Pada 7 Disember yang lalu ana terima SMS dari Brunai.
Assalamualaikum. Selamat tahun Baru Hijriah. Mohon maaf atas segala kesilapan. Semoga diberi Allah kekuatan dalam memperjuangkan kebenaran, mencegah kemungkaran, menentang kebatilan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatanjasmani, akal & rohani serta hidup berbahagia dunia & akhirat bersama keluarga... Amiin. Insya-Allah ana & keluarga ke KL 12-23 Disember 2010. Imam / Ustaz Hanafi
Ana pun jawablah.. Tk. Insya-Allah kita jumpa.
Itulah sahabat ana, warga Brunai yang sama-sama belajar di IPTA pada tahun 1980an. Beliau juga merupakan naqib ana sewaktu di kampus. Banyak kenangan manis bersama belajar di kampus. Insya-Allah jika ada kesempatan, ana akan ceritakan kisah hidup di kampus pada tahun 1980an dalam Motivasi Kampus.
Walaupun jauh di mata, tetapi dekat di hati. Bersahabat sewaktu bujang sampailah sudah berkeluarga. Itulah nilai persahabatan yang hakiki. Berkasih sayang kerana Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan