Isnin, Disember 13, 2010

Melepas Rindu

Petang semalam, Pak Salleh dan isteri pergi ke Kuala Selangor melawat anak mereka Ali dan Ahmad di Maahad Taafiz. Mereka tiba di sana
jam 4.20 petang. Sementara menunggu masuk waktu asar, sempat juga mereka berbual-bual dengan Ali dan Ahmad. "Hari ini tak belajar ke?" tanya Puan Zaiton. "Tak. hari Ahad memang tak belajar. Kami nak keluar boleh?" jawab mereka ringkas."Nak pergi ke mana?" tanya Pak Salleh. "Nak beli biskut. Nak beli air gas." jawab mereka.

Tidak lama kemudian azan asar pun berkumandang. Selepas solat mereka pun kelar ke bandar Kuala Selangor. Singgah di taman permainan untuk makan-makan dan main. Seronok juga Pak Salleh melihat gelagat anak-anak mereka. 4 anak perempuan bermain buaian dan 3 anak lelaki bermain papan gelongsor. Teringat juga Pak Salleh kepada 2 lagi anak perempuannya yang masih di asrama kerana sedang menghadapi peperiksaan.

Selepas itu, Pak Salleh membawa mereka membeli pakaian sekolah untuk tahun 2011. Sempat juga mereka singgah di pasaraya besar untuk membeli makanan dan minuman. Hampir jam 7.00 mereka pun ke masjid untuk solat maghrib. Selepas solat Pak Salleh menghantar Ali dan Ahmad balik ke asrama.

Tiada ulasan: