Selasa, Disember 07, 2010

Pembuli Dihukum

Atas aduan Pak Salleh, pihak maahad telah menjalankan siasatan. Ali dan Ahmad dipanggil guru.
Pembuli juga diadili dengan adil. Pihak pengurusan maahad tidak bertolak ansur dengan pembuli. Setelah siasatan dijalankan, pembuli dihukum dan diberi amaran. Ali dan Ahmad lega.

Tengahari semalam, seperti yang dijanjikan, Pak Salleh tiba di maahad untuk bersolat zohor. Apabila Ali dan ahmad nampak kelibat bapa mereka, mereka pun berkata, "Abi, kami tak jadi balik." . "Hah! kenapa pulak?" tanya Pak Salleh. "Pagi tadi, ustaz panggil kita orang, ustaz kata bagi tahu ustaz kalau ada yang buli lagi.." jawab Ahmad. "Kita orang nak keluar la Abi, boleh tak?" pinta Ali. "Nak buat apa?" tanya Pak Salleh?". "Nak beli barang. Nak beli biskut. saya belum makan tengahari lagi ni.." kata Ahmad. "Kenapa tak makan?" tanya Pak Salleh. "Tadi saya basuh cadar...." jawab Ahmad. "Ahmad kencing tilam, Abi..." sampuk Ali.

Setelah meminta izin daripada ustaz, kami pun ke bandar Kuala Selangor. Membeli makanan,dan minuman Kemudian kami pun pergi makan makan nasi dan  ayam goreng kegemaran Ali dan Ahmad.  Selepas itu Pak Salleh pun menghantar Ali dan ahmad pulang ke maahad.

Dalam perjalanan pulang, Pak Salleh amat bersyukur kerana masalah Ali dan Ahmad telah selesai. Pak Salleh juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ustaz-ustaz yang terlibat kerana mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah buli.  Janganlah jadi seperti sebahagian guru besar atau pengetua atau lain-lain guru yang lambat mengambil tindakan apabila aduan dibuat. Sehingga menyebabkan murid takut ke sekolah.








Tiada ulasan: