Sabtu, November 27, 2010

Mencari Mama

Hampir setiap hari Basri akan telefon anak-anaknya. Pada hujung minggu pula Basri akan pulang ke kampung. Ibu mertua Basri pula sudah faham keadaan itu. Dia akan kemaskan bilik dan masak makanan kegemaran Basri ...
sup ayam sambal kicap. Tidak ketinggalan segelas air suam. Bilik tidur disediakan. Setiap kali pulang, anak-anak Basri akan tidur bersamanya. Seorang di kiri dan seorang lagi di kanan. Tangan kiri menepuk anak sebelah kiri dan tangan kanan menepuk anak sebelah kanan sehinggalah mereka terlena.

Keesokannya, secara tiba-tiba adik menangis memanggil "Mama.... mama.... mama.. nak ikut mama ..". Puas juga adik-adik ipar dan ibu mertua Basri memujuk, namun tidak berhasil. "Adiiik.... mama sakit. Mama pergi hospital.." kata ibu mertua Basri. "Nak pergi hospital! Nak pergi hospital! Nak tengok mama!" jerit sikecil. "Budak-budak tak bolek pergi hospital... nanti mama dah baik, mama baliklah." pujuk mereka. Basri pun keluar dari bilik dan menghampiri kedua-dua anaknya. "Kenapa mak?" tanya Basri. "Budak-budak ni ha... gaduh Mencari Mama depa pulak... selalu tak pun!" jawab ibu mertua Basri.  "Nak tengok mama! Nak tengak mama! Nak pergi hospital. Ayah adik nak ikut." pinta sikecil. "Ayah, kakak nak ikut! Kakak nak mama! Kenapa mama tak balik?" tanya kakak sikecil. "Selalu ka depa Mencari Mama depa" tanya Basri. "Selalunya bila main denga acu, acik dan atam depa tak ingat sangat... entah kenapa hari ni depa cari pulak." jawab ibu mertua Basri.

Basri terdiam seketika.  Nak kata mama mereka di hospital.... ini satu penipuan. Nak kata mama mereka sudah meninggal ..... mereka tidak akan faham. "Ya Allah... bantulah aku bagi mengatakan kebenaran walaupun pahit. Berilah aku kekuatan bagi menjelaskan kebenaran ini kepada anak-anakku" bisik hati Basri. Basri pun memeluk kedua anaknya sambil berkata, "Adik.... kakak.... mama dah meninggal. Mama sudah tiada. Mama ada di kubur.". "Nak pergi kubur! Nak pergi kubur!" jerit mereka dengan sedikit keriangan dan harapan. Mendengarkan kata-kata Basri itu, ibu mertua Basri terus ke dapur. Adik-adik iparnya pula terus mendiamkan diri. "Ya... nanti kita pergi ke kubur." kata Basri. "Yeeeh....yehh.. Boleh pergi kubur! Boleh pergi kubur! Nak tengok mama! Nak tengok mama!" jerit mereka. Setelah bersiap, Basri pun meminta izin daripada ibu mertuanya untuk membawa anak-anaknya ke kubur.

Di dalam perjalanan ke kubur, kedua-dua anak Basri bukan main lagi riangnya. Ketawa dan menyanyi. Basri pula hanya berserah kepada Allah. Tiba di kubur, Basri pun mendukung kedua-dua anaknya, kiri dan kanan, berjalan kaki melintasi kubur. Ini kerana tanah perkuburan itu agak semak dan becak sedikit. Sampai di kubur ibu mereka, basri pun menurunkan kedua-dua anaknya. Mereka berdiri membelakangkan kibat. Belum sempat Basri membaca Al-Fatihah.... tiba-tiba si adik bertanya, " Mana mama? Mana mama?" sambil menoleh kiri dan kanan. Si kakak juga Mencari Mama mereka di kubur itu. Basri sebak. Air matanya mengalir. Kedua-dua anaknya terus merengek. Tiba-tiba Basri berkata, "Itu mama. Dalam kubur," sambil menunjukkan ke arah kubur. Kedua-dua anaknya terus melihat kubur di depan kaki mereka. Lama mereka merenung  kubur itu. Mereka terus diam. Tanpa tangisan. Tanpa kata-kata. Basri hairan. Melihatkan mereka sudah diam, maka Basri pun membaca Surah al-Fatihah, Al-Ikhlas dan tahlil khusus kepada arwah isterinya. Ketika berdoa, Basri mengajak kedua-dua anaknya menadah tangan.... 

Sejak itu, adik dan kakak tidak lagi Mencari Mama mereka. Sejak itu juga, setiap kali pulang ke kampung, pasti Basri akan membawa anak-anaknya ke bandar berdekatan. Makan kentang goreng, bermain di taman, menziarahi kubur dan mandi di parit. Yang paling membahagiakan Basri ialah apabila dapat mendodoi mereka sewaktu tidur. .Dan yang paling menyedihkan Basri ialah apabila tiba saat perpisahan untuk pulang ke ibu kota meninggalkan mereka di kampung.

Tiada ulasan: