Sabtu, Oktober 09, 2010

Tak Jadi Dibuang Sekolah

Petang Khamis yang lalu, setelah jemput anak dari sekolah, anak ketiga ana ajak ana beli barang keperluan untuk aktiviti perkhemahan di sekolah. Ana pun bacalah senarai yang nak dibeli tu.... banyaknya..
"Kakak nak beli semua ni ke?" tanya ana. "Ye lah," jawabnya ringkas. Ana pun pergilah ke kedai pakaian nak cari seluar track. Dapat la satu. Kemudian kami ke kedai pakaian XX. Sedang membelek-belek tudung, Hj Hassan (rujuk catatan Dibuang Sekolah)bersama isterinya pun masuk. "Ha.. Haji. Apa khabar?" tanya ana. "Baik.. alhamdulillah. Tuan buat apa di sini?" katanya. "Cari tudung anak ni ha. Nak pakai untuk perkhemahan di sekolah. " jawab ana.

Sambil memegang bahunya, ana bertanya, "Bagaimana dengan anak haji yang nak dibuang sekolah tu?" . "Alhamdulillah.. tak jadi dibuang sekolah. Anak ana pun semakin baik. Hari-hari datang ke sekolah. Terima kasih banyaklah kerana bagi pandangan dan cadangan tempohari. Insya-Allah jika ada kawan-kawan saya yang menghadapi kes sebegini, saya akan syorkan cadangan yang tuan berikan tu." kata Hj Hassan lagi.

Kemudian Haji Hassan pun menceritakan dari awal hingga akhir apa yang berlaku di sekolah anaknya. Bertemu guru besar dan guru penolong kanan untuk berbincang membantu anaknya. Alhamdulillah, berkat kesabaran, permuafakatan dan tolak ansur semua pihak, maka anak Hj Hasssan tak jadi dibuang sekolah. Sebelum kami berpisah, Hj Hassan berkata, "Tuan ada masa tak?". Ana pun bertanya, "Kenapa?". "Saya cadang nak bawa anak saya jumpa tuan lah. Nak mintak tuan tolong nasihatkan anak saya. Manalah tahu.. kalau.. kalau dia mahu berubah bila bertemu tuan," katanya. Ana pun menganggukkan kepala tanda setuju dan kami pun berpisah.

Dalam perjalanan pulang, ana sangat terharu dengan perkhabaran itu. Ana bersyukur kerana anak Hj Hassan tak jadi dibuang sekolah. Terima kasih juga ana ucapkan kepada semua pengunjung yang telah bersama-sama mendoakan agar kes ini dapat diselesaikan dengan penuh permuafakatan. Ana harap akan lebih ramai lagi para guru yang dapat mendidik anak bangsa kita sepenuh hati, ikhlas, jujur dan amanah tanpa memilih bulu.  

Tiada ulasan: