Sebut saja berkongsi sudah pasti ramai yang tak mahu. Terutama jika seorang isteri ingin berkongsi suami dengan madunya...
Namun kali ini ana nak cerita sikit tentang pengalaman berkongsi dalam perniagaan. Memang rasanya mudah, tapi jika telah melaluinya sendiri barulah anda akan tahu pahit manisnya hidup berkongsi ini...
Bermula pada tahun 1998, ana telah memulakan perniagaan sendiri dengan berkongsi modal dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya. Ana sebagai pengusaha, mereka sebagai pemodal. Kemudian ana berkongsi pula dengan beberapa orang rakan dan keluarga terdekat bagi mengembangkan perniagaan. Namun, diharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Harapkan untung yang datang, rupanya rugi yang mari. Seperti tabiat mana-mana ahli kongsi berduit, mereka hanya memberi modal dan mengharapkan untung sahaja. Analah yang haru biru dibuatnya. mana nak bayar sewa, mana nak bayar gaji pekerja, mana nak bayar bil api, air dan telefon dan pelbagai belanja lagi. Adakalanya nak bagi makan keluarga pun tak lepas. Setelah beberapa tahun dalam kerugian, ana pun mula membuat pinjaman agensi kerajaan dan bank bagi memulihkan perniagaan. Bukan sikit punya pinjam... ratusan ribu jugalah.

Dengan pinjaman itu, maka ana bangkit semula untuk memulihkan perniagaan. Namun hutang lama harus dibayar... hutang rakan kongsi masih belum berbayar. Rakan kongsi mula mengungkit. Mula menyalahkan dan mula menuntut kembali wang mereka. Sehingga sekarang, ana berazam akan membayar semula modal mereka walaupun perniagaan itu telah lama berkubur.
Kini, ana terus berusaha. berusaha untuk memenuhi tuntutan mereka. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Ana tak mahu bertekak. ana tak mahu bersedih. yang ana tahu.. Allah akan membantu ana!
Ana dah serik untuk berkongsi lagi... walaupun dengan seorang jutawan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan