Khamis, Ogos 26, 2010

Lupakan Sengketa

Ahad lalu, ana tersentuh hati bila membaca kisah Ibu, bapa hilang, 9 anak merayu mereka pulang yang disiarkan di akhbar tempatan.  Mereka ditinggalkan setahun lalu kepada datuk dan nenek kerana
perselisihan faham. Seorang pembaca perihatin telah menghubungi wakil akhbar memaklumkan di mana ibu bapa itu berada. Hasilnya, mereka berjaya ditemui. Di dalam akhbar hari ini, bapa mereka berkata, "Maafkan papa dan mama". Mereka berjanji tidak akan melakukan kesilapan itu lagi dan bersedia melupakan segala sengketa. Lebih menggembirakan ialah mereka berjanji akan pulang pada aidilfitri ini.  Mentua pula merayu menantu, anak lupakan sengketa dan sedia memaafkan mereka.
Kerana kesempitan hidup, mereka kini menumpang di rumah majikan. Katanya lagi "Saya juga sedang berusaha mencari rumah sewa yang termampu dan merancang membawa mereka tinggal bersama apabila simpanan mencukupi bagi memastikan kami tidak lagi terpisah. Buat masa ini keadaan tidak mengizinkan tetapi sedang berusaha ke arah itu". Lebih 30 rakan sekerja pasangan ini mengumpul dana bagi membolehkan pasangan ini balik kampung termasuk memberi pinjam kereta.
Peristiwa ini amat menyentuh hati ana kerana ana juga pernah meninggalkan 2 anak sewaktu kecil kepada mentua kerana kesempatan hidup walaupun tanpa sengketa. Ana berharap agar kisah ini menjadi teladan kepada kita semua, mengelakkan permusuhan dan persengketaan supaya kita dapat hidup dalam muafakat dan berkat, menjadi ahli masyarakat yang perihatin dan sedia membantu.

Tiada ulasan: