Isnin, Ogos 23, 2010

3 Isteri

Petang semalam, ana sekeluarga ke rumah ayah untuk berbuka puasa. Isteri ana bawa kari ayam, ulam raja, budu, nasi putih, jemput-jemput dan air masak. Isteri adik ... 
menyediakan kerabu mangga muda dan air sirap. Isteri ayah pula sediakan kerang rebus dan ikan keli goreng masak lemak cekur. Turut dihidangkan ialah Bubur Lambuk Sg Besar yang ana ambil dari masjid. Sambil para suami berbual di ruang tamu, 3 Isteri sibuk menghidang di ruang makan. Anak-anak pula sibuk berlari dan bermain. Apabila masuk waktu, ana pun membaca doa dan kami terus berbuka.. Alhamdulillah... sungguh enak. Walaupun makan duduk bersila, kami saling hulur menghulur makanan dan minuman, mesra dan saling mengasihi, tanpa irihati tanpa dengki.
Ana cuba bayangkan betapa bahagianya jika seorang suami memiliki 3 Isteri yang saling bermuafakat, saling membantu tanpa  rasa  cemburu dan hasad. Barulah terbela anak yatim dan ibu tunggal, kekal hingga ke akhir hayat. Itulah indahnya Islam, mementingkan umat lebih drp diri sendiri sehingga sanggup  berkongsi suami.

Tiada ulasan: