Rabu, September 15, 2010

Janji Perokok

Lebih 600 perokok termasuk seorang imam berumur 80 tahun dari pelbagai warga negara berikrar buang tabiat buruk itu depan pintu masuk Masjidil Haram di Makkah
 pada 11 Sept lalu. Kempen kesedaran mengenai bahaya merokok dan mengambil dadah ini dilancarkan oleh Persatuan Kebajikan Kafa. Persatuan ini memiliki sebuah klinik bergerak yang merupakan sebuah trak besar yang dilengkapi 8 katil, 6 kerusi, mesin x-Ray dan peralatan perubatan lain. Lebih 400,000 orang melawat klinik tersebut sejak hari pertama Ramadhan.

Faktor kejayaan kempen. Persatuan tersebut telah diberi lokasi berhampiran Masjidil Haram menerusi kerjasama Perbandaran Makkah, polis trafik dan Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci. Bandar Suci Makkah dan Madinah diisytiharkan zon bebas merokok oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi. Tiada rokok dijual di bandar berkenaan.

Bahaya Rokok. Merokok dipercayai menjadi punca pelbagai penyakit serius termasuk barah. Ibu yang merokok akan menghasilkan anak lelaki yang tidak subur. Penyelidik Denmark melaporkan, merokok penyebab utama sel pembiakan lelaki berkurangan. Sel itu kemudian berubah menjadi telur atau air mani dan penurunan kadarnya menjejaskan kesuburan kanak-kanak itu pada masa depan.

Wahai perokok warga Malaysia! Mengapakah kalian masih belum insaf, menyesal dan berhenti merokok? Apakah kerana kalian terlalu banyak duit, maka kalian sanggup membakarnya begitu saja? Apakah kalian lupa bahawa akal dan jasad kalian adalah satu amanah yang wajib dipelihara daripada kerosakan dan kemudaratan? Kepada mana-mana persatuan dan pertubuhan contohilah Persatuan Kebajikan Kafa ini. Jangan asyik sibuk dengan keraian dan berebut jawatan saja. Lakukanlan sesuatu untuk kepentingan warga Malysia. Kepada majlis-majlis perbandaran, polis trafik, datuk bandar dan kementerian kesihatan, contohilah kerjasama mereka di Makkah dan Madinah. Haramkan penjualan rokok! Jangan asyik nak kutip cukai dan keluar saman saje... kami ni bukanlah senang sangat, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Tiada ulasan: