Khamis, Oktober 14, 2010

Program Tadarus Mingguan

Malam tadi, sebelum kelas Tahsin Qiraat Al-Quran dimulakan, ana sempat memaklumkan kepada semua peserta bahawa program tadarus mingguan akan dimulakan..
bulan depan. Dah lama ana rancangkan program ni, yelah... sejak ramadhan lalu.. tapi baru sekarang nak dilaksanakan.

"Insya-Allah, Program Tadarus Mingguan akan diadakan di Fast Learning pada bulan depan. Terbuka kepada semua peserta kelas al-Quran lelaki dewasa. Seminggu sekali. Satu juzuk seminggu. Satu bulan kita dapat baca empat juzuk. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah berikan nama kepada saya..." kata ana. Teputus seketika kerana Ustaz S yang nak mengajar dah sampai. Ana pun minta izin daripada ustaz untuk memberi makluman seterusnya. Ustaz menganggukkan kepala tanda setuju sambil berkata, "Bagus tu. Teruskan."

Belum sempat ana nak bercakap, seorang peserta pun bertanya, "Kena bayar tak?". Ana pun menjawab, "Percuma sahaja. Cuma kita amat mengalukan sumbangan ikhlas pada setiap kali program bagi menampung duit api, air dan minum ringan." Ana pun menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk melatih diri membaca al-Quran dengan betul dan lancar. Ianya hanya terbuka kepada peserta-peserta kelas al-Quran sahaja kerana hanya mereka sahaja yang akan memahami apa yang diajar di dalam kelas. Mudah menerima teguran dan bersikap terbuka. Jika mereka tidak hadiri kelas, sudah tentu sukar bagi mereka untuk menerima teguran.

Kemudian ana serahkan kelas tersebut kepada ustaz. Selepas tamat kelas sekitar jam 11.30 malam, salah seorang darapada mereka bertanya, "Dxx, kau nak mulakan bila?" kata Cikgu Z. Ana pun jawab, "Bulan depan. Kenapa?". "Aku takut tak sempatla.. Aku nak pergi Mekah ni. Kau cepatkan sikit boleh tak?" katanya. Anapun terus berfikir pantas dan berkata, "Ok. Kalau macam tu, kita mulakan minggu ni. Sekarangpun dah ada tiga orang. Nanti cikgu baca dalam blog saya ye." "Wah! Hebat sekarang. Dah ada blog ke?" tanya Cikgu M pula. "Ya.. tapi tak lah cantik sangat" kata ana. Cikgu M pun menjawab, "Yang penting maklumat sampai...". Kami pun bersurai.

Ana pun terus ke Restoran Tomyam. Sampai di sana datanglah seorang Gadis Pattani bertanya, " Abe nak make ke nak bukuh?". "Bungkus. Tomyam seafood satu, sayur kailan ikan masin satu.." kata ana. Tiba di rumah, ana pun teruslah makan bersama nasi sejuk. "Sejukpun...sejuklah.. dah laparni.. dari tengahari tadi aku tak makan.." bisik ana seorang diri sambil menonton berita akhir TV1. Isteri dan anak-anak semuanya dah tidur.

Tiada ulasan: