Rabu, September 01, 2010

Bencana Mengajar Kita!

Banjir besar yang menenggelamkan 1/5 negara Pakistan sejak Julai 2010, merupakan yang terburuk dalam tempoh 100 tahun. Lebih 1,600 orang terkorban, 30,000 rumah dihanyutkan dan 20 jutapenduduk dipindahkan. Menurut statistik, hampir 80% rumah musnah di bandar Chasaddar, 30 km dari Peshawar. Kebanyakan rumah secara asasnya tidak kukuh kerana dibina menggunakan batu, tanah liat dan sedikit simen tanpa menggunakan tiang yang kukuh sebagai sokongan. Paling malang ialah rumah tanah liat yang dibina oleh golongan miskin 'cair' dibawa air.


                                                                         
Kebanyakan penduduk yang terjejas dengan bencana ini  ialah petani-petani miskin. Tanaman tebu telah musnah. Penduduk hilang pendapatan dan harga barang naik mendadak. Selain itu, tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan juga musnah. Kambing, lembu dan kerbau yang menjadi sumber bekalan susu dan daging juga terkorban. Air tercemar. Perigi-perigi yang merupakan sumber air utama telah tertimbus oleh lumpur dan tidak boleh digunakan lagi. Tanpa air bersih, mereka tidak dapat memasak makanan, minuman dan membersih diri. Penyakit boleh merebak dan membunuh bila-bila masa sahaja. Pihak berkuasa masih berhadapan kesukaran mengagihkan makanan, mengurus tempat perlindungan dan bantuan perubatan kepada mangsa yang terselamat. Negara-negara asing dan PBB lambat memberi respons terhadap bencana tersebut. Bantuan kecemasan yang diangkut menggunakan helikopter, jalanraya dan bot juga lewat tiba. Kestabilan Pakistan terjejas, ditambah pula dengan ancaman al-Qaeda, Taliban dan masalah ekonomi walaupun ia merupakan sebuah negara senjata nuklear.

Ayuh bangsaku, mari kita renung sejenak,  kita masih boleh hidup senang bertani dan berternak. Bekerja dan berniaga. Mendapatkan air bersih, makanan berkhasiat dan rawatan kesihatan. Tetapi mengapa  masih ada yang tidak mahu bekerja. Nak kata takde kerja tu memang penipulah. Orang Bangla, Indon, Myanmar, India dan lain-lain bangsa datang berduyun-duyun bekerja di sini, mengumpul wang dan pulang membeli harta di negara mereka. Salah siapa... takkanlah nak harapkan bantuan orang saja.. cubalah belajar dari pendatang asing yang datang sehelai sepinggang tetapi pulang dengan wang. Kepada yang berada tu, janganlah lupa diri. Belanjalah ikut keperluan bukannya ikut kemampuan. Daripada hidup mewah sendiri, lebih baik buat amal jariah... jangan tunggu sehingga Bencana Mengajar Kita!

Tiada ulasan: