Orang yang tidak tahu dan tahu yang dia tidak tahu ialah orang yang dungu, tinggalkan dia. Orang yang tidak tahu dan tahu yang dia tidak tahu ialah orang yang bodoh, ajarlah dia. Orang yang tahu dan tidak tahu yang dia tahu ialah orang yang tidur, kejutkan dia. Orang yang tahu dan tahu yang dia tahu ialah orang yang bijak, ikutlah dia.
Itulah ungkapan keramat yang ana masih ingat walaupun dah berpuluh tahun ana tinggalkan. Pernah menjadi suntikan untuk terus belajar semasa menuntut dulu. Cuma ana nak pesan kepada semua pengunjung, janganlah menjadi orang yang tidak tahu tetapi buat-buat tahu. Kerana orang sebegini bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi akan turut merosakkan orang lain juga. Lebih teruk lagi jika golongan ini menjadi pemimpin dan akan merosakkan orang yang dipimpinnya... jumpa lagi.
2 ulasan:
Maaf motivasi5k, saya tidak faham akan cerita ini...saya harap motivasi 5k akan mengulaskan balik pada saya akan cerita ini yang sebenarnya..
Tk kepada adik Keemasan. Dari panggilan nama ini, kemunungkinan adik ini seorang yang comel, mudah mesra dan rajin. Insya-Allah ana akan ulas dalam tajuk akan datang. Bye
Catat Ulasan