Khamis, November 04, 2010

Panggilan Anak

Setelah Bertemu Guru hati Basri semakin tenang. Pesanan gurunya dipatuhi. Setiap kali selepas solat, Basri duduk seketika  membacakan Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas khusus untuk arwah isteri dan ibunya. Basri telah mula pergi ke pejabat. Hari pertama Basri bekerja, bossnya
telah mengadakan majlis tahlil selepas solat zohor berjemaah di surau pejabat. Ketika itu, Basri tak dapat menahan airmatanya daripada terus mengalir. Rakan-rakannya cuba menenangkan Basri. Basri diam. Tiba-tiba ingatannya pergi jauh ke utara semenanjung terkenang anak-anaknya. Basri risau anak-anaknya akan Mencari Mama.

Malam itu, Basri terus telefon ke kampung. "Assalamualaikum... " Basri memulakan perbualan. "Wa'alaikum salam... ha Basri! Apa habaq? Hang kat mana ni?" tanya ibu mertuanya. "Habaq baik. Saya kat rumah ni... mak apa habaq? Budak-budak tu buat apa?" tanya Basri. "Baik. Budak-budak tu tengah main apa tah dengan acu dia. Adik! Kakak! Ayah nak cakap ni. Mari sini lekas!" jawab ibu mertuanya sambil memberi telefon kepada kedua cucunya. "Kakak buat apa?" tanya Basri kepada anak sulungnya yang berusia 4 tahun. "Main dengan acu.." jawabnya ringkas. "Dah makan ke belum?" tanya Basri lagi. "Dah!" jawab kakak. "Lauk apa?" tanya Basri. "Lauk ayam." jawab kakak. "Sedap tak?" tanya Basri lagi. "Sedaaap!" jawab kakak. "Adik ada?" Tanya Basri . "Ada. " jawab kakak. "Bagi kat adik. Ayah nak cakap.." kata Basri. "Adiiik! Ayah nak cakaaaap!' jeri kakak sambil memanggil adiknya.

"Adik dah mandi ke belum?" tanya Basri kepada anak keduanya berumur 2 tahun. "Dah." jawab adik ringkas. "Mandi dengan siapa?" tanya Basri lagi. "Mandi dengan Tok." jawab adik. "Dah makan belum?" tanya Basri lagi. Agak lama juga Basri tunggu tapi tiada jawapan. "Ha! Mana pi dah budak tu tak tau!" jawab ibu mertua Basri. "Tak apa lah mak. Budak-budak tu tak tanya maknya ke mak?" tanya Basri lagi. Ibu mertuanya terdiam seketika. "Tanya jugak. Tapi depa habaq mama sakit. Mama pergi hospital. Nanti ayah balik baru pi tengok. Depa pun diam lah." jawab ibu mertua Basri. Basri hanya mendiamkan diri. Sebak rasanya. Memang Basri tak boleh lama bercakap dengan ibu mertuanya. Pasti dia akan sebak. Basri memberi salam tanda menamatkan perbualan.

Di sudut hatinya, Basri memikirkan bagaimana nak berhadapan dengan anak-anaknya apabila mereka bertanya dan Mencari Mama...

Tiada ulasan: