Hari minggu yang lalu, selepas balik dari solat subuh di masjid, ana terus kejutkan anak-anak. Bangun, bersihkan diri dan solat. Ada juga yang tak solat... yang umur bawah 10 tahun. Bila semuanya dah siap, kami pun..
menaiki kereta dan membaca doa menaiki kenderaan bersama-sama. Sendat juga... maklumlah 9 orang kesemuanya. Itupun ada lagi yang tak ikut kerana mereka tinggal di asrama. Kami bertolak jam 8.00 pagi untuk ke Kota Damansara menziarahi ibu bapa isteri yang datang dari kampung. Sempat juga ana singgah di Warung Rosli menghantar 3 botol produk Annusyrah. Kemudian ana teruskan perjalanan. Tiba di pekan TK, ana pun berhenti di stesen minyak untuk memberi laluan kepada anak-anak ke tandas. Datanglah seorang pekerja mempelawa nak check air. Ana pun setujulah. Dah siap cuci dia pun bubuh 2 botol coolent. Ana tanya, "Kena bayar ke?" Dia menjawab, "Ya". Ana tengok harganya RM16 sebotol. Melayanglah RM32 pagi tu. Sehari sebelumnya, kena juga bayar RM220 untuk 2 biji tayar depan yang dah botak tu. Alamak! Dah terkenalah ana jawabnya. Redha je la... sebab itu dah rezeki dia.
Kemudian ana teruskan perjalanan. Tiba-tiba ana terima panggilan. Ana pun jawab. Rupa-rupanya anak sulung ana call. "Abah, esok kakak ada ujian lisan Bahasa Arab STPM. Abah tolong doakan ya.." katanya. Ana pun jawab, "InsyaAllah... tapi ingat, buat semakan akhir. Pastikan kakak dalam keadaan tenang ketika menjawab dan jangan gopoh. Jangan lupa minum air penerang hati tu... dan sapu muka sekali. Mohon kepada Allah semoga dipermudahkan kakak menjawab setiap soalan."
Tiba di Kota Damansara, ana pun berbual-buallah dengan ana punya biras. Isteri ana pula memasak bersama adik dan ibunya. Menu special... nasi briani kari daging lembu, ayam masak kicap, acar dan tentulah ada budu. Setelah makan tengahari, ana pun berehat Anak-anak pula sibuk bermain basikal di luar rumah. Biras ana tu kerja wartawan sukan di akhbar tempatan. Sedang ana berbual-bual, ana terima satu lagi call daripada anak kedua ana. "Abah, esok adik periksa percubaan peringkat negeri untuk subjek sains. Abah tolong doakan tau." pintanya. Ana pun jawab "InsyaAllah... tapi adik kena ingat, lihat rajah-rajah yang perlu dan jangan lupa baca seimbas lalu nota ringkas,". Begitulah setiap kali peperiksaan, mereka akan buat panggilan pohon restu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan