Ahad, September 05, 2010

Usahawan Malam

Salam motivasi. Selepas solat tarawih malam tadi, ana bersama anak-anak ke ekspo raya di Sungai Besar. Melayan kehendak 3 anak lelaki yang nakkan mercun dan bunga api. Wow! Inilah pertama kali ana datang tengok apa mereka jual. Memang benar, ramai sekali usahawan malam. Macam-macam
 dijualnya. Kueh raya, minuman, pakaian, carpet, tikar buluh, mercun, bunga api, songkok, ubat dll. Dalam ratusan gerai itu, ana tersentuh hati apabila ada satu gerai Lembaga Zakat Selangor di situ. Selain memberi maklumat, bayaran zakat fitrah juga boleh dibayar di situ. Tak perlu ke masjid lagi.

Cuma yang ana musykil, sempatkah usahawan malam ini solat maghrib, isyak dan subuh. Jika mereka tunaikan, bagusla. tapi jika sebaliknya.. ana sangat sedihlah. Cari rezeki tu tak salah... tapi tak dirikan solat tu memang salah. Itu sebab rezeki yang diperolehi tak mencukupi.... tidak diberkati.

Kemusykilan kedua ialah ke manakah mereka selepas raya ni... hilang tak jumpa lagi. Memang ada sebahagiannya berniaga sepenuh masa... dah ada kedai, berniaga pekan sehari atau pasar malam, cuma nak cari duit lebih. Ada juga kawan-kawan ana yang cuti berniaga makan di bulan Ramadhan... katanya tolak kiri tolak kanan... tauke dapat kuah saja.

Ana berniaga macam biasa.. cuma balik tutup awal sikit  jam 6 petang. Beri peluang pekerja balik awal dan tunai solat tarawih... maklumlah setahun sekali. Cukuplah dengan rezeki yang ada... dengan belanja yang sederhana... yang penting tak nak buat hutang baru lagi.

3 ulasan:

~ itQaN SyaBiQ ~ berkata...

Majikan yg baik sntiasa menjaga kebajikan pekerjanya...
Ya Allah...Selamatkan kmi umat di akhir zaman ini dgn IMAN yg t'pelihara!

Keemasan berkata...

Selamat Hari Raya Motivasi5k! Minta ampun dan maaf jikalau ada salah dan silap yang pernah saya terguris hati Motivasi5k.. Anak Motivasi5k memang suka main mercun ke? Tak bahaya ke? Waktu di ekspo tu Motivasi5k beli apa? Mesti banyak berbelanjakan..Ye la orang nak raya kan..Minta maaf sbab lambat nak ucapkan selamat hari raya kat Motivasi5k, itu pun secara kebetulan kerana saya sdang membaca blog terbaru dan lain -lain lagi...Harap jumpa lagi!bye

motivasi5k berkata...

Tk adik Keemasan. Anak ana memang suka main mercun tapi hanya mercun yang tidak membahayakan sahaja yang dibenarkan. Waktu ekspo tu ana beli buah rambutan, bunga api dan sedikit mercun yang tak bahaya. Pakaian raya ana dah bereskan sebelum puasa lagi Kuih raya pula ana akan beli daripada rakan ana di kampung. Akhirnya, ana juga nak ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.