Ahad, Ogos 22, 2010

Kunjungan Motivasi

Pagi tadi, ana terima kunjungan drp 'coach' ana, Ust. H dari Shah Alam.  Kami bertemu di kedai ana. Ust  kenalkan orang barunya. Sempat juga ana mengusik, "alhamdulillah...bertuah ustaz, dapat kereta baru, orang baru", Ust hanya tersenyum, masih macam dulu, tenang dan
berterus terang. Kami berbual panjang. Ust bertanya perihal perniagaan ana sambil berpesan supaya  istiqamah mengamalkan solat hajat dan baca al-Quran agar perniagaan  lebih berjaya, lebih diberkati.
Ana bertanya khabar lain-lain 'coach' ana dalam Kursus Jurulatih Motivasi Keusahawanan 15 tahun lalu. Ust kata Dato' Dr. A masih bekerja di ibukota dengan gaji RM48k sebulan. Prof. Madya MY pula berkhidmat di Sabah. Hampir sejam berbual, ust minta diri. Sekali lagi ana peluk dan pohon restu.

Setelah ust pulang, terfikir ana, jikalah pegawai-pegawai agensi yang terlibat dengan pembangunan usahawan dan peniaga kecil selalu buat 'kunjungan motivasi', beri semangat dan bertanya khabar.... tentu lebih ramai usahawan Melayu Muslim Mukmin  yang berjaya dapat dilahirkan. Janganlah datang nak kutip hutang saja....

Tiada ulasan: