Isnin, Oktober 04, 2010

Air Yasiin

Tengahari Khamis yang lalu, ana terima call daripada anak sulung , "Abah, jadike abah datang petang ni ambil kakak?" tanyanya. Ana pun jawab, "Insya-Allah.. jam berapa? Ada nak pesan apa-apa ke?". Dia pun menjawab, "Abah datangla pukul enam, ambil kakak lepas tu kita pergi ke...
masjid. Abah bawakla makanan sikit, harini kakak puasa la. Kawan kakak kirim nasi ayam satu, nasi goreng ayam satu." Ana pun jawak ok.

Bila petang tiba, ana pun bersiap sedialah nak ke sekolah. Jam 6 petang, ana pun mandi dan bersihkan diri. Pakai baju Melayu, kain pelikat dan berkopiah. Ana bawa sekali air tilawah 30 juzuk, 4 biji kurma, 4 biji mangkuk dan 4 sudu. Anak perempuan ketiga ana turut serta. Sempat juga ana singgah di kedai makan anak Pak Din, beli 2 bungkus nasi ayam goreng dan 2 bungkus char kowteow. Kemudian ana singgah di restoran tomyam. Kedatangan ana dengan senyuman oleh gadis pattani. Ana beli 2 bungkus lai chi kang.

Tiba di sekolah, ana pun menjemput anak ana. Seorang rakannya ikut sama. Kami tiba di masjid jam 7.00 mlm. Anak-anak ana pun membawa juadah berbuka keluar dari kereta. Kami duduk atas pangkin masjid yang berada di tepi pagar. Bersila. Macam pangkin atok dalam drama TV tu. Bukan kami sahaja, ada lebih sepuluh keluarga turut berbuka puasa.

Setelah berbuka, ana pun terus solat maghrib berjemaah. Kemudian majlis tahlil pun bermula, diikuti dengan solat hajat berjemaah dan membaca Surah Yasiin. Ramai sungguh ibu bapa yang hadir. 3 dalam 1. Untuk PMR, SPM dan STPM. Pihak sekolah telah sediakan air botol. Ramai juga ibu bapa yang membawa air sendiri termasuklah ana. Air Yasiin sebagai penawar. Setelah selesai  solat Isyak, para jemaah pun berselawat sambil besalam-salaman. Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan.

Sebelum balik, kami diberi bekalan nasi minyak dan air minuman. Ana hantar anak ke sekolah dan sempatlah makan bekalan di kantin sekolah. Berbincang dengan anak tentang persediaan akhir menduduki peperiksaan.

Di sini ana ingin berpesan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM supaya sentiasa bertenang. Jangan gopoh. Jangan gelabah. Ulangkaji satu persatu. Jangan ada prasangka, hasad dengki dan iri hati. Kelak merosak diri sendiri. Jangan bandingkan diri dengan orang yang lebih cemerlang kerana kita akan merasa rendah diri. Jangan bandingkan dengan orang yang lebih lemah kerana kita akan merasa bangga diri. Oleh itu bandingkanlah diri kamu dengan pencapaian diri kamu sebelumnya, kelak kamu akan melakukan pembaikan dan peningkatan dalam pencapaian peperiksaan. Jadikan Air Yasiin itu sebagai minuman harian, bukannya ketika hendak menghadapi peperiksaan sahaja. Ini kerana al-Quran itu adalah sebaik-baik penawar. Selamat menghadapi peperiksaan. Semoga beroleh keputusan yang cemerlang. Lebih cemerlang daripada bangsa lain.

2 ulasan:

keemasan berkata...

cerita ini amat menarik. ianya sesuai bagi mereka yang mengambil peperiksaan pada tahun ini. saya berharap agar penulis dapat meceritakan pula cerita-cerita untuk murid sekolah rendah. maklumlah, sekarang ni saya baru darjah 5.

motivasi5k berkata...

Terima kasih adik keemasan. Insya-Allah ana akan penuhi permintaan itu. Layarilah motivasi5k selalu. Ana juga bersedia memberi tips belajar jika diperlukan..