Rabu, Disember 08, 2010

Imam Pohon Maaf

Pagi tadi, selepas solat subuh di masjid diadakan kelas Tahsin Qiraat Al-Quran. Kelas tersebut dibimbing oleh imam masjid yang juga seorang hafiz. Pengajian pagi tadi ialah pada surah Assajadah. Imam memaklumkan bahawa
surah ini sunat dibaca pada solat subuh hari Jumaat dan tidak pada hari-hari yang lain. Juga dijelaskan bahawa tidak boleh diganti dengan surah yang lain walaupun ada ayat disunatkan sujud sajadah. Tiba-tiba imam berkata, "Tuan-tuan dan puan-puan. Saya mewakili semua imam memohon maaf kerana pada hari Jumaat lepas kami berempat pakat tidur tak sedar.... Jadi saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf daripada ahli jemaah sekalian." kami pun senyum sahaja.

Dalam hati ana, ana nak ucapkan syabas dan tahniah kepada imam tersebut kerana berani memohon maaf secara terbuka. mengaku kesilapan sendiri. Tindakan tersebut sedikit sebanyak telah mengubati sedikit rasa tidak puas hati di kalangan ahli jemaah terutamanya  yang 'tak seibu sebapa'.   Janganlah menjadi seperti sesetengah imam, yang tak boleh ditegur dan tak mahu mengaku kesilapan diri. Semoga ianya menjadi iktibar kepada para imam yang lain...

Tiada ulasan: