Pagi semalan, selesai solat subuh di masjid, ana terus ke kedai runcit. Ana nak beli senaskah akhbar harian. Tiba-tiba...
Haji Z menegur ana, "Abu, kau kenal tak Mamat (bukan nama sebenar)?" . "Kenal. Kenapa?" jawab ana ringkas. "Baru tadi aku lalu tepi Billion tu, aku nampak dia terbongkok-bongkok. Aku ingat dia buat apa . Rupa-rupanya dia ambil pisang yang tumbang tepi jalan." sambung Haji Z. "Subuh tadi ni ke? Pisang tu siapa punya?" tanya ana. "Ya. baru kejap ni. Pisang tu orang punyalah. Aku pun tanya dia. Dia ambil pisang tu nak dijual ke?" kata Haji Z lagi. "Hah... apa katanya?" tanya ana. "Dia kata dia nak makan pisang tu!" Ana pun menjawab " Kesihan dia..". "Kenapa pulak kesihan?" tanya Haji Z. "Yalah. Dah tua-tua patutnya ke masjid. Tapi Mamat tu macam tu pulak. Saya rasa umurnya enam puluh lebihkan?" tambah ana. "Iiiiya! Kau tahu, dia tu banyak duit. Simpan ASB. Aku dengar dia simpan RM800,000. Bininya RM200,000. Nak dikira dia tu jutawan tau! Tapi nak makan pisang pun tak mampu nak beli. Kena ambil tepi jalan.Ustaz kata, harta yang kita ada ni, bukan kita punya. tapi waris punya! " kata Haji Z.Ana terdiam. Perbualan kami terhenti di situ. ana pun masuk ke dalam kedai untuk membeli beberapa keperluan harian. Tak lupa sepeket ikan gelama kering yang dah tiga hari orang rumah pesan. Dalam perjalanan pulang, ana terfikir "Apa guna bergelar jutawan. Apa guna duit berjuta. Apa guna harta jutaan ringgit. Tapi nak makan pun lokek. Nak sedekah pun takut rugi. Nak makan pisang pun tak mampu nak beli! Janganlah jadi Jutawan Fakir. Bukanlah fakir harta benda.... tetapi fakir ilmu, fakir amalan dan fakir daripada mendapat hidayah Allah s.w.t!" Bagi ana, ana bersyukur sangat. Walaupun belum jadi jutawan, walaupun duit tak berjuta, walaupun harta tak sampai jutaan ringgit, tapi ana masih mampu membeli pisang di pasar . Hanya RM1.50 sekilo... tak tergamak mengambil pisang di tepi jalan memberi anak dan isteri makan. Biarlah kami makan nasi putih berkicap sahaja, biarlah kami minum air masak sahaja, biarlah kami berpakaian lusuh....asalkan kami bahagia. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi mencukupi... agar kami tidak tergolong di kalangan orang yang meminta-minta. agar kami tidak tergolong di kalangan orang yang lupa ... Amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan