Jumaat, Ogos 27, 2010

Buang Sekolah

Semalam, Hj Hassan (bukan nama sebenar) datang jumpa ana. Dia minta ana carikan pusat tuisyen atau sekolah swasta untuk anaknya yang dikenakan tindakan disiplin di sekolah. Habis ikhtiarnya, buntu fikirannya memikirkan
hal anaknya itu. Tak seperti yang lain, yang ini memang menguji kesabarannya sekeluarga. Beberapa orang guru telah memberi pilihan supaya ditukarkan sekolah sebelum tindakan dibuang sekolah diambil. Setelah lebih 1 jam berbincang, Hj Hassan bersetuju untuk mengambil beberapa tindakan alternatif seperti berikut:

  • Tidak terburu-buru memindahkan anak ke sekolah lain kerana ia akan mengundang masalah lain pula.

  • Bersetuju untuk bertemu dengan guru besar dan meminta cadangan daripada pihak sekolah bagi membantu anak beliau.

  • Banyakkan berdoa terutama di antara azan dan iqamah supaya anaknya lembut hati, minat pada pelajaran, hormat kepada guru, taat kepada ibu bapa, dijauhi dari rakan-rakan yang merosakkan dan minta dilindungi daripara guru-guru yang tidak amanah serta orang-orang yang zalim.

  • Mengambil rawatan annusyrah untuk diamalkan selama 7 hari berturut-turut dan hari-hari seterusnya.
Bersamalah kita berdoa  semoga kes ini  dapat diselesaikan secara bijaksana dan muafakat. Pelajar, ibu bapa, guru dan masyarakat mesti memainkan  peranan masing-masing. Jangan kerana suka melepak, pelajaran dilupakan.  Jangan kerana sibuk bekerja, anak  diabaikan. Jangan kerana bebanan tugas harian, pelajar disisihkan. Amat malang sekali jika bangsaku sanggup merosakkan anak bangsaku sendiri. Siapakah lagi yang akan membela bangsa kita, jika bukan kita sendiri. Nak harapkan bangsa lain memajukan bangsa kita..... jauh panggang dari api lah jawabnya...

Tiada ulasan: