Tidak ada niat di hati ana untuk menyentuh hati para guru. Namun ana akan berkata benar walaupun pahit. Kes guru menampar murid
sudah biasa didengar. Guru merotan murid sudah biasa kita baca di akhbar.Guru ponteng mengajar juga sering berlaku terutama di sekolah luar bandar. Guru menjerit-jerit memarahi murid di depan murid-murid juga selalu kita dengar. Paling dikesalkan ialah jika kepala guru (guru besar) sendiri mengabaikan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan kepada mereka. Dia anggap sekolah tersebut dia yang punya. Ibu bapa tak boleh komen. Guru-guru tak boleh tegur. Apa dia cakap semua mesti ikut.
Kepada para guru besar, tanggungjawab tuan/puan juga adalah besar. Bukan setakat mendidik anak murid supaya menjadi insan yang pintar soleh malah turut bertanggungjawab membimbing para guru. Guru-guru harus diberi dorongan, semangat dan penyeliaan yang berkesan supaya mereka seronok mengajar murid. Guru yang bosan mengajar atau mengajar sambil lewa mesti diajak berbincang. Jangan lepaska guru seperti melepas kambing di kandang, membiarkan mencari makan sendiri dan pulang apabila telah petang.
Guru-guru harus lebih berhemah, selalu menasihati, marah dan rotan apabila perlu. Bukan untuk melepas geram atau membalas dendam. Teguran face to face itu lebih baik daripada melalak dan menjerit. Ini kerana guru yang tidak beradab akan menyebabkan murid menjadi biadab. Biadab kepada kawan-kawan, biadab kepada kepada ibu bapa dan biadab kepada guru itu sendiri. Bersamalah kita membentu murid yang pintar, soleh dan berakhlak mulia. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan