Jumaat, September 03, 2010

Rumah Pusaka

Pagi tadi, selepas hantar anak ke sekolah, ana terus ziarah kubur Tok Wan, Tok dan anak ke-7. Kubur mereka bersebelahan. Setelah selesai membaca al-Fatihah, al-Ikhlas, tahlil dan doa, ana terus
ke rumah pusaka peninggalan arwah. Walaupun rumah kayu itu sudah berusia lebih 40 tahun, tetapi ia masih kukuh. Di rumah itulah ana dibesarkan dan dididik oleh mereka.
Rumah bawah sahaja ana sewakan kepada orang kampung. Rumah atas ana tak sewakan kerana dalam cadangan nak buat tempat pengajian al-Quran. Memang pada asalnya ana nak jadikan rumah itu sebagai kem motivasi dan maahad tahfiz. Disebabkan masalah kewangan, ana tangguhkan dulu. Ramai juga kawan-kawan nak join buat kem, tapi semuanya suruh ana modalkan. Manalah ana mampu. Nak minta bantuan kerajaan pun susah nak dapat, nak minta sumbangan ahli korporat pun payah nak jumpa. 
Ana berdoa, semoga suatu hari nanti rumah pusaka itu  dapat juga dijadikan Kem Motivasi dan Maahad Tahfiz. Semoga ia menjadi amal jariah kepada seluruh keluarga ana. Kepada sesiapa yang berminat dengan cadangan ini, bolehlah hubungi ana di talian 013-2092280. Tk.




Cadangan
Rumah Pusaka  untuk dijadikan Kem Motivasi dan Maahad Tahfiz.

5 ulasan:

~ itQaN SyaBiQ ~ berkata...

moga hasrat itu menjadi kenyataan. Siapa yg bantu agama Allah, InsyaAllah akn dipermudahkan 'ala kulli hal...

motivasi5k berkata...

Tk itQan SyaBiQ. Sokongan anda amat dihargai. Menyuntik semangat baru untuk meneruskan perjuangan mendaulatkan al-Quran.

Keemasan berkata...

Bagus la kalau rumah tu dijadikan kem motivasi ataupun maahad tahfiz..Semoga menjadi kenyatan..Saya tengok dkat gambar tu pun dah nampak indah dan menarik..Saya rasa saya pernah berkunjung ke rumah ini...Kalau dijadikan tempat mengaji pun OK jugak sbab bdak kampungkan mesti ramai jadi, mereka boleh mengaji di rumah pusaka ini..Itu sahaja yang dapat saya berikan sebagai cadangan..JUMPA LAGI!

motivasi5k berkata...

Tk adik Keemasan. Insya-Allah ana akan usahakan. Sebenarnya, di rumah itulah ana dibesarkan, dididik dan diajar mengaji al-Quran. Memang rumah itu dulu dijadikan pusat pengajian al-Quran. Tok yang ajar. Ana pula turut membantu mengajar sejak bersekolah rendah lagi. Di kampung itu saja ada lebih 100 buah rumah. Memang ramai kanak-kanak tapi tiada siapa yang nak mengajar al-Quran sepenuh masa. Doakan semoga ana mampu menjadikan impian ini satu kenyataan.

keemasan berkata...

insyaAllah,,keemasan akan sentiase m'doakan agar motivasi5k mampu m'jdkan impian ini satu kenyataan..amiinn..