Khamis, Disember 16, 2010

Panggilan Sahabat

Pada hari Ahad yang lalu, ana terima SMS daripada Imam. Imam dah tiba di Malaysia. Katanya..

"Assalamualaikum. Ana bersama keluarga berada di KL dari 12-23 Disember 2010. Dari itu ana berhasrat mengadakan satu Perjumpaan Reunion dan Muzakarah bersama sahabat2 sempena awal tahun Hijriah 1432 pada hari Ahad 14 Muharram/ 19 Disember 2010 mulai jam 3 ptg d rumah No 7 Jln Permai 1, Kg Selayang Permai, 68100 Batu Caves, Selangor. Dipersilakan hadir n sila panjangkan jemputan ini pada sahabat2 yang lain: Imam/Ustaz Hanafi"

Ana pun jawab "Insya-Allah kita akan jumpa."

Selepas itu, ana pun call Imam untuk bertanya khabar. Ana pun call beberapa sahabat satu usrah dulu ajak mereka datang ke majlis tersebut. Di sini ana nak ambil peluang untuk menjemput semua sahabat ke majlis tersebut.

Kepada sahabat ana yang bernama M.Fuad dan Rafaei ana ucapkan selamat kembali ke tanah air. Semoga mendapat haji yang mabrur. Semoga persahabatan kita semakin kukuh. Semoga perjuangan kita semakin teguh.

Tiada ulasan: