Isnin, Disember 06, 2010

Kena Buli

Sudah dua minggu Ali dan Ahmad masuk Tahfiz. Sudah dua kali Pak Salleh dan isteri datang melawat. Lawatan pertama  iaitu tiga hari selepas Ali dan Ahmad belajar, mendapati  mereka seronok belajar di sana. Lawatan kedua pada minggu lepas, mereka mengadu telah dibuli oleh
pelajar senior. Setelah dipujuk dan ditenangkan, mereka pun teruskan belajar. Tetapi pada malam tadi, Pak Salleh amat terkejut sekali. Pak Salleh datang selepas Maghrib dan bersolat Isyak di sana. Selepas solat, Ali dan Ahmad mengadu bahawa mereka sudah tidak seronok belajar di sana. Ali mengadu telah disepak dan dibuli. Ahmad pula mengadu telah diterajang oleh pelajar senior. Pak Salleh serba salah... antara percaya dengan tidak. Tidak mungkin pelajar  Tahfiz berbuat demikian. Pagi tadi Pak Salleh cuba dapatkan penjelasan daripada pihak maahad. Jawapan yang diterima ialah itu mungkin satu alasan Ali dan Ahmad nak balik ke rumah. Mungkin ada usik-mengusik. Mungkin ada ejek-mengejek. Pak salleh tak komen apa-apa... tetapi tengahari ini Pak Salleh akan ke maahad tersebut untuk berbincang...

Pak Salleh bingung. Pak Salleh hanya mengadu, "Ya Allah! Bantulah aku dalam mendidik anak-anakku. Berilah petunjuk agar aku dapat menghantar mereka ke sekolah yang memberi kebaikan kepada mereka di dunia dan memberi kebaikan kepada mereka di akhirat.... lindungilah mereka daripada  kawan-kawan yang berakhlak buruk. Lindungilah mereka daripada guru-guru yang tidak amanah serta daripada orang-orang yang zalim.. Amiin.."




Tiada ulasan: