Malam tadi, selepas solat taraweh di masjid diadakan majlis khatam al-Quran. Ana bangga kerana para pesertanya terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Remaja, dewasa dan warga emas. Ada yang
lancar membaca, sederhana dan lambat. Ada yang baik bacaannya, dan ada pula yang perlu dibaiki bacaannya. Ana harap selepas Ramadhan ini, aktiviti membaca al-Quran akan diteruskan.
lancar membaca, sederhana dan lambat. Ada yang baik bacaannya, dan ada pula yang perlu dibaiki bacaannya. Ana harap selepas Ramadhan ini, aktiviti membaca al-Quran akan diteruskan.
Teringat ana dengan Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran itu dengan Tartil (bertajwid)" -Al-Muzammil:4. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t. memerintahkan Nabi s.a.w. membaca al-Quran yang diturunkan kepadanya itu dengan Tartil, iaitu mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, yakni membacanya secara bertajwid. Ini membuktikan bahawa bacaan al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah bacaan secara bertajwid bukan sekadar bacaan biasa sahaja.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempelajari membaca al-Quran secara bertalaqqi musyafahah daripada guru-guru yang sah sanadnya sehingga Rasulullah s.a.w.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan