuk-tajuk yang akan disentuh.

6. AMALI WUDUK DAN SOLAT (Baru!)
Kelas amali ini diadakan secara percuma khusus untuk anak anda yang mengikuti Pakej Kelas Al-Barqy/Tajwid Al-Barqy ATAU Kelas Fardhu Ain dan Kelas Al-Quran.

7. KELAS AL-QURAN (Baru!)
Kelas ini diadakan khusus untuk anak anda yang telah tamat membaca al-Quran dan ingin mengulang bacaan secara talaqqi musyafahah.

Kelas yang ditawarkan

1. CEPAT BACA
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Jawi

2. PENGUKUHAN SUBJEK TH 1-6
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Mathematics
· Science

3. AL-BARQY

4. TAJWID AL-BARQY

5. FARDHU AIN

6. AMALI WUDUK DAN SOLAT

7. AL-QURAN


Tentatif Kelas (Isnin-Khamis)

9.00pg-12.00tgh
Cepat Baca BM dan BI

10.45pg-1.00tgh
Cepat Baca BI dan Jawi

9.00pg-1.00tgh
Cepat Baca BM, BI dan Jawi

9.00pg-12.00tgh
Pengukuhan Subjek Th 1-6
BM dan SC, BI dan Math


2.30-3.30ptg
Al-Barqy/Tajwid Al-Barqy

3.30-4.30ptg
Fardhu Ain

4.30-5.00ptg
Solat Asar (Amali Wuduk dan Solat)

5.00-6.00ptg
Al-Quran (Talaqqi Musyafahah)


Di mana kelas diadakan?

Semua Kelas Intensif Musim Cuti 2012 diadakan di 
 Pusat Pendidikan dan Latihan,
Fast Learning Associates,
Taman Padu Permai, Sg Besar.


Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:

FAST LEARNING ASSOCIATES (001531440-P)
No 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai, 45300 Sg Besar, Selangor
(Bersebelahan bangunan BOMBA Sg Besar)
Tel/Faks : 03-3224 1278    Mobile : 013-209 2280
Blog http://motivasi5k.blogspot.com

Daftar melalui SMS :
Taip NAMA . UMUR . KELAS PILIHANMASA dan hantar ke 013-2092280


Sabtu, September 01, 2012

Merdekakah Kita?

Salam Kemerdekaan kepada semua pengunjung. Setelah 55 tahun merdeka, tentu sahaja negara kita banyak mencapai kemajuan demi kemajuan. Namun Merdekakah Kita?

Walaupun kita merdeka daripada penjajah, namun ana amat sedih kerana semakin lama kita merdeka semakin rapuh pula semangat bersatu padu kita. Jika sebelum merdeka, bangsa kita digeruni, dikagumi dan disanjungi kerana keberanian dan penyatuannya, namun kini tidak lagi. Bangsa lain menjadi rebutan dan penentu bagi meraih kemenangan untuk memerintah. Mengapa bangsaku lemah kini?... Mengapa?...

Perpecahan bangsa Melayu menyebabkan bangsa lain mudah mengambil kesempatan. Bangunlah bangsaku! Bersatulah kita! Jadilah kita pemimpin yang sejati agar kita tidak dipimpin oleh bangsa asing lagi...

Khamis, Ogos 30, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri ana ucapkan kepada semua pengunjung. Maaf kerana sudah lama tidak membuat catatan baru. Maaf dipinta jika ada terlajak bicara. Maaf juga dipinta jika ada terkasar bahasa. Semoga Hari Raya ini memberi erti yang amat mendalam dalam hidup kalian. Jadikan Ramadan yang lalu sebagai Kem Tarbiah diri. Apakah amalan-amalan baik di bulan Ramadan masih mampu kita lakukan pada bulan Syawal dan seterusnya? Mampukah kita berpuasa sunat? Mampukah kita bersolat witir setiap malam sebelum tidur? Mampukah kita melakukan solat dhuha setiap pagi? Mampukah kita membaca al-Quran 5 muka surat setiap hari? Mampukah???

Jumaat, Ogos 03, 2012

Mana Bendera Malaysia?

Hari Merdeka semakin hampir. Namun bendera Malaysia masih belum kelihatan di mana-mana. Di rumah, di premis perniagaan, di bangunan kerajaan dan di kenderaan. Tidak seperti tahun-tahun lalu.... Mana perginya Jalur Gemilang? Sudahkah anda mengibarkannya?

Terlepas Sijil Dekan

Shahida baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan semester 2. Walaupun sedikit kecewa tidak dapat sijil dekan, namum Shahida tetap bersyukur kerana masih mampu mengekalkan 3 pointer ke atas. Shahida berazam untuk terus berusaha lebih gigih bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik pada semester depan. Ada lagi 4 semester yang mesti dilalui olehnya....

Percubaan STPM

Minggu ini Ani sedang menghadapi peperiksaan percubaan STPM 2012. Minggu lalu Ani telah selesai menduduki peperiksaan MUET. Bersamalah kita berdoa semoga Ani mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut.

Khamis, Ogos 02, 2012

Tepati Janji

Apabila anda berjanji, tepatilah janji anda. Tidak kira siapa anda dan kepada siapa anda berjanji, maka semua janji mesti ditepati. Di antara sifat-sifat orang munafik ialah apabila berjanji, dia mungkiri. Pilihanraya semakin hampir. Kepada semua pemimpin, ana ingin mengingatkan supaya tunaikan janji-janji kalian semasa kempen dulu. Jika masih belum mampu untuk dilaksanakan ataupun tidak boleh dilaksanakan, mohonlah kemaafan daripada rakyat. Jika anda masih diberi peluang untuk memimpin, pimpinlah mereka secara adil. Sekiranya anda tidak mampu untuk memimpin secara adil, maka berilah peluang kepada orang lain yang lebih berwibawa, adil dan amanah.

Janji Ditepati

Itulah tema Hari Kemerdekaan kita tahun ini walaupun ada pihak-pihak tertentu tidak puas hati dengan tema tersebut. Mereka mempunyai alasan tersendiri. Namun bagi pihak kerajaan pula, mereka juga mempunyai alasan tersendiri juga. Anda bagaimana?

Ramadan Mendidik Kita

Salam Motivasi, Salam Ramadan. 
Bulan Ramadan telah memasuki fasa kedua iaitu fasa pengampunan. Fasa rahmat telah berlalu. Setakat ini apakah yang kita perolehi daripada Ramadan? Rugilah kita sekiranya kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Terlebih rugi lagi jika kita langsung tiada peningkatan dalam beramal. Amat rugi sekali jika bertambah pula melakukan maksiat! Selamat beramal. Semoga amalan berpuasa, solat sunat, solat berjamaah, bersedekah, witir sebelum tidur dan lain-lain amalan soleh dapat kita teruskan sebagai amalan seumur hidup. Selamat berpuasa...


Jumaat, Julai 13, 2012

Air Mata Guru

Seperti siswa siswi lain, Shahida juga sedang bercuti. Shahida balik kampung. Hendak tunggu bulan September pun lama lagi. Inilah masanya bagi Shahida untuk membantu ayahnya dan mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang lain. Beberapa hari yang lalu, sempat juga Shahida bersama beberapa rakan berkunjung ke sekolah lama bertemu guru. Guru mereka amat terharu dengan kehadiran mereka. Lebih terharu lagi ialah apabila mereka berbual dengan guru mereka dalam Bahasa Arab. Menitis air mata guru kerana terlalau terharu...

Selasa, Julai 10, 2012

Hidup Senang, Hidup Tenang

Salam motivasi dan selamat malam. Kepada rakan-rakan pengunjung, ana doakan semoga kalian sihat walafiat dan berbahagia hendaknya disamping keluarga tercinta. Apalah makna kehidupan kita jika keluarga kita porak peranda. Apalah makna kehidupan kita jika belum mendapat ketenangan walaupun hidup penuh dengan kemewahan dan kesenangan. Apalah makna kehidupan kita jika masih bekerja siang dan malam mencari wang bagi membayar hutang keliling pinggang. 

Alangkah bertuahnya seorang insan yang tinggal di kampung, hidup penuh sederhana, bahagia bersama keluarga, bekerja seadanya, namun hatinya tenang dan hidupnya senang. Kita lihat mereka susah kerana tiada kenderaan besar, namun itulah kehidupan mereka, mereka senang dan tenang! 

Adakah kita sekarang hidup senang dan tenang? Tanyalah diri dan jawablah dengan hati!..

Isnin, Julai 09, 2012

Kayu Lama

Alhamdulillah. Projek Fasa 1 Pusat Pengajian Al-Quran di kampung sudah hampir siap. Insya-Allah bulan ini kelas Al-Quran akan dimulakan. Terima kasih tidak terhingga kepada staf ana, Abdullah yang gigih mencantikkannya seorang diri. Hanya tinggal sebahagian dinding dan wiring dewan kuliah masih belum siap. Kepuasan yang tidak terhingga ana rasakan. Buat masa ini ana gunakan apa sahaja sumber yang ada. Kayu-kayu lama dikutip semula, dibersihkan, disapu minyak dan akan digunakan semula. Terpaksalah ana  keluarkan sedikit duit belanja rumah untuk menjayakannya. Orang kampung pula sudah mula bertanya bila kelas al-Quran akan dimulakan. Memang ramai para ilmuan, tetapi tidak ramai yang sanggup untuk mengajar budak-budak mengaji...

Doakan ana semoga pengujudan Pusat Pengajian Al-Quran ini menjadi kenyataan. Memberi manafaat kepada penduduk kampung dan masyarakat setempat.  Amiiin.

Khamis, Jun 28, 2012

Pusat Pengajian Al-Quran dan Kem Motivasi5k

Salam Motivasi dan salam Sejahtera. Alhamdulillah bersyukurlah kita kerana dapat juga kita bertemu lagi setelah dua minggu menghilang. Sebenarnya ana banyak habiskan masa di kampung Peket 60 kerana membuat kerja-kerja menaik taraf rumah pusaka menjadi Pusat Pengajian Al-Quran dan Kem Motivasi5k. Kerja-kerja pembersihan, ubahsuai mengecat dan menyapu minyak kayu sedang dijalankan. Insya-Allah hujung minggu ini kerja-kerja pendawaian akan dibuat.

Kem Motivasi5k adalah berkonsepkan kampung. Mengekalkan ciri-ciri bangunan dan kehidupan kampung. Insya-Allah Kem Motivasi5k akan mula beroperasi selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Jumpa lagi...

Khamis, Jun 14, 2012

Solat Istiharah

Seperti yang dinasihati oleh gurunya, Basir pun melakukan Solat Sunat Istiharah. Bagi Basir inilah pertama kali dia buat Solat Istiharah bagi memulihkan perniagaannya. Basir memohon supaya Allah memberikan kepadanya perniagaan yang benar-benar menguntungkannya di dunia dan di akhirat. Basir pasrah. Apa juga keputusan yang diperolehi akan dituruti. Apa juga petunjuk yang di terima akan dipatuhi. 

Selain itu, Basir juga memohon kepada gurunya untuk melakukan Solat Istiharah juga. Memohon petunjuk samada ingin menjual kedai atau tidak.

Baju Muslimah

Memang jika diceritakan kepada bapanya pun, belum tentu bapanya boleh menerima alasannya. Keemasan bertekad untuk membuktikan kapada bapanya bahawa tinggal di rumah juga boleh berjaya di dalam pelajaran. Keemasan pun menceritan segala apa yang berlaku di asrama, yang menjadi punca dia tidak mahu tinggal di asrama. 

Memang Keemasan agak cerewet. Barang-barang dan pakaiannya bukan boleh diusik-usik tanpa izin. Adik-adiknya selalu dimarahi kerana mengambil barangnya tanpa izin. Namun inilah yang berlaku di asrama, alat tulis hilang, sabun, ubat gigi dipinjam kawan, dan yang paling teruk ialah apabila baju muslimah kesayangannya dipinjam kakak senior tanpa izin. Walaupun semua penghuni asrama adalah perempuan, namun ugut-mengugut tetap ada. Ditambah dengan denda itu dan ini. Jiwa Keemasan semakin tertekan. Jika diceritakan kepada bapanya, seperti mencurah air ke daun keladi sahaja...

Doa Untuk Shahida

Minggu ini minggu peperiksaan di 'U'. Bersamalah kita berdoa semoga Shahida dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir Semester 2. Semoga Shahida dapat mengekalkan sijil dekan seperti di dalam peperiksaan Semester 1. Kepada Shahida ana ucapkan selamat menduduki peperiksaan. Lakukanlah yang terbaik kerana anda adalah 'pelumba' yang terbaik!

Rindu

Salam motivasi. Maaf kerana sudah lama tidak bersua. Ya, sudah hampir dua minggu ana tidak buat paparan baru. Rindu juga rasanya. Walaupun kita tidak saling mengenal, namun pertemuan di alam maya juga cukup untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Bukanlah sibuk sangat, tetapi masalah kelambatan capaian internet di sini membuatkan ana kurang sabar untuk menunggu lama. 

Dua minggu berlalu tentu sahaja banyak perkara dapat kita kongsikan. Cuti sekolah yan lalu memberi kesempatan kepada ana untuk bertemu dan berhubung dengan beberapa 'hero' dan 'heroin' dalam blong motivasi5k. Tentunya kalian ingin mengetahui kisah-kisah mereka seterusnya. Shahida di 'U', Ani di kolej, Keemasan di sekolah biasa serta Ali dan Ahmad yang telah bertukar ke sekolah baru.

Jumpa lagi. 

Rabu, Mei 30, 2012

Cuti Sekolah Tiba Lagi

Cuti Sekolah Tiba Lagi. 

Bagi murid-murid pra-sekolah dan sekolah rendah, mereka memang suka hati. Bebas daripada bebanan beg sekolah dan leteran guru di sekolah. Mereka boleh menonton TV siang dan malam, bermain di padang dan main game di rumah. Tidak perlu basuh kasut dan tidak perlu bangun awal pagi untuk ke sekolah.

Bagi pelajar-pelajar sekolah menengah pula, inilah masanya mereka ber-'face-book', ber-'sms', 'chating', 'dating' atau duduk terperap di rumah. Ada juga yang sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan penting tahun ini.

Bagi sebahagian ibu bapa, mereka tentu pening kepala kerana anak-anak mereka ada di rumah. Riuh rendah suara mereka, usik mengusik dan rumah bersepah. Kalau tetamu datang bertandang musim cuti sekolah ini, tentu sahaja 'pening' dengan suasana bersepah itu.

Ada di kalangan ibu bapa yang tidak mamberi peluang kepada anak tinggal di rumah. Mereka terus hantar anak mereka ke kem-kem motivasi, tuisyen dan pra-tahfiz. Runsing benar mereka apabila anak mereka di rumah. Keluar siang malam dan ke CC.

Apapun yang kita lakukan, lakukanlah yang terbaik....

Khamis, Mei 24, 2012

Nikmat Kesihatan

Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu lagi setelah lapan hari tanpa catatan baru.

Sekembali dari Pulau Pangkor, badan ana rasa kurang sihat. Memang sebelum itu pun ana sudah batuk-batuk. Namun bagi memenuhi undangan rakan lama, ana gagahi juga untuk ke Pulau Pangkor. Banyak pengalaman ana perolehi sepanjang mengendalikan kursus di sana.  Walaupun makanan yang disediakan sedap-sedap belaka, namun ana terpaksa 'berpantang' kerana tidak mahu batuk ana melarat. Ana lebih rela minum air suam sahaja daripad mengambil minuman berais. Dalam banyak-banyak perkara yang ana bincangkan, isu kesihatan menjadi isu utama.

Memang benar, harta yang banyak tidak dapat menjamin badan yang sihat. Kita mungkin sihat, tetapi pasangan kita dan anak-anak belum tentu sihat. Kita sibuk mencari kekayaan dan kemewahan dunia bagi membahagiakan keluarga, namun di dalam kesibukan itu kita diuji dengan pelbagai penyakit yang dialami oleh keluarga kita. Jika diberi pilihan di antara harta dan kesihatan, tentu ramai di kalangan kita yang akan memilih kesihatan. Kesihatan merupakan nikmat kedua terbesar selepas Islam dan iman.

Oleh itu, jagalah kesihatan diri. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik. Semoga kita dipanjangkan usia di dalam keadaan sihat walafiat. Semoga kita terus bersyukur dengan Nikmat Kesihatan yang Allah berikan. Amiin.

Rabu, Mei 16, 2012

Bingkisan Dari Pulau Pangkor

Salam Motivasi.

Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya kepada guru-guru ana. Tidak lupa juga kepada semu guru anak-anak ana yang telah mendidik mereka tanpa jemu. 

Sabtu lalu ana telah mengendalikan Seminar Rahsia Mumtaz di KAFA Taman Sri Indah, Sg Besar. Program dihadiri oleh seramai lebih 120 orang murid tahun 5 dan 6. Lebih mengejutkan ana ialah dengan kehadiran Ketua Guru dan guru-guru yang terlibat aktif membantu murid-murid.

Semalam, hari ini dan esok ana berada di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor kerana membantu rakan ana mengendalikan Kursus Kujurulatihan Memacu Pasukan Cemerlang anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Kursus dikendalikan oleh syarikat perunding Fokus Training and Consultancy. Lebih 40 orang staf PERDA hadir.

Jumpa lagi...

motivasi5k
Pulau Pangkor

Khamis, Mei 10, 2012

Selamat Belajar

Selamat belajar ana ucapkan kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM. yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke perinkat yang lebih tinggi. Begitu juga kepada lepasan Diploma dan Ijazah yang akan menyambung belajar. Tahniah dan syabas ana ucapkan. Teruskan belajar, teruskan perjuangan kalian. Semoga kalian sentiasa diberkati Allah. Pandai-pandailah menjaga diri di perantauan. Jangan jadikan ia sebagai satu peluang untuk hidup 'bebas' dan 'bergaya'! Jagalah adab sopan dan budi pekerti. Belajarlah dengan sumber pembiayaan yang halal, elakkan riba. Pengorbanan ibu bapa jangan dilupa walau di mana kalian berada. Selamat Belajar!

Selasa, Mei 08, 2012

Amal Jariah

Ketika kita berada, iangatlah kepada orang yang kurang berada dan tidak berada. Ketika kita makan secara buffet di hotel lima bintang, ingatlah keluarga kita yang hanya mampu makan di rumah sahaja. Ketika kita berulang kali mengerjakan umrah, ingatlah keluarga kita yang masih fakir dan miskin. Ketika kita sibuk bertukar kereta mewah, ingatlah saudara seagama kita yang masih ikat perut, berhempas pulas memerah keringat, kais pagi makan pagi kais petang makan petang mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga.

Bantulah mereka yang memerlukan. Bantulah kerja-kerja agama. Bantulah anak-anak yatim, bantulah fakir dan miskin, bantulah ibu-ibu tunggal, bantulah warga tua yang uzur, bantulah.... bantulah mereka yang memerlukan. Kerana apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang dapat membantu kita iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat dan amal jariah...

Ahad, Mei 06, 2012

Sabun Garam Bukit

Produk terbaru yang dijual di Galeri motivasi5k ialah Sabun Garam Bukit.
  • Sabun Garam Bukit sangat berkesan digunakan pada muka.
  • bertindak sebagai pencuci/pembersih muka  dan melembabkan kulit.
Cara menggunakannya:
  • Bersihkan muka dengan air.
  • Tekapkan Sabun Garam Bukit  pada seluruh kulit muka.
  • Biarkan kering selama 30 minit.
  • bilas muka dengan air bersih/toner.
Selamat Mencuba!

Selasa, Mei 01, 2012

Cintai Tempat Kerja

Hari ini semua pekerja cuti sempena Hari Pekerja. Seawal jam 9.00 pagi ana datang ke kedai untuk mengemas. Paling awal kerja yang ana buat ialah cuci tandas. Tandas kedai ada bau yang kurang enak kerana tersumbat. Setelah dijolok-jolok maka terlihatlah beberapa objek keras. Apalagi, kenalah ana keluarkan satu persatu mengunakan kayu mob. Ahkirnya dua biji plastik mangkuk aiskrim, satu penutup bekas sabun dan plastik makanan ringan dikeluarkan. Barulah hilang bau... Kalau upah orang berapa pula kosnya ye... 

Nak harapkan pekerja memang tak buatlah mereka. Inilah budaya pekerja kita, walaupun tandas itu mereka gunakan setiap hari, tapi mereka tidak akan mencucinya secara sukarela. Ini kerana mereka menganggap tandas itu bukan tandas mereka, walaupun setiap hari mereka menggunakannya!

Begitulah juga dengan kebersihan tempat kerja. Ramai pekerja yang buat tidak kisah dengan kebersihannya. Biar bersawang, biar bersepah namun hendak tolong bersih dan kemaskan jauh panggang dari api... 

Sempena Hari Pekerja ini ana menyeru kepada semua pekerja di seluruh negara supaya tanamkan sifat cintakan tempat kerja. Tempat yang memberi rezeki kepada kita bagi menyara diri dan keluarga. Tidak salah jika kita sama-sama menjaga kebersihan tempat kerja tanpa mengharapkan 'cleaner' melakukannya!

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja 

diucapkan kepada semua pekerja 
di sektor awam, swasta dan bekerja sendiri. 
Jadikanlah bekerja sebagai satu ibadah. 
Tingkatkan usaha, jujur dan ikhlas dalam bekerja. 
Semoga mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Ikhlas daripada
motivasi5k

Ahad, April 29, 2012

Bersih Yang Perlu Dibersihkan

BERSIH Yang Perlu Dibersihkan.

Pelbagai pihak mula memberi komen tentang BERSIH 3.0 semalam. TV dan akhbar serta laman sosial tentu sahaja memberikan komen masing-masing. Seperti biasa budaya menuding jari pun bermula. Pihak penganjur dan pemerintah pula tidak mencapai kata sepakat. Bencana lisan telah menguasai diri. Apabila nafsu sudah berjaya menguasai akal, maka hilanglah pertimbangan dan macam-macam telah berlaku.

Kesan BERSIH perlu dibersihkan. Bukan sahaja sampah sarap yang perlu dibersihkan tetapi yang paling penting ialah Hati. Maka bersihkan hati kalian supaya kalian akan lebih mengasihi dan menyangi sesama manusia. Tiada lagi persengketaan dan permusuhan. Tiada lagi dendam yang membara. Tiada lagi penghinaan sesama bangsa, agama dan negara. Tiada lagi penindasan dan penyelewengan.

Ayuh bangsaku! Bersatulah kalian! Kembalikan Islam ditempatnya! Kerana Islam itu adalah milik sejagat, milik semua manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Kembalilah kepada Islam. Kembalikan kepada Al-Quran. Pasti kita selamat!

Sabtu, April 28, 2012

DUDUK

Pagi tadi sempat juga ana menghubungi Shahida untuk bertanyakan tentang BERSIH 3.0. Memang ramai rakan-rakan kampus yang turut DUDUK di Dataran Merdeka. Namun Shahida mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak turut serta dalam BERSIH 3.0. Walaupun diperli rakan sealiran, dia tetap tidak pergi. Baginya kerja-kerja dakwah perlu dijalankan secara hikmah. Bukan ini masanya untuk terlibat dalam pergelutan ideologi ini. Tanggungjawab sebagai pelajar mesti diteruskan. Cita-cita keluarga mesti dicapai. Baginya Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya... Biarlah dia DUDUK di bilik menyiapakan tugasan yang diberi oleh pensyarah...

Bersih 3.0

Kempen Bersih 3.0 bukan sahaja di bandar-bandar. Di kampung-kampung juga kempen ini giat dijalankan. Rakan-rakan ana ramai yang pergi. Yang berada dan yang tidak berada juga turut pergi. Yang tua, muda dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Siswa-siswi juga dijangka akan hadir terutama tentang isu PTPTN.

Bagi pihak penganjur, Bersih 3.0 WAJIB dihadiri oleh penyokong-penyokong mereka. Mereka mendakwa DUDUK di Dataran Merdeka pada petang ini adalah bagi menuntut keadilan. Bagi pihak pemerintah pula, LARANGAN KERAS dikeluarkan agar rakyat tidak menyertai perhimpunan HARAM itu. Mereka mendakwa perhimpunan tersebut akan membawa huru hara dan bencana.

Mana satukah yang betul!

Selain daripada dua kelompok terbesar tersebut, wujud pula satu kelompok lagi iaitu pihak yang berkecuali. Mereka tidak mahu terlibat dalam pertembungan dua aliran politik yang terbesar ini. Mereka lebih rela menjalankan tugas harian seperti biasa, menjalankan kerja-kerja dakwah dan mendidik anak bangsa supaya lebih beradab dan berakhlak mulia. Bagi mereka, anak bangsa perlu dididik dengan sempurna supaya apabila mereka besar nanti, mereka akan memiliki adab yang mulia. 

Jika mereka menjadi perintah, mereka akan menjadi pemerintah yang adil. Pemerintah yang disayangi oleh rakyat. Pemerintah yang tunduk dengan hukum Allah. Jika mereka menjadi rakyat, mereka akan menjadi rakyat yang dengar dan patuh kepada pemerintah yang adil. Maka tidak berlakulah 'huru-hara' yang sengaja diada-adakan.

Apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara? Berapa ramaikah anak didik kita? Sudah bersediakah kita dengan 3 bekalan mati iaitu anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang bermanafaat?

Apapun yang berlaku, DUDUK BERSIH 3.0 mesti ada hikmahnya. Pihak berkuasa harus bermuhasabah tentang perkhidmatan mereka, dan pihak penganjur pula mestilah bermuhasabah juga tentang cara-cara berdakwah yang lebih berkesan. Ingatlah kata perpatah Melayu, seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak!

Ana berdoa semoga semua pihak yang terlibat dalam BERSIH 3.0 samada pihak penganjur atau pihak pemerintah akan dilindungi Allah, diberi petunjuk supaya dapat bersatu dalam perjuangan agama, bangsa dan negara. Semoga tiada pertumpahan darah. Semoga tiada hina menghina sesama agama dan bangsa. Semoga tiada kafir mengkafir sesama Islam!

Selasa, April 24, 2012

Perlukah PTPTN Dihapuskan?

Perlukan  PTPTN dihapuskan?

Inilah perbincangan hangat di akhbar-akhbar tempatan sejak minggu lalu. Zaman ana belajar dulu memang tiada PTPTN. Belajar di 'U' ketika itu percuma sahaja. Ada siswa siswi yang dapat biasiswa, dermasiswa atau pinjaman. Ana dapat dermasiswa daripada Yayasan Selangor. Setelah tolak yuran pengajian, masih lagi ada baki untuk belanja. Tidak perlu minta duit daripada ibu bapa di kampung. Pada masa itu, kami semua belajar di IPTA. IPTS pula belum wujud. Hanya nada lima IPTA sahaja pada masa itu. Zaman itu, kami tiada handphone, tiada notebook, tiada motosikal dan tiada teman istimewa. Jadi kami betul-betul dapat jimat duit!

Namun ketika ini telah banyak perbezaan. Apa yang kami tidak ada dahulu sudah menjadi keperluan siswa siswi masa kini. Sehingga ada yang mengatakan teman istimewa itu juga satu keperluan. Banyak wang diperlukan. Kerajaan pula sudak tidak mampu untuk membiayai semua siswa siswi di IPTA dan IPTS yang semakin meningkat. Maka wujudlah PTPTN.

Bagi ana, sekiranya kerajaan mampu untuk memberi pengajian secara percuma, itulah yang terbaik. Namun sekiranya kerajaan tidak mampu untuk melakukannya, maka teruskanlah PTPTN tetapi tanpa caj dikenakan, Sekiranya ini mampu dilakukan, maka inilah perkhidmatan terbaik yang ana fikirkan kerajaan boleh berikan. Dalam situasi pilihanraya yang semakin hampir, PTPTN tanpa caj ini amat baik dilancarkan! Banyak manafaat yang akan diperolehi....

Tasbih, Tahmid dan Takbir

Dari Abu Hurairah r.a., (hadis ini juga daripada Qutaibah), katanya: 
"Orang-orang fakir Muhajirin datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu mereka berkata: Orang-orang kaya sudah meraih darjat tinggi serta kenikmatan yang kekal abadi.
Tanya Rasulullah s.a.w., "Kenapa begitu?"
Jawab mereka, "Mereka shalat seperti kami shalat, dan mereka puasa seperti kami puasa. Dan mereka dapat bersedekah sedang kami tidak dapat bersedekah. Mereka dapat memerdekakan budak, sedangkan kami tidak."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Sukakah kamu kuajarkan kepadamu suatu amal, yang dapat memperoleh pahala orang-orang dahulu serta mendahului pahala orang yang sesudah kamu? Dan tidak akan ada orang yang lebih mulia daripadamu, melainkan orang yang mengamalkan seperti amalanmu."
Jawab mereka, "Tentu, ya Rasulullah! Sudah tentu kami suka." 
Sabda Rasulullah s.a.w., "Hendaklah kamu tasbih, takbir dan tahmid, masing-masing tiga puluh tiga kali setiap kali selesai shalat."
Kata Abu Shalih, "Kemudian orang-orang itu datang pula kembali kepada Rasulullah s.a.w., lalu kata mereka, "Kami dengar orang-orang kaya itu mengamalkan pula seperti amalan kami." 
Jawab Rasulullah s.a.w., "Itu adalah kurnia Allah yang dikurniakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya."
-Terjemahan Hadis SHAHIH MUSLIM

Ayuh! Marilah kita bersama-sama mengamalkannya setiap kali selepas solat lima waktu. Jangan tunggu lagi!

Jumaat, April 20, 2012

Baca dan Sampaikan

Salam Motivasi. Siang tadi ana terfikir bahawa betapa ramainya manusia yang membaca. Namun berapa ramai pula yang menyampaikan apa yang dibaca. Sejak kecil kita diajar membaca, membaca dan membaca. Sehinggalah dewasa kita terus membaca. Memanglah membaca itu jambatan ilmu. Tetapi mengapa kita simpan sahaja apa yang kita baca? Mengapa kita tidak sampaikan apa yang kita telah baca?

Insya-Allah mulai malam ini ana akan cuba membuat paparan tentang sebahagian kecil daripada  apa yang ana telah baca dalam Label Renungan. Semoga ianya akan menjadi renungan dan pedoman kita bersama.

Selasa, April 17, 2012

Jadilah Seperti Rumput

Ketika bersenam ana akan pijak rumput. Rumput yang semakin hari semakin panjang. Apabila panjang, ia akan dipotong. Adakalanya rumput juga diracun sehingga mati. Namun rumput tetap akan tumbuh kembali tanpa rasa takut akan dipotong dan diracun lagi. Rumput tetap mahu hidup walaupun dalam keadaan setengah mati. Begitulah juga dengan manusia, hanya manusia yang cekal sahaja akan mampu untuk hidup dengan tenang. Tanpa rasa takut kepada ancaman dan persaingan...

Solat Berjamaah

Selain daripada meminta bantuan daripada para ustaz, Pak Salleh juga telah dinasihati oleh beberapa ustaz supaya mendirikan Solat Berjemaah di rumah bersama keluarga. Setelah berbincang dengan isterinya, maka Pak Salleh pun mulalah solat Maghrib berjemaah. Namun Ali dan Ahmad tidak turut serta. Sejak mendapatkan rawatan pinggan putih, Ali dan Ahmad langsung tidak masuk rumah sejak petang hinggalah tengah malam. Namun Pak Salleh dan isteri tetap bersabar kerana mereka dinasihatkan supaya berikhtiar habis-habisan selam tujuh hari.

Selepas solat berjemaah Pak Salleh membaca wirid selepas solat dan membaca doa bersama-sama. Selepas berdoa mereka membaca pula Asmaulhusna, Surah al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul. Harapan mereka ialah supaya keluarga mereka kembali aman dan dilindungi Allah daripada kejahatan jin, syaitan dan manusia. Mudah-mudahan Ali dan Ahmad menjadi lebih baik...

BADAR

Sejak masuk Form 6, Ani semakin aktif dalam persatuan di kolej. Paling aktif dalam BADAR iaitu Badan Dakwah dan Rohani. Jika di sekolah lama dulu dia aktif dalam sukan dan Pembimbing Rakan Sebaya. Sejak Ani aktif dalam BADAR, barulah terasa betapa beratnya tanggungjawab dalam kerja-kerja dakwah. Tanggungjawab paling berat Ani rasakan ialah apabila dia dipertanggungjawabkan menyimpan wang tempahan jaket pelajar yang berjumlah lebih RM8000.00. Malam itu memang Ani tidak tidur lena... takut duit hilang.  Baginya itulah pengalaman pertama kali dalam hidupnya menyimpan wang tunai sebanyak itu. Barulah Ani sedar betapa susahnya jika terlalu banyak duit sampai tidur pun tak lena...

Sabtu, April 14, 2012

Resepi Acar Timun

Inilah resepi acar timun Keluarga Motivasi5k.

Bahan-bahannya ialah:
2 batang timun
1/2 batang lobak merah
1/2 biji nanas
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
3 sudu besar cuka epal asli
garam bukit ionik secukup rasa
gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Timun dan nanas dibuang kulit, dipotong mengikut citarasa. Lobak merah dipotong halus memanjang. Bawang besar dan cili merah dihiris halus. Kesemua bahan digaul bersama cuka epal, garam dan gula sehingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit supaya menjadi lebih sedap dan rangup.

Selamat mencuba...

Ayam Masak Merah

Hari ini ana sekeluarga makan tengahari di rumah. Menu ringkas yang dimasak oleh isteri ana dengan dibantu anak perempuan kami. Nasi putih, ayam masak merah serta acar timun dan nanas. Emmmmm... sehingga menjilat jari. Ana rasa masakan isteri ana lebih sedap daripada beli di kedai... boleh tambah lagi..

Khamis, April 12, 2012

Rawatan Pinggan Putih

Pak Salleh tidak putus asa. Perubahan perlakuan anak-anaknya masih belum kelihatan. Pak Salleh sedar, bukan mudah untuk mendidik anak lelaki dan bukan mudah juga doanya hendak dimakbulkan. Mungkin inilah kifarat terhadap dosa-dosanya yang lampau. "Astagfirullah al 'azim..." tiba-tiba keluar daripada bibirnya. 

Selain daripada memohon para ustaz mendoakan anak-anaknya, Pak Salleh akhirnya mendapatkan nasihat tentang rawatan pinggan putih Annusyrah. Setelah diberi penerangan tentang cara menggunakannya, maka Pak Salleh pun memulakan rawatan dengan memagar rumah empat penjuru, merenjis dalam rumah, memberi minum dan memandikan anak-anaknya selama tujuh hari berturut-turut. Harapan Pak Salleh hanya satu iaitu Ali dan Ahmad menjadi anak yang pintar dan soleh....

Rabu, April 11, 2012

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Kepada
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), 
D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K.,
Grand Cordon Of The Order Of The Rising Sun Of Japan, Bintang Maha Putra Adripradana (Indonesia), Order Of The Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order Of The Bath Of U.K., Asso. Knight Order Of St. John., Hon. Ph.D (UUM)

Dan
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMIMAH
 D.M.N., D.K., D.K.H.

Sempena
PERTABALAN
 SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Pada
11 APRIL 2012 BERSAMAAN 19 JAMADILAWAL 1433H

Sembah Takzim Daripada
motivasi5k



Tudung Singkat vs Tudung Labuh

Ada orang berkata, "Kalau bertudung labuh pun, tapi perangai macam setan nak buat apa". Ada juga yang berkata, "Yang penting hati. Kalau bertudung pun tapi hati busuk tak guna juga." Ada pula yang berkata, "Daripada tidak bertudung, lebih baik bertudung singkat." Itulah ragam manusia, kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu alasan.

Bagi ana, hati bersih sahaja tidak cukup jika tidak taat perintah Allah. Para gadis dan muslimah diseru supaya sentiasa bertudung labuh sehingga menutupi paras dada di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. Jangan kerana hendak melepaskan diri sendiri, maka kita pun buat hukum sendiri. Kepada para pengusaha tudung, ana menyeru supaya ciptalah tudung yang menepati kehendak syarak. Semoga bisnes kalian akan diberkati Allah.

Kepada pengarah-pengarah filem, buatlah filem-filem yang dapat membina sahsiah ummah. Para pelakon yang beradab sopan dan bertudung labuh. Menjadikan filem sebagai teladan kepada penonton untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Menjadikan filem sebagai satu kerja dakwah. Menjadikan filem sebagai satu ibadah.

Selasa, April 10, 2012

Solat Hajat Untuk Ali dan Ahmad

Fikiran Pak Salleh dan isteri semakin buntu. Setelah berbincang bersama, akhirnya mereka bersetuju untuk balik kampung pada cuti sekolah yang lalu. Setibanya di kampung, mereka pun menceritakan perihal Ali dan Ahmad kepada orang tua mereka. Ibu mertua Pak Salleh pun membawa mereka bertemu dengan seorang ustaz di kampung bersebelahan. Ustaz itu pun membacakan ayat-ayat suci al-Quran sambil meniup ditapak tangannya dan menyapu ke badan Ali dan Ahmad sambil mendoakan mereka supaya belajar betul-betul dan menjadi anak yang baik. Ibu mertua Pak Salleh juga memohon supaya ustaz tersebut melakukan Solat Hajat agar Allah membuka pintu hati cucu-cucunya untuk belajar dan menjadi anak yang soleh. Sebelum mereka pulang, ustaz tersebut memberikan dua botol air jampi untuk diminum dan dibuat mandi.

Walaupun cara ustaz itu simple sahaja, tetapi bagi Pak Salleh setiap orang pasti ada kelebihannya. Yang pasti pada pandangan Pak salleh ialah ustaz itu kelihatan sangat ikhlas dan ingin membantu. Mudah-mudahan dengan keikhlasan itu, anak mereka akan berubah.

Hujan Rintik-Rintik

Dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah pagi tadi, hujan turun rintik-rintik. Teringat ana kisah zaman kanak-kanak dulu, kalau hujan turun rintik-rintik pasti kami dendangkan pantun berikut:

hujan rintik-rintik,
tumbuh daun lalang,
adik sangat cantik,
abang sangat sayang.

hujan rintik-rintik,
tumbuh daun lalang,
adik sangat cantik,
kakak sangat sayang.

hujan rintik-rintik,
tumbuh daun lalang. 
adik sangat cantik,
emak sangat sayang.
 
hujan rintik-rintik,
tumbuh daun lalang,
adik sangat cantik,
ayah sangat sayang.

Itulah pantun keluarga hujan rintik-rintik. Tetapi bagi tujuan hendak mengusik anak dara orang, pantun hujan rintik-rintik juga selalu digunakan.

hujan rintik-rintik,
tumbuh daun lalang,
adik sangat cantik,
abang sangat sayang.

hujan rintik-rintik,
tumbuh daun lalang,
(nama gadis) sangat cantik,
(nama teruna) sangat sayang.

 Maka ketawalah kami anak teruna mengusik anak dara. Anak dara apa lagi, tersipu malulah mereka. Tapi waktu itu, mereka siteruna usik mengusik sahaja, tidak lebih daripada itu. Sekarang ini, tak tahulah.... bukannya usik lisan sahaja, usik badan pun remaja sekarang sanggup lakukan. Fikir fikirkan!

Isnin, April 09, 2012

Perlukah Kita Bercakap Bohong?

Dalam keadaan tertentu kita dibolehkan berbohong. Betuk ke? Ada yang berkata, pada ketika terdesak, kita dibolehkan berbohong. Ada juga yang berkata sunat berbohong sekiranyan boleh mengancam nyawa. Betul ke? Ada yang berkata bercakap bohong itu sifat orang munafik. Ada juga yang berkata, jika tidak berbohong susahlah para suami hendak tambah isteri. Kenalah berbohong juga jika isteri pertama tidak iznkan. Macam itu ke? Apa-apa pun sama-samalah kita merujuk kitab dan guru serta  fikir-fikirkanlah!

Kamus Motivasi5k

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat kita bersua lagi. Ana mendoakan semoga semua pembaca diberkati Allah, sihat walafiat dan bahagia disamping keluarga tercinta. Sewaktu di dalam kenderaan selepas menghantar anak ke sekolah, ana terfikir untuk mengadalan label baru untuk blog ini iaiu Kamus Motivasi5k.

Kamus Motivai5k bukanlah kamus baru di pasaran tetapi adalah merupakan kamus khusus untuk perkataan-perkataan pinjaman yang digunakan di dalam blog ini. Diantaranya ialah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab, Jawa, Banjar dan lain-lain. Selain itu perkataan-perkataan yang berasal daripada loghat lain juga akan dimasukkan.

Motivasi5k juga akan sedaya upaya untuk menggunakan Bahasa Melayu yang betul di dalam setiap post. Ini bertujuan mendidik para pembaca khususnya para pelajar menggunakan bahasa yang betul. Selain itu ianya juga dapat membantu pembaca-pembaca dari luar negara yang dapat menterjemahkannya dalam bahasa ibunda mereka.

Semoga Bahasa Melayu akan terus dihormati, dihargai dan digunakan dengan betul. Jika bukan kita yang menjaga bahasa kita, siapa lagi yang hendak kita harapkan! Sanggupkah kita melihat kehilangan Bahasa Melayu seperti hilangnya Tanah Melayu secara lisan dan penulisan?

Jumaat, April 06, 2012

Mampukah Kita Membantu?

Ketika kita kecil-kecil dulu, orang tua selalu berpesan, "Belajarlah pandai-pandai. Bila besar nanti dapat kerja, boleh bantu emak ayah." Ini kerana sebagai orang kampung, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tentulah susah. Hendak cari duit untuk belanja dapur pun susah. Hendak sara anak sekolah pun susah. Kita pun belajarlah pandai-pandai supaya dapat masuk universiti, supaya

Khamis, April 05, 2012

Pelanggan Pertama Tupperware Brands

Biasalah, dalam bisnes barang pengguna ini, pelanggan pertama mestilah keluarga sendiri. Setelah 5 hari dipamerkan, petang tadi ana dapat pelanggan pertama, anak sendiri bernama Sumayyah berumur 6 tahun. Dia amabil bekal air Donald Duck dan bayar RM15. Walaupun harganya RM18, tapi itu saja yang Sumayyah beri. Adiknya, Shafiyah yang berumur 4 tahun apa lagi, ambil jugalah... ambil saja... ana jugalah yang kena bayar. Apapun ana rasa seronok kerana mereka mendapat botol air yang cantik dan selamat digunakan bagi menggantikan botol lama. Sumaiyyah sudah beriya-iya hendak bawa botol air baru ke pra sekolah esok...

Keluar Asrama

Semangat Keemasan berkobar-kobar untuk tinggal di asrama. Lawatannya ke sekolah berasrama penuh ketika melawat kakaknya bebarapa tahun lalu meyakinkannya untuk tinggal di asrama. Segala peralatan telah dibeli. Bayaran asrama dan makan juga telah dibayar. Hari pertama Keemasan tinggal di asrama menampakkan dia kurang selesa. Terkejut bukan main bapanya apabila Keemasan memberitahu dia hendak keluar asrama. Bapanya enggan. Namun Keemasan tidak putus asa dan meminta bantuan ibunya untuk memujuk bapanya. 

Akhirnya, pada hari ketiga Keemasan tekad keluar asrama. Keemasan sudah jangka bapanya pasti akan naik angin. Tapi Keemasan punya alasan tersendiri. Dalam perjalanan pulang  bapanya membebel sepanjang jalan. Keemasan hanya mendiamkan diri. Mungkin suatu hari nanti bapanya akan mengerti mengapa dia keluar asrama... Bagi Keemasan, tidak mungkin dia mampu untuk berdepan dengan bapanya yang panas baran itu. Hanya satu jalan sahaja bagi menjelaskannya iaitu melalui ibunya... Hanya ibunya akan memahami perasaannya.... perasaan seorang remaja perempuan.

Roti Coklat

Hampir setiap pagi, anak-anak ana akan bersarapan Roti Coklat yang biasa dijual denga harga 70 sen sebungkus. Itulah alas perut mereka sebelum ke sekolah. Ana beli 4 atau 5 bungkus dan potong-potong. Paling suka tentulah anak ana yang bernama Asmaa' dan 'Isa. Tanpa Roti Coklat mereka rela tidak bersarapan... Bagi Shafiyah pula, tanpa Roti Coklat menangislah dia...

Tupperware Brands

Minggu ini, satu lagi bisness baru ana ceburi iaitu menjual Produk Tupperware Brands. Memang sudah lama ana mencari produk Tuperware. Seingat ana, sewaktu kecil dulu memang ada guna bekas tupperware. Jika sesiapa berminat untuk membeli atau menjual, bolehlah hubungi ana di talian 013-2092280

Shahida Melawat Adik

Minggu lalu, Shahida melawat adiknya di kolej. Shahida ke kolej bersama rakan sealirannya. Kehadiran Shahida memang tidak diduga oleh adiknya. Namun kehadiran itu cukup bermakna kerana memberi dorongan kepadanya. Sambil berbual mesra, mereka akan-makan dan minum-minum ala kadar. Di akhir pertemuan, Shahida menghulurkan sedikit wang saku kepada adiknya. Sebahagian daripada wang pinjaman pelajaran yang baru diperolehinya. Bagi Shahida, sumbangan itu adalah sebagai tanda syukur kerana mendapat pinjaman tanpa riba.

Rabu, April 04, 2012

Jaguh Kampung

Alhamdulillah, selamat bertemu kembali setelah beberapa hari tidak bersama di alam maya kerana 'jammed'. Pagi ini ana tidak turun padang kerana hujan. Hujan turun sejak malam tadi. Jadi, selepas hantar anak-anak ke sekolah, ana terus masuk pejabat. Teringat pula hendak sambung cerita tentang kisah Ali dan Ahmad, anak Pak Salleh yang pernah ana ceritakan dalam tajuk-tajuk yang lalu.

Kenakalan mereka semakin menjadi-jadi

Sabtu, Mac 31, 2012

Jammed

Hari ini fikiran ana jammed. Idea ada hendak tulis, tapi tidak dapat luahkan secara teratur. Banyak kisah yang hendak dipaparkan, tapi tidak mampu dipamerkan. Inilah kehidupan manusia, sehebat mana pun kita, sepandai mana pun kita, jika Allah tidak memberikan hidayah, pasti kita tidak mampu untuk menzahirkannya. Selamat bercuti di hujung minggu. Semoga minggu ini menjadi minggu paling indah dalam kehidupan kita. Jumpa lagi..

Khamis, Mac 29, 2012

Masih Lagi Demam

Pagi tadi ana telefon rakan ana yang hendak membantu ana menaiktaraf aktiviti motivasi5k. Dia masih demam, masih batuk dan masih belum sihat. Ana berdoa semoga beliau cepat sembuh.

Kipas Syiling Baru

Alhamdulillah, selepas rumah dikemas ditambah pula dengan memasang 5 kipas syiling baru, rumah kami lebih sejuk dan nyaman. 2 buah di ruang tamu dan setiap sebuah di 3 bilik tidur.

Terapi Rumput

Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari kedua ana bersenam minggu ini. Ketika tiba di stadium, ana lihat  rumput sudah pendek. Terima kasih kepada pekerja  MDSB. 
Nikmat berjalan dan berlari di atas rumput pendek amat mengasyikkan. Sungguh terasa tapak kaki 'diurut dan dibelai' oleh rumput. Tidak perlu membeli mesin terapi yang berharga ribuan ringgit. Jika anda hendak melakukan Terapi Rumput, lakukanlah dengan berjalan cepat, berjalan biasa dan berlari. Lakukanlah selama 30 minit. Cubalah!

Rabu, Mac 28, 2012

Jangan Harapkan Orang Lain

Sehingga minggu lepas, cek pinjaman pelajaran Shahida masih belum 'clear'. Biasanya 3 hari selepas bank in, clearlah cek tu. Apabial ditanya oleh ayahnya, Shahida menjawab, "Saya sudah kirimkan kepada rakan yang keluar kampus dan bank in di Bank Islam Bangi." Sebenarnya, ayahnya amat tidak sedap hati kerana cek yang bernilai hampir RM6000.00 itu dikirimkan melalui rakan. Maklumlah, macam-macam boleh jadi. Cek hilanglah, salah tulislah, keciciran dan sebagainya. Awal minggu ini ayahnya telefon Shahida, "Cek dah clear belum?". Shahida menjawab, "Belum. Saya sudah semak melalui TAP tapi belum masuk lagi.". Ayahnya pun minta Shahida semak slip bank. "Ayah, kawan saya silap tulis nombor akaun. Tertinggal satu nombor." Sahlah cek itu tidak clear. "Pergi ke bank cepat. Uruskan. Itulah jangan harapkan orang lain dalam hal-hal begini."
Alhamdulillah, setelah Shahida pergi sendiri ke bank, perkara itu dapat diselesaikan. Ini merupakan pengalaman pertama Shahida berurusan melalui cek. Kepada siswa siswi yang lain, ana ingin memberi nasihat supaya jangan terlalu mengharapkan orang lain dalam hal-hal yang amat penting seperti ini. Ada juga siswazah yang terlepas kerja kerana kirimkan borang melalui rakan yang terlupa hendak hantarkan. Ada juga siswa siswi yang terlepas peluang ke U kerana kawan tidak poskan barang. Macam-macam boleh berlaku.  Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Berhati-hatilah...

Selasa, Mac 27, 2012

Jual Perniagaan, Jual Harta

Kehidupan Basir semakin getir. Basir mengambil keputusan untuk menjual kedai, rumah dan MPV Unser kesayangannya. Basir sudah serik berniaga. Teringat zaman makan gaji dahulu, makan minum, tempat tinggal dan kenderaan semuanya cukup. Jika pergi kursus atau mesyuarat, merasa juga tidur di hotel lima bintang. Guru-gurunya meminta Basir melakukan Solat Istiharah... memohon petunjuk dari Ilahi.

Isnin, Mac 26, 2012

Tidak Jadi Datang

"Salam, Saya hari ini demam, jadi esok tidak dapat datang dan datang bila baik, sorry thanks." itulah sms yang ana terima malam tadi daripada rakan ana yang sudah janji hendak datang hari ini. Sms tersebut baru ana baca pagi ini. Ana pun terus membalas, "Ok. Banyakkan minum air. Jika hendak penawar homeopati datanglah. Semoga cepat sembuh."
Pagi ini ana tidak bersenam kerana kurang bermaya. Mungkin kerana keletihan semalam. Jadi ana memilih untuk rehatkan diri sebentar dan pulihkan tenaga. Namun kerja mesti diteruskan tanpa rakan tersebut. Insya-Allah ana akan mulakan kerja-kerja menaiktaraf mengikut konsep 5S.

Ahad, Mac 25, 2012

Kemas Rumah

Hari ini hari minggu. Balik dari masjid subuh tadi ana terus beli roti untuk sarapan dan akhbar tempatan. Hari ini mudah sahaja. Tidak ke pasar dan tidak ke gerai kueh. Nasi malam tadi masih ada, Isteri pula masak ayam masak merah. Ikan keli goreng semalam pun masih ada. Cukuplah untuk sarapan dan makan tengahari. Ana pun tidak mahu keluar rumah kerana hendak kemas rumah. Kemas luar dan dalam rumah. Sehingga catatan ini dibuat, kerja-kerja mengemas rumah masih belum siap. Kepada semua pembaca, ana ucapkan selamat beristirehat bersama keluarga. Luangkanlah masa bersama keluarga. Jumpa lagi...

Sabtu, Mac 24, 2012

Naiktaraf Aktiviti Motivasi5k

Semalam ana adakan perbincangan dengan seorang rakan yang merupakan pesara kerajaan. Beliau yang berpengalaman luas di sektor pelancungan menarik minat ana mengadakan kerjasama dengannya. Hampir dua jam kami berbincang, maka kami telah bersepakat untuk menaiktaraf perniagaan yang ada di samping membuka perniagaan baru. Kerja-kerja menaiktaraf akan dilakukan bagi aktiviti perniagaan seperti berikut:
  • Pusat Pendidikan dan Latihan
  • Pusat Jualan
  • Pusat Rawatan Alternatif, dan
  • Kem Latihan.
Memandangkan asas perniagaan sudah ada, fasiliti juga telah ada, maka kami bersepakat akan memulakan kerja-kerja tersebut mulai minggu depan. Kepada semua pembaca, kami mohon doakanlah kejayaan kami. Kejayaan yang dapat menjadi role-model di kalangan peniaga muslim dan non-muslim. Memang cita-cita kami besar iaitu ingin mengembalikan kegemilangan zaman pedagang-pedagang Islam di Melaka suatu ketika dulu.... namun mampukah kami?

Jumaat, Mac 23, 2012

Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2011

Tahniah ana ucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2011 yang lalu. Tahniah juga kepada saudara mara ana yang berjaya khusus kepada anak buah ana Syafiq, yang mendapat 7A 2B. 
Kepada pelajar yang berjaya tentu sahaja berasa puas. Memberi kegembiraan kepada guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Kepada pelajar yang mendapat keputusan 'cukup makan', tentu berasa kurang puas hati dan berazam akan berusaha lebih di masa akan datang. Kepada pelajar yang gagal, tentu berasa amat kecewa. Namun kepada pelajar yang biasa gagal, tentu tidak berasa apa-apa.
Hari yang telah berlalu tidak mungkin akan datang lagi. Hari yang akan datang perlu anda harungi. Jangan mudah kecewa. Teruskan usaha hingga berjaya. Selamat Belajar!

Virus Pisang

Semalam ana ada berbincang dengan seorang paman (panggilan untuk pakcik dalam Bahasa Jawa) yang terlibat secara aktif dalam pertanian. Bukan sahaja mengusahakan sawah, malah turut terlibat dalam penanaman sayur-sayuran dan tanaman kontan juga. Dalam perbualan kami, sempat juga paman menerima pesanan 100 benih anak pisang tanduk. Jadi ana pun bertanyalah tentang penyakit yang melanda pokok pisang di daerah Sabak Bernam ketika ini. Memang mengejutkan. Pokok pisang diserang virus. Pokok pisang rosak, buah pisang tidak boleh dimakan. Namun menurut paman bukan semua jenis pisang yang kena virus. Yang kena jangkitan virus pada masa ini hanya pisang-pisang abu, awak dan nangka. Ramai petani kehilangan pendapatan. Pengusaha kerepek pisang pula susah mendapat bekalan. Harga pisang naik lagi. Apapun yang berlaku, kita mesti redha. 
Kepada para petani, ana ingin memberi perinagatan supaya lebih berserah kepada Allah. Jangan terlalu yakin dengan usaha diri semata-mata, jangan terlalu yakin racunlah pembunuh segala-galanya dan jangan terlalu yakin teknologi boleh membuat segalanya. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Pemberi Rezeki. Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah mengampunkan dosa kita, semoga Allah menghentikan bencana ini. Amiin.

Kemaskini Susunan Label

Salam Motivasi. Terima kasih di atas cadangan para pembaca blog motivasi5k supaya beberapa kisah motivasi dan teladan disusun di bawah satu label. Setelah difikirkan dan berbincang dengan tuan punya cerita, maka dengan ini ana mengumumkan bahawa susunan label baru akan dibuat untuk kisah-kisah Shahida, Ani, Basri, Basir, Pak Salleh dan Adik Keemasan. Kisah-kisah lain akan disusun kemudian. Insya-Allah ana akan fikirkan beberapa tajuk yang sesuai. 
Semoga dengan penyususnan kisah mereka di bawah label yang berasingan akan memudahkan pembaca mengikuti kisah benar ini secara berterusan. Tiada apa yang kami inginkan melainkan mencari keredhaan Allah dan menjadikan kisah tersebut sebagai  teladan bersama. 
Akhirnya, ana ucapkan jutaan terima kasih kepada tuan punya cerita dan para pembaca. Terima kasih juga kepada pemberi cadangan dan pandangan membina. Terima kasih.

Senaman Ganti

Sudah dua hari ana tidak turun padang. Bagi mengekalkan senaman tiga kali seminggu, maka pagi ini ana turun padang. Seperti biasa selepas ana hantar anak-anak ke sekolah dan beli sarapan ana pun terus ke stadium. Rumput masih panjang. Namun senaman harus diteruskan. Selesai bersenam ana terus ke pejabat.

Rabu, Mac 21, 2012

STPM atau IPTS

Fikiran Zack (bukan nama sebenar) masih buntu. Serba serbi tidak kena. Sejak Zack mendapat keputusan STPM dua minggu lalu, fikirannya tidak tenang. Kecewa benar dia. Hampir dua tahun bertungkus lumus belajar, hanya mampu dapat 1.++ sahaja. Tetapi dia memang jujur. Apabila majikannya bertanya keputusannya, Zack beritahu terus terang. Majikannya sempat bertanya, "Zack, rakan-rakan kau macam mana?". Zack pun menjawab, "Kalau saya pun dapat macam ni, ramai lagi yang teruk boss." 

Daripada jawapan itu, ternyata Zack bukan calang-calang pelajar. Kesungguhan belajar memang ada tapi mungkin teknik belajar dan menjawabnya kurang baik. "Habis kau nak buat apa?" tanya bossnya lagi. "Saya hendak ambil sekali lagi. Saya nak belajar kaw-kaw!" jawabnya. Zack mohon untuk terus bekerja sambil belajar. Majikannya memang amat menggalakkan Zack ambil sekali lagi STPM. Zack memang tidak mahu ke IPTS kerana tidak mahu banyak hutang.

Namun hari ini Zack berubah fikiran. Dalam diam-diam Zack memohon ke IPTS. Zack fikir jika ambil STPM pun belum tentu dapat keputusan cemerlang. Zack telah 'diracuni' rakan-rakan. Mood untuk belajar di IPTS di utara Semenanjung semakin menebal. Zack tekad. Zack beritahu majikannya mungkin yang dia hendak berhenti kerja bulan Jun depan. Bagi majikannya, itu hak Zack.. terserahlah kepadanya untuk memilih.

Motivasi5k ingin memberi pandangan peribadi dalam kes ini. Apapun keputusan yang Zack buat mestilah dibuat dengan tenang. Fikir habis-habis. Pilihlah yang terbaik. Lakukan solat istiharah. Mohon petunjuk daripada Allah. Jangan ikutkan hati... nanti mati. Jangan ikutkan nafsu... nanti lesu. Semoga Zack berjaya dalam apa juga keputusan yang diambil, yang penting ialah teruskan belajar! Dapatkan segulung ijazah bagi membina kerjaya yang lebih cemerlang. Selamat berjaya!

Keputusan SPM 2011

Hari ini keputusan SPM 2011 akan diumumkan. Kepada semua pelajar yang akan mengambil keputusan hari ini, ana ucapkan selamat berjaya. Jagalah kesihatan dan berhati-hatilah di jalan raya. Apapun keputusan yang anda terima, terimalah dengan redha. Kepada ibu bapa pula, tentu akan gembira jika anak memperolehi keputusan cemerlang. Kepada ibu bapa yang anaknya mendapat keputusan yang kurang baik, janganlah cepat melatah, janganlah cepat marah. Berilah semangat baru kepada mereka untuk bangkit daripada kegagalan tersebut. Gagal hari ini bukanlah bermakna gagal seterusnya... bantulah mereka kerana mereka amat memerlukan sokongan kuat anda pada masa ini...

Selasa, Mac 20, 2012

Jangan Peduli Cakap Orang

Pagi tadi ana turun padang lagi. Ana lihat rumput masih panjang. Namun hari ini tidaklah seperti semalam. Hari ini rumput panjang bukan lagi halangan bagi ana. Alah bisa tinggal biasa. Namun ketika ana sedang berjalan beberapa pusingan, seorang guru pencen yang juga turut bersenam setiap pagi menegur ana, "Rumput panjang sangat, sakit kaki. Patutnya potonglah 2 kali seminggu." Ana pun hanya mengiyakan sahaja. Cikgu pencen ni memang rajin bersenam. Lengkap pakaian sukan dan kasut jogging lagi.

Hakikatnya, sakit kaki ke tidak ana sahaja yang tahu. Tapi bagi diri ana, permukaan tanah yang tidak rata itu amat baik untuk kaki. Kaki ana 'diurut' secara semulajadi. Banyak faedahnya. Itulah kehidupan, apa yang kita lakukan tidak mungkin difahami oleh orang lain. Maka tidak adil bagi mereka untuk menyatakan tindakan kita tidak baik. Hanya kita yang tahu kekuatan diri kita untuk memajukan diri sendiri. Ramai orang tewas dalam hidup kerana terlalu mengikut cakap orang. Tepuk dada tanya selera...

Isnin, Mac 19, 2012

Rumput Panjang Sangat

Lebih 10 hari ana tidak turun padang. Pagi tadi ana gagahi juga untuk turun padang. Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, ana terus ke stadium. Tiba sahaja di stadium, ana terus ke padang bola untuk buat terapi azan tan terapi embun. Terkejut juga ana lihat Rumput Panjang Sangat.. Bukan main-main punya panjang, ada yang sampai ke lutut...Teringat ana kisah Bangau Oh Bangau...

Ahad, Mac 18, 2012

Shahida Dapat Pinjaman

Alhamdulillah. Akhirnya Shahida dapat juga pinjaman daripada Kerajaan Negeri Selangor. Cek sudah di tangan. Hanya hendak pergi ke bank dan bank-in sahaja. Syukur bukan main Shahida. Seperti biasa, Shahida akan buat sujud syukur tanda terima kasih kepada Allah yang membantunya. Pinjaman ini bukan sahaja dapat meringankan bebannya, malah beban keluarganya juga. Dan yang paling penting ialah pinjaman tersebut bebas daripada penindasan dan kezaliman akibat amalan riba. Kini, Shahida bertambah yakin. Yakin dengan hukum Allah. Nikmat kelebihan menuntut ilmu mula dirasai, nikmat keberkatan Ilahi mula dikecapi. Shahida semakn yakin dengan perjuangan Islam di kampus. Shahida semakin berani menyatakan yang hak. Dalam hatinya Shahida mula berazam untuk memperjuagkan pinjaman tanpa riba! Takbir!

Cuti Sekolah, Cuti Segalanya

Salam Motivasi. Cuti Sekolah, Cuti Segalanya. Itulah ungkapan paling sesuai ana berikan tentang apa yang berlaku pada diri ana dalam seminggu. Bermula pada hari Ahad, 10 Mac hinggalah Sabtu, 17 Mac 2012, ana bercuti panjang. Balik kampung di Pantai Timur dan hadiri seminar di Perak. Urusan perniagaan dan kelas al-Quran ana serahkan kepada pembantu-pembantu ana. Rutin harian ana sudah tidak seperti biasa. Cuti sekolah... cuti bersenam... cuti bertalaqqi... cuti mengajar al-Quran... cuti bekerja... cuti segalanya.... Insya-Allah ana akan berkongsi cerita menarik yang dapat memberi dorongan diri kita. Sebentar lagi ana hendak pergi hantar anak ana balik ke asrama di sebuah kolej di Lembah Klang. Jumpa lagi.. 

Ahad, Mac 11, 2012

Kongsi Pengalaman di Sekolah Berprestasi Tinggi

Seperti Keemasan juga, Ani juga balik kampung di Sabak Bernam pada hari Jumaat lalu. Ani cuti seminggu. Sempat juga motivasi5k berhubung dengannya. Insya-Allah Ani akan memberi beberapa pengalaman barunya belajar di sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Motivasi5k ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ani kerana sudi berkongsi kisah benarnya. Semoga kisahnya akan menjadi teledan dan pendorong diri untuk belajar.

Keemasan Balik Kampung

Semalam adik Keemasan balik kampung di Pasir Mas, Kelantan. Keemasan balik kampung bersama adik perempuannya berumur 8 tahun. Mereka balik kampung tumpang kereta makcik mereka. Keemasan sangat suka hati. Dapatlah dia bertemu neneknya yang sudah tua. Ibu dan ayahnya akan pulang hari ini. Insya-Allah motivasi5k akan cuba mendapatkan ceritanya di kampung.

Sabtu, Mac 10, 2012

Selamat Bercuti

Selamat Bercuti ana ucapkan kepada semua murid sekolah dan  para pelajar yang mula bercuti. Isikan masa terluang anda dengan kerja-kerja yang berfaedah. Jangan melepak atau habiskan masa dengan sia-sia. Bantulah ibu dan ayah jika perlu. Libatkan diri dengan aktiviti keluarga. Ajaklah ibu dan ayah balik kampung ziarah atuk dan nenek...

Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang STPM 2011

Salam Motivasi. Ana ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan STPM 2011 yang lalu. Kepada yang layak untuk memohon memasuki universiti, pilihlah 'U' yang paling layak untuk anda pohon. Jangan pilih ikut kesukaan anda sahaja. Persaingan untuk masuk 'U' amat sengit. Jangan tersalah pilih. Pilihlah kursus yang paling layak untuk diri anda di 'U' yang paling sesuai dengan keputusan anda. Ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik tetapi gagal masuk 'U' kerana tersalah pilih!
Kepada mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, jangan putus asa. Ambillah sekali lagi. Gagal hari ini bukan bermakna anda akan gagal selamanya. Jadikan kegagalan hari ini sebagai pendorong diri anda untuk berjaya. Sesungguhnya perjalanan anda masih jauh....

Jumaat, Mac 09, 2012

Kabare?

Kabare? Wes mangan ke? Nek urung, yok mangan nang kane, nyong belonjo...

Khamis, Mac 08, 2012

70% Siap

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus siang dan malam, akhirnya 70% imej baru blog motivasi5k telah disiapkan. Terima kasih ana ucapkan kepada rakan-rakan yang membantu, juga kepada anak-anak ana yang memberi komen 'cantik - tak cantik'. Insya-Allah pengisian setiap halaman sedang diusahakan. Buat masa ini, untuk mendapatkan respond segera, sila gunakan perkhidmatan sms atau call  013-2092280. 
terima kasih.

Rabu, Mac 07, 2012

Selamat Berpisah Muridku

Bulan lalu ana dikejutkan dengan satu berita tentang pemergian kerahmatullah rakan sekelas anak ana. "Bah, Nayif sudah meninggal bah.." kata anak ana ketika masuk kereta sewaktu pulang dari sekolah. "Cakap betul-betul!" bentak ana. "Betul bah, cikgu menangis bah. Ramai kawan-kawan pun menangis." Sambung anak ana lagi. "Kenapa dia meninggal?" tanya ana lagi. "Keracunan bah." jawab anak ana.

Ana pun tak banyak tanya lagi. Antara percaya dengan tidak. Kanak-kanak berumur 11 tahun itu telah pergi buat selamanya. Ana terus telefon rakan ana yang tinggal setaman dengannya. Memang sah. Nayif sudah meninggal. Jenazahnya dalam perjalanan pulang dari Hospital Klang. Nayif meninggal jam 11.00 pagi Jumaat. Sempat juga ana pergi ziarah di rumah bapanya bersama orang rumah dan anak-anak. Sebenarnya memang ana terasa sangat dengan pemergian Nayif kerana dia merupakan murid kelas al-Quran di tempat ana. Bukan dia sahaja, malah adik beradiknya yang lain juga belajar al-Quran di tempat ana. Allahyarham juga merupakan murid paling manja dan paling baik. Selepas asar, jenazah dikebumikan. Selamat Berpisah Muridku. Semoga engkau ditempatkan bersama orang-orang yang beruntung. Al-Fatihah untuk Mohd Nayif bin Kamarudin. Al-Fatihah.

Selasa, Mac 06, 2012

Kembalilah Kepada Al-Quran

Hari ini ana dikejutkan dengan berita salah seorang ahli keluarga ana sakit disantau orang. Berita ini ana terima daripada ahli keluarga terdekat. Memang ana tak nafikan santau menyantau ni... Ana tidak mahu beri apa-apa komen lagi sebab ana tidak pasti apa sebenarnya yang terjadi. Kepada ahli keluarga ana yang terlibat, ana berharap sangat agar kalian tidak lagi bertemu bomoh yang mengamalkan amalan yang boleh membawa kepada kesyirikan. Kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada al-Quran kerana al-Quran lah sebaik-baik penawar!

Perkara yang lepas jadikan teladan. Sudah ramai ahli keluarga kita yang mati 'disantau' orang. Sanggupkah kita lihat seorang lagi ahli keluarga kita mengalami nasib yang sama seperti arwah kakak dan emak... sanggupkah? Jangan ulangi kesilapan lalu, kembalilah kepada al-Quran!

Tak Dapat Masuk Sekolah Berasrama Penuh

Adik Keemasan amat kecewa. Walaupun dapat mumtaz dalam PSRA dan 4A dalam UPSR tahun lalu, tapi masih gagal masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kecewanya dia. Tanpa disedari, airmatanya mengalir ketika berseorangan di dalam biliknya. Kesedihan ini biarlah disimpan di dalam hati sebagai pendorong masa depan. Keemasan pernah mendengar daripada pakar motivasi bahawa jika hendak berjaya mesti ada cabaran!

Namun kekecewaan Keemasan agak terubat sedikit kerana dia dapat juga memasuki ke asrama sekolah menengah agama berhampiran rumahnya. Berkali-kali ayahnya suruh dia berfikir samada hendak tinggal di asrama atau tidak. Puas sudah ayahnya memberitahu bahawa tinggal di asrama bukanlah semudah yang disangkakan. Tapi Keemasan tetap berkeras juga, hendak juga tinggal di asrama. Baginya inilah peluang baginya untuk 'bebas' daripada leteran ibu dan ayah setiap hari. Selain itu dapat juga dia 'bebas' daripada 'gangguan' adik-adiknya yang semakin membesar.

Semua peralatan telah dibeli. Pada hari pertama persekolahan, Keemasan amat bersemangat. Hari pertama tinggal di asrama memberi pengalaman yang amat bermakna. Menguji kesabaran dan keikhlasan hati. Mampukah Keemasan tinggal di asrama? Jumpa di dalam post yang akan datang...

Isnin, Mac 05, 2012

Cinta vs Cita-Cita

Antara Cinta dan Cita-Cita... memang dilema. Kepada kanak-kanak sekolah sering dikaitkan dengan cinta monyet dan jika ditanya tentang cita-cita tentu mereka akan memilih kerjaya guru, polis atau apa-apa profesion yang ada di depan mata. Kepada para remaja pula, cinta mereka sering dikaitkan denga cinta nafsu sehingga sanggup mengabaikan matlamat belajar untuk mencapai cita-cita. Kepada para siswa siswi pula cinta sering dikaitkan dengan persefahaman dan persamaan dalam aliran pemikiran atau kerjaya. Jarang sekali mereka yang tidak sefahaman akan bercinta. Namun bagi siswa siswi yang masih kuat berpegang kepada adat resam dan peradaban Islam yang kuat, mereka lebih rela memendam perasaan cinta mereka di lubuk hati. Kepada kaki rock, mereka lebih suka berterus terang melafazkan cinta walaupun tanpa keikhlasan sejati. 
Cinta yang hakiki hanyalah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta yang agung adalah cinta kepada ibu dan bapa. Kepada siswa siswi yang masih mengejar cita-cita, pendamkanlah perasaan cintamu terhadap teman 'istimewa'. Ingat! Kalian bukan sahaja mengejar cita-cita kalian sahaja, tetapi kalian juga telah membawa cita-cita keluarga bersama. Kejayaan kalian adalah harapan keluarga. Jangan bermain cinta, kerana apabila kalian telah jatuh cinta, pasti kalian akan mengabaikan masa untuk mengejar cita-cita. Dan jika kalian kecewa dalam bercinta pasti kalian akan tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah!

Apa Guna Duit banyak...

Ramai di kalngan rakan-rakan ana yang berniaga masa ini mengeluh karana pendapatan semakin merosot dan perbelanjaan pula semakin meningkat. Semakin ramai orang mula berniaga. Kata mereka susah nak cari kerja, jadi berniagalah. Di Sungai Besar sahaja, gerai jual air, jual burger dan kuih tumbuh macam cendawan. Kedai-kedai pula penuh disewa orang. Bukan sahaja orang tempatan, malah orang luar pun berniaga di sini. Bukan calang-calang punya syarikat... Rakan-rakan pun kata, macam ni teruklah kita.
bagi ana, rezeki masing-masing. Yang penting ialah usaha. Jangan putus asa. Tak perlu kerja siang dan malam kerana nak dapat pendapatan lebih. Bahagikan masa untuk mencari rezeki dan ibadah. 
Apa guna duit banyak jika nak solat berjemaah di masjid pun tak sempat. Apa guna duit banyak jika lemak di badan punsemakin banyak. Apa guna duit banyak jika penyakit pun banyak. Apa guna duit banyak jika orang tua  masih belum ke Mekah. Apa guna duit banyak jika adik beradik masih harapkan BR1M. Apa guna duit banyak jika masih dibelenggu dengan riba. Apa guna duit banyak jika pejuang-pejuang Islam masih berjuang bersenjatakan batu!
Ayuh! Kepada mereka yang banyak duit, bantulah sesama keluarga, sesama bangsa dan sesama agama. Duit banyak yang kalian perolehi itu perlu disucikan dengan zakat dan sedekah. Semoga tiada lagi rintihan ahli keluarga kita, tiada lagi kemiskinan bangsa kita dan tida lagi kefakiran umat Islam kita...!

Macam-Macam Hal

Pagi tadi, hujan rintik-rintik. "Tak bersenamlah jawabnya hari ni.." bisik hati ana. Jam 7. 30 pagi, ana lihat cuaca semakin baik. Tiba di rumah, baru sahaja hendak tukar pakaian sukan ana terima sms daripada pekerja ana, "Salam, ust, hri ni mgkin sy x msuk kje, sy x brape sihat ust.". ana lihat jam sudaj pukul 7.50 pagi. Orang rumah pula berpesan, "Bang, beras dah habis. Nanti belikan ikan tongkol, santan dan timun ye..". 
Ana ni kalau dah kalut-kalut macam ni memang tak syok. Apa lagi ana pun tak pergilah bersenam... mengantuk pulak rasanya.. macam tak sihat. Memang itulah asam garam nak istiqamah dengan bersenam. Macam-macam halangan...
Jam 8.50 pagi ana bergegas ke restoran untuk beli lauk makan tengahari dan beli beras di kedai runcit. Hantar balik dan terus buka kedai...  Buatlah kerja-kerja yang sepatutnya pekerja ana buat... Petang ni kenalah minta isteri tolong jaga kedai sebab ana nak pergi bantu ustaz buat rawatan rukyah syariah..

Khamis, Mac 01, 2012

Malam Ini Malam Jumaat

Peringatan penting kepada semua umat Islam, Malam Ini Malam Jumaat. Tingkatkan amalan kalian. Jangan lupa bangun qiamullail memohon keampunan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, negara dan umat Islam sedunia.! 

Berwajah Baru

Insya-Allah blog motivasi akan berwajah baru tidah lama lagi. Tunggu kemunculannya! Lebih nilai, lebih bermakna.

Kekalkan Senaman Pagi

Alhamdulillah..
Bersyukur ana kepada Ilahi kerana dapat semula mengekalkan senaman pagi minggu ini. Isnin hingga Khamis.
Biasanya ana akan keluar daripada rumah

Rabu, Februari 08, 2012

Maafkan ayah nak...ayah tak sengaja.

Itulah yang mampu diluahkan oleh seorang bapa yang tergilis kepala anak bongsunya ketika mengundur pacuan empat roda menyebabkan anaknya mati.Itulah antara tajuk utama akhbar Harian Metro hari ini. Siayah tekad tidak akan memaafkan dirinya sendiri di atas kejadian tersebut. Memang benar, ini satu takdir.. tetapi untuk menerima takdir itu tidaklah mudah. Hanya mereka yang beramal soleh sahaja mampu menghadapinya. Itulah kasihnya seorang ayah kepada anaknya. 
Namun berapa ramaikah ayah yang memohon maaf kepada anaknya kerana memberi makan dari sumber rezeki yang haram! Berapa ramaikah ayah yang memohon maaf kepada anaknya kerana membiayai pengajian anak di universiti dengan pinjaman riba! Apakah siayah nak tunggu anak mati baru nak memohon maaf!
Wahai para bapa! Sedarlah kalian bahawa anak-anak adalah amanah daripada Allah. Dipinjamkan kepada kita untuk dijaga dengan sempurna. Bebaskanlah mereka daripada rezeki yang haram! Bebaskanlah mereka daripada riba! Bebaskanlah mereka daripada azab api neraka!

Malasnya Nak Bersenam!

Memang dah lama ana tak bersenam. Yalah.. sejak Aidilfitri tahun lalu. Bermula dengan kesibukan hari raya hinggalah mengurus kelas intensif musim cuti. Bulan Januari pula sibuk dengan persediaan anak sekolah dan balik kampung di kelantan kerana bapa mertua sakit dan meninggal. 
Badan ana pun dah mula sakit-sakit. Kaki pun dah mula kebas-kebas. Tangan pula dah mula sengal-sengal. Belakang pula dah mula lenguh-lenguh. Kepala pula dah mula pusing-pusing. Jantung pula dah mula berdebar-debar. Ini tak boleh jadi.
Sempena Maulidur Rasul tahun ini, ana bertekad mula turun padang semula, berkaki ayam, azan dan terapi embun. Bukan mudah hendak memulakan balik sesuatu amalan yang dah lama kita tinggalkan. Tapi demi menjaga kesihatan, ana gagahi juga. Bagi ana, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan kerana jasad kita ini adalah amanah yang mesti dijaga.
Alhamdulillah, dapat juga ana teruskan bersenam walaupun dengan penuh kemalasan!