Beberapa bulan yang lalu, ana ke pasar awam untuk membeli ikan dan sayur. Setelah parking kereta, anapun jalan kaki. Di depan pintu pasar ada terserempak dengan..
rakan sekelas abang ana sedang menyapu sampah dan membersih longkang. Asmad (bukan nama sebenar) bekerja dengan majlis daerah. Ana pun menghampirkan diri, memberi salam sambil menepuk bahunya. Ana pun bertanya, "Apa khabar?". "Baik," jawabnya ringkas. "Kau Dxx, apa kau buat kat sini?" tanya Asmad. Ana pun jawab, "Beli ikan la. Kau kerja kat sini ke?". Asmad tundukkan kepala sambil menjawab, "Ya, dah lama dah. Tapi aku baru kena kerja di pasar ni. Sebelum ni di tempat lain." Belum sempat ana jawab, Asmad berkata lagi, "Terima kasih la kerana nak tegur aku". Ana terkejut sambil bertanya, "Kenapa pulak nak terima kasih?". Asmad menjawab, "Yalah, kerja macam aku ni kotor, hina, siapa nak tegur". Ana memandang tepat ke mukanya sambil berkata, "Apa yang hinanya. Kerja kau ni mulia tau, membersihkan tempat awam daripada sampah dan kekotoran. Lagipun kerja ni kan halal, lebih baik daripada meminta-minta". Asmad tersenyum puas dan selepas bersalaman, ana pun terus berlalu.
Mulai hari itu, setiap kali ana bertembung dengannya, pasti Asmad menyapa ana dengan mengangkat tangan dan memberi salam. Jauh di sudut hati ana berkata sungguh mulia hatinya. Hati seorang penyapu sampah. Mencari rezeki menyara keluarga. Walaupun tak seberapa, tetapi dia bahagia hidup sederhana tanpa dibebani hutang. Ada kalanya dia lebih mulia daripada orang yang membuang sampah. Kerana orang yang membuag sampah itu sudah pasti lebih mementingkan diri sendiri, tidak tahu menjaga kebersihan tempat orang, hasad dengki dan sombong. Sesungguhnya setiap manusia adalah sama di sisi Allah melainkan mereka yang lebih beriman dan bertaqwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan