Rabu, Ogos 18, 2010

Berani Bangkit

Orang yang bermotivasi  tinggi akan menjadikan masalah itu satu peluang.
Gagal dalam peperiksaan  mendidik pelajar supaya lebih tekun dan  amalkan cara belajar yang betul.
Gagal dalam perniagaan melatih peniaga  belajar
ilmu jual beli dan membentuk ketahanan diri.
Gagal dalam bertani membimbing  petani  mengenal musuh dan lebih bertawakal.
Gagal dalam rumahtangga mendorong ahlinya mengamalkan agama dan lebih bertolak ansur.
Gagal dalam pimpinan  mengajar pemimpin untuk menghargai orang bawah, lebih beradab terhadap kawan dan lawan serta lebih mengutamakan agama, bangsa dan negara.

Ingatlah! Berapa kali anda jatuh tidak penting, tetapi berapa kali anda bangkit  untuk terus berjalan dan berlari, itulah yang akan menentukan kejayaan anda.

Tiada ulasan: