Selasa, November 16, 2010

Kunjungan IT

Pagi tadi ana dikunjungi oleh bekas staf ana N. Dia baru tamat belajar. Ambil kursus Engineering. Bapanya seorang
mekanik. Jadi, tidak hairan jika N ambil kursus tersebut. "Assalamualiakum.... apa khabar abang Abu?" tanya N. "Wa'alaikumussalam ... khabar baik. Engkau dari mana?" jawab ana. "Dari rumah. Saya hendak tanya, abang Abu buat lagi iklan di suratkhabar?" tanya N. "Sudah lama tidak buat. Kenapa?" sambung ana. "Saya fikir hendak buat iklan perniagaan saya." kata N.

Kami terus bincang tentang perniagaan. Ana pun tunjukkan blog ana. N membantu membuat label dan edit halaman. Kami terus bincang  tentang hendak buat kursus membuat blog. "Kalau engkau hendak buat kursus bina blog. aku cadang engkau buat dua level. Asas dan lanjutan. Kemudian engkau ambil upah buat blog orang lain atau blog organisasi. " kata ana. N pun setuju dengan cadangan itu. 

Setelah N balik, ana terus buat label dan edit halaman. Terima kasih kepada N kerana membuat Kunjungan IT. Sesungguhnya Kunjungan IT itu telah memberi satu kemahiran baru kepada ana. Terima kasih..

Tiada ulasan: