Semalam merupakan hari paling bersejarah dalam hidup 3 anak lelaki ana. Seawal jam 7.00 pagi ana dah kejutkan mereka daripada tidur. Mandi air sejuk bercampur dengan air bacaan Rukyah. Kemudian
Selasa, Disember 28, 2010
Sabtu, Disember 25, 2010
Ucapan Terima kasih
Motivasi5k ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid yang telah hadir ke Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kelas Intensif Musim Cuti 2010 pada 23/12/2010 yang lalu. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua fasilitator yang telah memberikan perkhidmatan terbaik. Insya-Allah motivasi5k akan memaparkan gambar-gambar yang terlibat tidak lama lagi..Jumpa lagi.
Isnin, Disember 20, 2010
Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah
Tuan/Puan yang dihargai,
Semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid dijemput hadir.
JEMPUTAN KE MAJLIS
PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH
KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2010
Tarikh 23/12/2010 Hari Khamis
Jam 9.00-11.00pg
Bertempat di Fast Learning Associates.
Semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid dijemput hadir.
3 Kenduri
Pagi semalam ana mengemas pejabat seorang diri. Jam 11.00 pagi ana terus balik ke rumah bersiap-siap untuk pergi kenduri. Ini kali pertama ana pergi kenduri kahwin bersama isteri dan 7 orang anak.
Khamis, Disember 16, 2010
Panggilan Sahabat
Pada hari Ahad yang lalu, ana terima SMS daripada Imam. Imam dah tiba di Malaysia. Katanya..
Isnin, Disember 13, 2010
Melepas Rindu
Petang semalam, Pak Salleh dan isteri pergi ke Kuala Selangor melawat anak mereka Ali dan Ahmad di Maahad Taafiz. Mereka tiba di sana
Sabtu, Disember 11, 2010
Wajah Baru
Dari petang tadi hingga catatan ini dibuat, ana masih di kedai. Mengemas dan membuat susun atur baru dalam kedai. Sempena Tahun Baru Hijriah ini, ana mahu Wajah Baru. Semoga perniagaan ana bertambah maju dan berjaya. Semoga mendapat rezeki yang halal lagi mencukupi. Terima kasih ana ucapkan kepada semua pelanggan. Terima kasih kerana memberi sokongan. Terima kasih kerana mengunjungi kedai Melayu Muslim. Semoga Allah memberkati hidup kalian. Terima kasih.
Doa Untuk Nenek
Selepas Subuh tadi ana terus ziarah nenek saudara yang meninggal di kampung. Setelah selesai membaca surah Yasiin, tahlil dan doa, ana pun balik. Jam 9.00 pagi ana bawa isteri dan anak-anak pula. Jam 10.00 pagi, jenazah disolatkan. Solat diimamkan oleh Tuan Guru tempatan yang sangat disegani. Kami iringi jenazah hingga ke kubur. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amiiin. Al-Fatihah.
Jumaat, Disember 10, 2010
Bacalah Buku
Kepada semua murid-murid Kelas Intensif Musim Cuti . Bacalah buku semasa di rumah. Rajin-rajinlah membaca buku. Semoga cepat pandai.. dan jangan lupa tolong ibu dan ayah buat kerja di rumah. Jumpa lagi. Bye .
Khamis, Disember 09, 2010
SMS Dari Brunai
Pada 7 Disember yang lalu ana terima SMS dari Brunai.
Assalamualaikum. Selamat tahun Baru Hijriah. Mohon maaf atas segala kesilapan. Semoga diberi Allah kekuatan dalam memperjuangkan kebenaran, mencegah kemungkaran, menentang kebatilan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatanjasmani, akal & rohani serta hidup berbahagia dunia & akhirat bersama keluarga... Amiin. Insya-Allah ana & keluarga ke KL 12-23 Disember 2010. Imam / Ustaz Hanafi
Ana pun jawablah.. Tk. Insya-Allah kita jumpa.
Itulah sahabat ana, warga Brunai yang sama-sama belajar di IPTA pada tahun 1980an. Beliau juga merupakan naqib ana sewaktu di kampus. Banyak kenangan manis bersama belajar di kampus. Insya-Allah jika ada kesempatan, ana akan ceritakan kisah hidup di kampus pada tahun 1980an dalam Motivasi Kampus.
Walaupun jauh di mata, tetapi dekat di hati. Bersahabat sewaktu bujang sampailah sudah berkeluarga. Itulah nilai persahabatan yang hakiki. Berkasih sayang kerana Allah...
Rabu, Disember 08, 2010
Imam Pohon Maaf
Pagi tadi, selepas solat subuh di masjid diadakan kelas Tahsin Qiraat Al-Quran. Kelas tersebut dibimbing oleh imam masjid yang juga seorang hafiz. Pengajian pagi tadi ialah pada surah Assajadah. Imam memaklumkan bahawa
Tak Menangis Lagi
Motivasi5k nak ucapkan tahniah kepada ibubapa yang menghantar anak mereka ke Kelas Intensif Musim Cuti. Tahniah juga kerana hantar anak tepat pada masanya. Tahniah juga kepada semua fasilitator yang datang awal dan bersungguh-sungguh membimbing anak bangsa. Kepada adik-adik yang mengikuti kelas membaca, dan Tak Menangis Lagi dalam kelas, motivasi5k nak ucapkan tahniah juga. Hah... begitulah kalau adik-adik nak pandai. Jangan menangis dalam kelas. Nanti bila naik tahun satu..... macam mana? Takkan nak menangis lagi.. malukan...
Selasa, Disember 07, 2010
Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun
Petang semalam, ana telah mengadakan majlis membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun bersama murid-murid kelas al-Barqy, Tajwid al-Barqy dan Al-Quran. Doa-Doa ini dibaca sempena berakhirnya tahun 1431 Hijriah dan munculnya tahun baru 1432 Hijriah. Doa Akhir Tahun dibaca di akhir waktu asar manakala Doa Awal Tahun pula dibaca di awal waktu maghrib. Semoga dosa-dosa kami yang lalu diampunkan Allah. Semoga kami dilindungi daripada gangguan jin dan syaitan pada masa hadapan. Jumpa lagi...
Pembuli Dihukum
Atas aduan Pak Salleh, pihak maahad telah menjalankan siasatan. Ali dan Ahmad dipanggil guru.
Isnin, Disember 06, 2010
Kena Buli
Sudah dua minggu Ali dan Ahmad masuk Tahfiz. Sudah dua kali Pak Salleh dan isteri datang melawat. Lawatan pertama iaitu tiga hari selepas Ali dan Ahmad belajar, mendapati mereka seronok belajar di sana. Lawatan kedua pada minggu lepas, mereka mengadu telah dibuli oleh
Khamis, Disember 02, 2010
Makan Gula-Gula
Apa khabar adik-adik? Adik-adik suka tak Makan Gula-Gula? Nak tahu...kanak-kanak memang suka Makan Gula-Gula. Dalam seminggu 3 balang gula-gula habis dijual...
Mencari Selipar
Semasa datang ke kelas, semua murid akan meletakkan selipar di tangga. Semasa balik, ramailah murid-murid yang Mencari Selipar. Ada pula yang tertukar dengan kawan. Ada pula yang ..
Datang Awal
Kepada semua adik-adik yang mengikuti Kelas Intensif Musim Cuti datang lah awal. Sebelum jam 9.00 pagi. Ini kerena semua kelas akan bermula tepat jam 9.00 pagi. Siapa datang lambat...
Nasi Lemak 50 sen
Sepanjang Kelas Intensif Musim Cuti ini, makanan yang paling laris dijual waktu rehat ialah Nasi Lemak 50 sen. dan air minuman 50 sen. Ada lagi ke nasi lemak berharga 50 sen?
Selasa, November 30, 2010
Selamat Menghadapi Peperiksaan
Motivasi 5k ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan STPM dan SPM kepada Shahida (Nak Masuk 'U') dan Ani (Straight 'A'). Masuklah dewan peperiksaan dengan kaki kanan. Baca surah al-Fatihah 1x, selawat 3x dan niat untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang. Semoga kalian dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, tepat dan betul. Baca soalan dengan teliti. Agihkan masa menjawab. Potong jawapan yang salah untuk soalan objektif. Buat rangka jawapan untuk soalan subjektif. Pastikan ada masa untuk buat semakan.
Di sini ana juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA yang lalu. Pilihlah sekolah yang terbaik, yang memiliki guru yang terbaik untuk mencapai keputusan yang terbaik. Jumpa lagi.
Sabtu, November 27, 2010
Mencari Mama
Hampir setiap hari Basri akan telefon anak-anaknya. Pada hujung minggu pula Basri akan pulang ke kampung. Ibu mertua Basri pula sudah faham keadaan itu. Dia akan kemaskan bilik dan masak makanan kegemaran Basri ...
Mari Bersenam
Salam Motivasi. Apa khabar? Semoga para pengunjung sentiasa diberkati Allah dan berada dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini dan semalam ana paksa diri untuk bersenam. Sudah seminggu ana tidak bersenam. Nak tahu kenapa? ...
Rabu, November 24, 2010
Ucapan Tahniah dan Terima Kasih
Di sini ana ingin menugcapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke Kelas Intensif Musim Cuti November-Disember 2010. Semua kelas telah bermula pada Isnin, 22/11/2010 yang lalu. Bersamalah kita berdoa semoga mereka mendapat manafaat daripada kelas tersebut. Terima kasih.
Ahad, November 21, 2010
Selamat Tinggal Kawanku
Semalam merupakan hari terakhir bagi Ali dan Ahmad bermain bersama kawan-kawan. Mereka meminta izin daripada Pak Salleh untuk bertemu kawan-kawan. "Hah! Hendak buat apa berjumpa dengan mereka?" tanya Pak Salleh. "Hari ini kan hari terakhir kami di kampung. Jadi kami hendak main puas-puas...
Sabtu, November 20, 2010
Hampir 40 Murid Telah Mendaftar
Ya! Hampir 40 murid telah mendaftar. Kelas terhad kepada 15 orang per kelas. Kelas Cepat Baca paling ramai murid mendaftar. Pendaftaran untuk kelas kedua masih dibuka! Untuk kelas KBSR tahun 2, 3, 5 dan 6 masih ada kekosongan. Daftar segera. Daftar melalui SMS juga diterima. Daftar akhir pada Isnin, 22 November 2010. Pendaftar terawal dengan bayaran penuh diutamakan. Terima kasih.
Guru Tidak Beradab, Murid Biadab
Tidak ada niat di hati ana untuk menyentuh hati para guru. Namun ana akan berkata benar walaupun pahit. Kes guru menampar murid
Maafkan Kami
Hari ini, Sabtu 20 November 2010. Hari ini ana ada tiga jemputan kenduri kahwin. Jemputan pertama di rumah pakcik di Bangi, Selangor. Jemputan kedua di rumah mertua di Bagan Serai, Perak. Jemputan ketiga di rumah abang ipar di Pasir Mas, Kelantan. Kepada semua yang tersebut di atas,
Selasa, November 16, 2010
Kunjungan IT
Pagi tadi ana dikunjungi oleh bekas staf ana N. Dia baru tamat belajar. Ambil kursus Engineering. Bapanya seorang
Isnin, November 15, 2010
Ana Boleh Berlari
Dah dua minggu ana tak berlari waktu pagi. Memang sejak dua minggu lalu ana kurang sihat. Demam, batuk dan selsema. Sejak itu jugalah ana ...
Ahad, November 14, 2010
Jutawan Fakir
Pagi semalan, selesai solat subuh di masjid, ana terus ke kedai runcit. Ana nak beli senaskah akhbar harian. Tiba-tiba...
Khamis, November 11, 2010
Semakin Ramai Yang Mendaftar
Alhamdulillah. Setiap hari ada sahaja yang mendaftar untuk Kelas Intensif Musim Cuti Nov.-Dis. 2010. Terima kasih kepada yang telah mendaftar. Kepada yang masih belum mendaftar, sila daftar segera kerana tempat adalah terhad kepada 18 orang/kelas. Setiap tahun ana terpaksa menolak beberapa calon kerana kelas penuh dan lewat mendaftar. Oleh itu, jangan tunggu lagi. Daftarlah sekarang!
Ahad, November 07, 2010
Kelas Intensif Musim Cuti Nov-Dis 2010
Minggu ni ana memang sibuk sikit. Kemaskan kedai, bilik kuliah dan edarkan iklan Kelas Intensif Musim Cuti 2010. Biasanya ana akan edar 10,000 helai. Tapi pada tahun ini ana ada buat pendekatan baru. Selain edaran iklan melalui akhbar, edaran iklan juga dibuat melalui SMS dan blog. Ana fikir cara ini akan lebih berkesan kerana ianya akan dibaca terus oleh penerima. Pada tahun ini ana buat persiapan lebih awal kerana tak mahu sibuk di saat akhir. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://motivasi5k-fastlearning.blogspot.com
Khamis, November 04, 2010
Panggilan Anak
Setelah Bertemu Guru hati Basri semakin tenang. Pesanan gurunya dipatuhi. Setiap kali selepas solat, Basri duduk seketika membacakan Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas khusus untuk arwah isteri dan ibunya. Basri telah mula pergi ke pejabat. Hari pertama Basri bekerja, bossnya
Isnin, November 01, 2010
Kami Nak Senapang
"Entah apa kena dengan budak tiga orang tu tak tau lah! Nak senapang pulak. Bukannya murah. Satu dah RM20. Tiga dah RM60. Hiiiih! Buat habis duit je lah." bebel Pak Salleh seorang diri. Zaiton hanya diam. Tak berani nak jawab
Jumaat, Oktober 29, 2010
Bertemu Guru
Setibanya di ibu kota, Basri terasa keseorangan. Rumah sewanya sunyi sepi. Jiran tetangga yang kurang dikenalinya pun tak bertanya khabar. Inilah akibatnya hidup di kota, pemergian jiran pun tak diketahui. Ingin sahaja Basri memberitahu mereka tetapi....
Khamis, Oktober 28, 2010
Tak Cukup Masa
Pagi tadi hujan lebat. Walaupun kereta tak besar tapi cukuplah untuk membawa 5 orang anak ke sekolah. Terfikir juga ana, bahawa kereta sekarang sudah menjadi satu keperluan. Sewaktu ana bersekolah dulu...
Ahad, Oktober 24, 2010
Kucupan Terakhir
"Hello! Abang ye?" itulah panggilan yang masih dalam ingatan Basri (bukan nama sebenar). "Ya. Siapa ni?" jawabnya. "Ini.... Ina. Nak bagi tau kakak dah tak ada..." kata Ina, adik iparnya. "Kakak pergi mana?" tanya Basri. "Ka..kak dah me...ninggal bang! ."
Selasa, Oktober 19, 2010
Belajar, Berlatih dan Buat
Minggu ini ana memang sibuk buat blog baru. Blog Fast Learning Associates http://motivasi5k-fastlearning.blogspot.com/. Ana nak asingkan antara blog cerita teladan dan motivasi dengan aktiviti pendidikan dan latihan. Cuma ana ni baru belajar buat blog. Jadi, jika tak berapa cantik dan menarik, ana minta maaflah. Yang penting pada ana ialah mesej yang hendak disampaikan itu telah berjaya disampaikan. Dan yang paling penting ialah para pengunjung akan mendapat maklumat yang betul, tepat dan cepat.
Memang dah lama ana nak buat blog dan laman web syarikat tetapi setiap kali ana minta orang lain buat, pasti hasilnya kurang menyenangkan hati ana. Jadi, terpaksalah ana belajar, berlatih dan buat sendiri. Mesej yang ana sampaikan dah tentu ori daripada ana. Semoga kita akan mendapat manafaat bersama. Terima kasih.
Ahad, Oktober 17, 2010
Letih Fizikal Letih Mental
Maaf. hari ini ana memang bercadang nak tulis beberapa catatan. Tetapi disebabkan keletihan dan fikiran yang berserabut, idea tak keluar. Yelah...
Khamis, Oktober 14, 2010
Program Tadarus Mingguan
Malam tadi, sebelum kelas Tahsin Qiraat Al-Quran dimulakan, ana sempat memaklumkan kepada semua peserta bahawa program tadarus mingguan akan dimulakan..
Rabu, Oktober 13, 2010
Mahir Al-Quran Mahir IT
Pagi tadi, selepas hantar 5 orang anak ke sekolah, ana pun pergilah berjoging. Memang dah menjadi amalan ana, apabila berjoging, ana akan tinggalkan handphone dan duit dalam kereta. Berkaki ayam...
Isnin, Oktober 11, 2010
Penat
Assalamualaikum... salam motivasi. Apa khabar? Pada masa catatan ini dibuat, ana tengah penat ni...
Sabtu, Oktober 09, 2010
Tak Jadi Dibuang Sekolah
Petang Khamis yang lalu, setelah jemput anak dari sekolah, anak ketiga ana ajak ana beli barang keperluan untuk aktiviti perkhemahan di sekolah. Ana pun bacalah senarai yang nak dibeli tu.... banyaknya..
Basikal Baru
Hari-hari Ali minta basikal baru. Pening kepala ayah memikirkannya. Kalau nak beli satu, nanti berebut pula. Nak beli banyak, di luar kemampuan ayahnya. Suatu hari..
Khamis, Oktober 07, 2010
Curi Duit Ayah
Pak Salleh (bukan nama sebenar) marah lagi. "Mana perginya duit abang, Ton?" tanya Pak Salleh kepada isterinya Zaiton (bukan nama sebenar). "Manalah Ton tahu, abang letak kat mana? Cubalah ingat betul-betul!" jawab Zaiton. "Abang letak dalam poket baju ni lah. Malam tadi abang letak. Ni mesti ada yang ambil!" sambung Pak Salleh. Hari itu memang Pak Salleh hilang sabar, selalu sangat duitnya hilang..
Motivasi Kanak-Kanak
Pertama sekali ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik Keemasan. Cadangan adik supaya diadakan cerita motivasi kanak-kanak amat dihargai. Ana telah merangka lebih daripada 20 tajuk akan disiarkan. Antaranya ialah Curi Duit Ayah, Basikal Baru, Kami Nak Senapang, Kena Rotan, Hisap Rokok, Nak Susu, Kereta 'Control', Jangan Tamak dan lain-lain.
Semua cerita adalah benar. Diharapkan dengan tersiarnya siri cerita teladan ini akan dapat memberi pengajaran kepada pengunjung kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua. Boleh ambil iktibar untuk anak dan cucu kita.
Semua cerita adalah benar. Diharapkan dengan tersiarnya siri cerita teladan ini akan dapat memberi pengajaran kepada pengunjung kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua. Boleh ambil iktibar untuk anak dan cucu kita.
Isnin, Oktober 04, 2010
Air Yasiin
Tengahari Khamis yang lalu, ana terima call daripada anak sulung , "Abah, jadike abah datang petang ni ambil kakak?" tanyanya. Ana pun jawab, "Insya-Allah.. jam berapa? Ada nak pesan apa-apa ke?". Dia pun menjawab, "Abah datangla pukul enam, ambil kakak lepas tu kita pergi ke...
Khamis, September 30, 2010
Tidak Tahu dan Tahu
Orang yang tidak tahu dan tahu yang dia tidak tahu ialah orang yang dungu, tinggalkan dia. Orang yang tidak tahu dan tahu yang dia tidak tahu ialah orang yang bodoh, ajarlah dia. Orang yang tahu dan tidak tahu yang dia tahu ialah orang yang tidur, kejutkan dia. Orang yang tahu dan tahu yang dia tahu ialah orang yang bijak, ikutlah dia.
Itulah ungkapan keramat yang ana masih ingat walaupun dah berpuluh tahun ana tinggalkan. Pernah menjadi suntikan untuk terus belajar semasa menuntut dulu. Cuma ana nak pesan kepada semua pengunjung, janganlah menjadi orang yang tidak tahu tetapi buat-buat tahu. Kerana orang sebegini bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi akan turut merosakkan orang lain juga. Lebih teruk lagi jika golongan ini menjadi pemimpin dan akan merosakkan orang yang dipimpinnya... jumpa lagi.
Rabu, September 29, 2010
Panggilan Pohon Restu
Hari minggu yang lalu, selepas balik dari solat subuh di masjid, ana terus kejutkan anak-anak. Bangun, bersihkan diri dan solat. Ada juga yang tak solat... yang umur bawah 10 tahun. Bila semuanya dah siap, kami pun..
Sabtu, September 25, 2010
3 Anak Kucing
Selepas ana ziarah kubur Tok, Tok Wan dan anak ana pagi semalam, tergerak hati ana nak bersarapan di Warung Abang Man. Dah lama ana tak bersarapan di sana, entah mengapa tiba-tiba ...
Rabu, September 22, 2010
Kunjungan Guru
Malam tadi, ana dikunjungi oleh guru ana Ust N, seorang hafiz. Sejak tahun lalu, ana telah mengikuti Kelas Talaqi Musyafahah dengan beliau di Pusat Latihan Fast Learning, Sg Besar. Banyak ilmu...
Ahad, September 19, 2010
Hinakah Saya?
Beberapa bulan yang lalu, ana ke pasar awam untuk membeli ikan dan sayur. Setelah parking kereta, anapun jalan kaki. Di depan pintu pasar ada terserempak dengan..
Sabtu, September 18, 2010
Siapa Urus Jenazah Kita?
Beberapa hari yang lalu, ana ke rumah pengerusi taman bersama 3 anak perempuan untuk berhari raya. Setiba di sana, kami dijemput masuk. Sjn M beritahu ana, ada ahli kariah yang meninggal dunia di hospital TI. Ana bertanya siapa nak uruskan. Sjn M kata, "Ini yang masalahnya. Simati tu...
Khamis, September 16, 2010
Gadis Patani
Senin (bukan nama sebenar) adalah seorang peniaga. Pada kebiasaannya, selepas berniaga pasar malam, Senin akan makan di kedai tomyam seafood milik
Rabu, September 15, 2010
Janji Perokok
Lebih 600 perokok termasuk seorang imam berumur 80 tahun dari pelbagai warga negara berikrar buang tabiat buruk itu depan pintu masuk Masjidil Haram di Makkah
Selasa, September 14, 2010
Tikam Anak
Rekha merupakan seorang ibu tunggal. Mempunyai 2 orang anak perempuan yang telah remaja.
Tekanan hidup. Keadaan hidupnya porak peranda. Kehidupannya semakin tertekan selepas ditinggalkan kekasih
Tekanan hidup. Keadaan hidupnya porak peranda. Kehidupannya semakin tertekan selepas ditinggalkan kekasih
Ahad, September 12, 2010
Straight A's
Ani (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar cemerlang. Ani mendapat 5A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA. Ani memasuki sekolah berasrama penuh mengikut jejak kakaknya. Ani mendapat 7A dalam PMR. Walaupun sedikit kecewa kerana
Bermaafan Sebelum Mati
Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin daripada ana sekeluarga di atas segala kesalahan yang telah lalu dan sebelumnya, baik yang dinyatakan atau yang disembunyikan.
Sempena Aidilfitri ini, ana menyeru kepada semua pengunjung supaya melupakan
Selasa, September 07, 2010
Bacalah Al-Quran
Malam tadi, selepas solat taraweh di masjid diadakan majlis khatam al-Quran. Ana bangga kerana para pesertanya terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Remaja, dewasa dan warga emas. Ada yang
Ahad, September 05, 2010
Usahawan Malam
Salam motivasi. Selepas solat tarawih malam tadi, ana bersama anak-anak ke ekspo raya di Sungai Besar. Melayan kehendak 3 anak lelaki yang nakkan mercun dan bunga api. Wow! Inilah pertama kali ana datang tengok apa mereka jual. Memang benar, ramai sekali usahawan malam. Macam-macam
Jumaat, September 03, 2010
Rumah Pusaka
Pagi tadi, selepas hantar anak ke sekolah, ana terus ziarah kubur Tok Wan, Tok dan anak ke-7. Kubur mereka bersebelahan. Setelah selesai membaca al-Fatihah, al-Ikhlas, tahlil dan doa, ana terus
Rabu, September 01, 2010
Bencana Mengajar Kita!
Banjir besar yang menenggelamkan 1/5 negara Pakistan sejak Julai 2010, merupakan yang terburuk dalam tempoh 100 tahun. Lebih 1,600 orang terkorban, 30,000 rumah dihanyutkan dan 20 jutapenduduk dipindahkan. Menurut statistik, hampir 80% rumah musnah di bandar Chasaddar, 30 km dari Peshawar. Kebanyakan rumah secara asasnya tidak kukuh kerana dibina menggunakan batu, tanah liat dan sedikit simen tanpa menggunakan tiang yang kukuh sebagai sokongan. Paling malang ialah rumah tanah liat yang dibina oleh golongan miskin 'cair' dibawa air.
Selasa, Ogos 31, 2010
Merdekakah Kita?
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Hari ini kita masih beruntung kerana masih ada lagi pejuang kemerdekaan yang masih hidup. Nikmat keamanan, kemajuan dan pembangunan masakini adalah hasil perjuangan
Isnin, Ogos 30, 2010
Cikgu Power
Cikgu Power. Guru disiplin pengedar ubat perangsang seks. Amat mengejutkan apabila seorang ketua guru disiplin sebuah sekolah bukan sahaja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup
Jumaat, Ogos 27, 2010
Buang Sekolah
Semalam, Hj Hassan (bukan nama sebenar) datang jumpa ana. Dia minta ana carikan pusat tuisyen atau sekolah swasta untuk anaknya yang dikenakan tindakan disiplin di sekolah. Habis ikhtiarnya, buntu fikirannya memikirkan
Pusara Ibu
Ibu,
Hari ini aku datang lagi,
Memohon doa kepada Ilahi,
Agar ibu sentiasa dirahmati,
Tanda kasihku
Hari ini aku datang lagi,
Memohon doa kepada Ilahi,
Agar ibu sentiasa dirahmati,
Tanda kasihku
Khamis, Ogos 26, 2010
Lupakan Sengketa
Ahad lalu, ana tersentuh hati bila membaca kisah Ibu, bapa hilang, 9 anak merayu mereka pulang yang disiarkan di akhbar tempatan. Mereka ditinggalkan setahun lalu kepada datuk dan nenek kerana
Isnin, Ogos 23, 2010
3 Isteri
Petang semalam, ana sekeluarga ke rumah ayah untuk berbuka puasa. Isteri ana bawa kari ayam, ulam raja, budu, nasi putih, jemput-jemput dan air masak. Isteri adik ...
Ahad, Ogos 22, 2010
Kunjungan Motivasi
Pagi tadi, ana terima kunjungan drp 'coach' ana, Ust. H dari Shah Alam. Kami bertemu di kedai ana. Ust kenalkan orang barunya. Sempat juga ana mengusik, "alhamdulillah...bertuah ustaz, dapat kereta baru, orang baru", Ust hanya tersenyum, masih macam dulu, tenang dan
Sabtu, Ogos 21, 2010
Anak Yatim Bertuah
Subuh tadi, ana dijemput memberi kuliah motivasi kepada pelajar-pelajar sebuah asrama anak yatim
Rabu, Ogos 18, 2010
Nak Masuk 'U'
Shahida (bukan nama sebenar) mendapat 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR. Namun, Shahida hanya mampu mendapat 2A dalam SPM. Kecewa sungguh hatinya. Ketika rakan-rakannya merai kejayaan, merancang 'U' mana nak masuk, Shahida menyendiri
Berani Bangkit
Orang yang bermotivasi tinggi akan menjadikan masalah itu satu peluang.
Gagal dalam peperiksaan mendidik pelajar supaya lebih tekun dan amalkan cara belajar yang betul.
Gagal dalam perniagaan melatih peniaga belajar
Gagal dalam perniagaan melatih peniaga belajar
Selasa, Ogos 17, 2010
Kem Ramadhan
Alhamdulillah. Salam sejahtera. Selamat memasuki Kem Ramadhan. Kem Intensif 30 hari ini bukan sahaja menguji lapar dan dahaga, malah turut menguji
Isnin, Ogos 16, 2010
Ayah dan Ibu
Tak terhitung jasanya, tak terbalas pengorbanannya. Dari dalam kandungan hinggalah dewasa, ayah dan ibu perlu ada. Tanpa mereka, berpecahlah keluarga, putus saudara kerana
Sabtu, Ogos 14, 2010
Kami Terima Undangan
Fast Learning Associates telah didaftarkan pada 14hb Januari 2005. Aktiviti utamanya ialah memberi perkhidmatan mengendalikan kursus, seminar dan motivasi. Semua kelas/kursus dikendalikan di tempat kami dan terbuka kepada semua individu yang berminat. Kami juga sedia menerima undangan mengendalikan kelas/kursus di tempat anda. Bagi kelas/kursus di luar kawasan, ia dikendalikan secara pakej sahaja. Mana-mana sekolah, persatuan, pertubuhan atau organisasi yang berminat bolehlah berhubung terus ke:
FAST LEARNING ASSOCIATES
No. 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Faks : 03-32246280 Mobile/sms : 013-2092280
email : motivasi5k@yahoo.com blog : motivasi5k.blogspot.com
Sabtu, Julai 31, 2010
Motivasi5k
Program motivasi5k diasaskan oleh Abu Muhammad Musa. Motivasi5k memberi tumpuan kepada motivasi pelajar, keibubapaan, kepemimpinan, keusahawanan dan kesihatan. Program motivasi5k diuruskendalikan oleh syarikat perunding latihan FAST LEARNING ASSOCIATES.
Salam Motivasi
Selamat sejahtera. Blog ini dibina bagi tujuan untuk berkongsi ilmu sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Ianya adalah merupakan catatan pengalaman dan pandangan peribadi. Tiada sebarang niat mengaibkan mana-mana pihak samada yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Terima kasih.
ABU MUHAMMAD MUSA
Sungai Besar, Selangor D.E.
Langgan:
Catatan (Atom)